Header Ads

M0tHeR's DaY

Hi everyone.... hari ini Hari Ibu. Hari untuk memperingati segala jasa ibu. 

Aku nak sentuh tentang pendapat sesetengah pihak, anyway this is just my personal opinion, minta maaf kalau ada yang terasa hati...well we are in  a democracy world aight? Setiap kali ada hari-hari yang ditabalkan maka macam-macam pendapat orang, contoh Valentine's Day, Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Cikgu, Hari Wanita....bla bla bla.... yang selalu aku nampak di wall Facebook (majority) adalah tentang HARAM hukumnya sambut Valentine's Day which leads to the history of the Valentine's Day itself. Whatever.... Aku tak nak sampai akidah aku lari bila aku nyatakan pendapat sehingga aku tak sedar aku menghalalkan yang haram...nauzubillah. However, to me Valentine's Day is just a day for us to cheer our love one. Selagi tidak bercanggah dengan hukum, aku tak nampak dimana salahnya. Let say, you celebrate Valentine's Day dengan membeli hadiah untuk isteri/suami. Nawaitunya nak menceriakan pasangan dan mengeratkan lagi hubungan tu...so why not...? And juga tidak menjadi kesalahan di mata aku jika seseorang menyambutnya dengan membeli pelbagai hadiah untuk anak-anaknya, ibunya, adik beradiknya...coz diterjemahkan Valentine's Day di dalam Bahasa Melayu as Hari Memperingati Kekasih. Kekasih = Yang Tersayang... it could be your wife/husband, kids, parents etc. Anyway....kalau dah difatwakan Haram... oklah.... haram je lah.... takyah sambut, dok dendiam. Hehehe....

Tu pasal Valentine's Day.... and today Mother's Day aka Hari Ibu. Aku ternampak juga di dada Facebook ada juga insan yang memberi pendapat, Islam tidak mengajar kita sayangkan ibu kita hanya pada satu hari, tapi setiap hari. Apa yang aku faham tentang ayat ni? It's not about apa yang agama kita ajar but more on maksud tersirat, tak perlulah nak sambut Hari Ibu ni. Kenapa nak sempitkan pemikiran? Luckily takda pulak yang mengatakan HARAM sambut Hari Ibu sebab Islam tak mengajar kita sayang ibu kita hanya pada satu hari! Haha.... Come on...give me a break will you...? Buka mata dan pandang sekeliling..tahukah anda....sedarkah anda....betapa di zaman yang semakin maju ini, kasih sayang semakin menipis, semakin sukar, dan manusia sekarang ini makin bersikap mementingkan diri sendiri...? Sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan study, urusan harian sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang anak? Sambutan Hari Ibu, kenapa tak amik sebagai satu inisiatif sesetengah pihak untuk mewujudkan kembali nilai murni tu? Of coz not only for that day, but somehow because of this ONE day hati seorang ibu akan sejuk menerima kunjungan seorang anak, hati seorang ibu akan tersentuh dengan pemberian anak walaupun hanya sehelai kertas bertulisan tangan I love you Mom.... think positive.... tak semua orang aware dalam kesibukan hariannya mereka terlupa untuk meluangkan masa dengan ibunya, terlupa ibunya yang sentiasa merinduinya etc. So please....janganlah terlalu particular sangat.... Islam itu mudah...dan Islam juga menggalakkan sesuatu usaha ke arah kebaikan. Jangan condemn just because you have name and well known as seorang yang berilmu agama. Sorry..hate to say this but I just have to. Anda juga manusia biasa, yang tidak sempurna dan ada dosa gak walau sebesar hama. Satu perkara yang perlu diingat, Islam tidak mengajar kita riak hanya kerana kita sudah dikenali sebagai orang yang tinggi ilmu agama. Islam juga mengajar kita berfikir sebelum berkata, menjaga hati dan perasaan orang lain. 

Anyway, sempena Hari Ibu ni...aku dapat gak a small token from my kids. Salah satunya present small little cute bear from my daughter. Siap bagitau harganya RM2 jer, PLUS a drawing of a woman, hasil tangan dia sendiri which aku pun tengok tak tau picture sapa dia lukis tu...hehehe but walau apa pun, itulah tanda kasih sayang seorang anak....penghargaan seorang anak, and I really appreciate it. Bukan nilai satu hadiah itu...tapi effort yang diberi, ditunjukkan cukup menggembirakan hati ini sebagai seorang ibu. 

To all mothers out there, Happy Mother's Day. We are all strong mothers....and we change the world to what we want starting from our small world. :-)



No comments

Powered by Blogger.