Another Milestone For Me...!
Assalamualaikum semua...lama tak update aih... busy naaau kaaaaan....
Takpelah... pagi ni akak amik masa sikit untuk update korang, last post bulan May whereby akak start meniaga dengan menjadi agent Aisyah Sleepy dan juga JV dengan anak buah dalam bisnes susu legend dan kuih raya.
Aisyah Sleepy
Bermula bulan June, Akak invest untuk naik Stokis Aisyah Sleepy. Aim akak untuk kurangkan aktiviti jualan pada customer tapi lebih sasarkan pada agent. Tapi rezeki tak menyebelahi akak kat Aisyah Sleepy ni, even though naik stokis, sales akak still krik krik. Nak dapat agent pun susah... Tetapi... akak tak give up. For me, I am not desperate in cash at the momnet. Modal bukan dari gaji bulanan dan ianya ditarik dari refund hotel. Stok pun bukan ada expiry. Jadi pelan-pelan kayuh. Sampai ke hari ni akak masih lagi percaya pada rezeki.
Bermula September 2020, Aisyah Sleepy HQ merombak struktur dengan demolish all titles/level dan hanya pilih 3 orang sebagai leader manakala yang lain jadi DropShip. Nak bagi sedap bunyi, panggilla PadSisters. Komisen juga jadi flat rate. Sekarang jual per set, of which 1 set keuntungan runcit adalah RM5 di mana as ex-stockist, ianya adalah penurunan sebanyak RM1 (banyak ni wey....) Frankly, I am demotivated, I am dissapointed... siap kata jilake tol si Azizan Osman ni. But somehow akak kena terima sebab ianya bukan my business. It's Tuan Ahmad's business and it is for him to decide which he thinks the best. Just for me, akak nak chill je. Tak nak menggelupur kejar sales. Is it an attitude? Maybe...tapi akak have my own reason. Hello.... I masih bekerja. I have main income and job to take care of. My responsibility towards my main income comes first. Tu satu.... akak ni dah la kat office dok ikut arahan boss. Pressure keje memang ada even though takat ni alhamdulillah managed. Cuma kalau dengan jadi dropship pun akak nak stress kejar sales, baiklah takyah buat. Why nak add unneccessary stress? Buat business means you are the boss, you make your own decision, HQ is just a platform. Decision should be yours. So why nak stress la...? Adoi.... man man sudahlah.... Ingat... percaya pada rezeki.... ada orang dok saja-saja, cakap sket-sket kat orang, pap... sales masuk. Ada orang usaha cam nak rak, sales tetap krik krik. Bukan salah teknik, bukan takda usaha, percayalah ianya belum rezeki awak. Tu yang akak pegang. But... akak yakin dengan produk Aisyah Sleepy. I know how good is this product. Product ni memang ada potential, just belum sampai rezeki akak nak nampak sales meroket. Keep it casual.... let it run and put your effort as much as you can. Eventually, kalau dah sampai rezeki tu akan nampak hasilnya. Amiiin.
Susu Segar
Untuk perniagaan susu legend pula, akak dah run alone. Meaning no longer JV dengan anak buah since dia pun nak fokus pada workshop dia. Akak mula mencari alternatif supplier, nak tengok pada kelainan. Everyday is a learning process for me. Baik dari segi aturan komisen pada agent, pensasaran ke kedai-kedai makan dan juga penjagaan stok. I have my own ups and downs masa run business ni, bukan saja dengan Aisyah Sleepy. Stok rosak, tak jual habis, customer/agent complaint. Few months redah menda ni hinggalah akak dapat the right formula. Yes, it is not easy.
Anyway, hingga ke hari ni, perniagaan susu ni dah getting better and better. Akak percaya akak berada di landasan yang betul dah untuk business susu ni. In fact, people know me more for the susu rather than Aisyah Sleepy even though tu my 1st business. Again, percayalah pada rezeki. :-)
Nowdays, akak bukan jual susu legend je, ada susu kambing asli, susu nilofa dan dadih. Akak jugak always berbincang dengan supplier untuk upgrade kualiti susu dan penjenamaan. Alhamdulillah sangat, my supplier semua very supportive and I will always ensure good rapo with them. La ni nama Susu Segar Ampang ni dah mula slowly naik. Akak memang work on the branding. Setiap produk akan letak sticker Susu Segar Ampang.
Akak juga ada join kelas anjuran Institut Usahawan Bumiputera, belajar buat video, belajar buat iklan dan sebagainya. Alhamdulillah.... kelas-kelas ni sangat bermanfaat pada peniaga kecil lebih-lebih lagi yang baru belajar meniaga. Tak rugi join. Banyak ilmu boleh dapat, selain dari menambah networking. Dengan kelas yang akak join ni, akak improve banyak perkara. My ads especially nampak lebih profesional, my posting is getting better. Try it..! You will see how worth the RM50 you spend for each class...!
Next step for me to go adalah dengan register company then nak bukak kedai jugak. Insyallah... doakan akak ye kawan-kawan.
No comments