Header Ads

RoDa H|dUp PaRt 3

First skali aku aku nak mintak maap dulu la...pasai lambat kuarkan episod ke 3 ni ahaks cam drama la plak hehehe.... bukan apa beb, aku busy dengan teruja.com lately. Maklumlah portal baru kene fokus sket. Hari ni, aku tatap balik blog aku ni. Dalam Roda Hidup Part 2, kisah aku berenti kala aku bertemu dengan seorang rakan yang menawarkan aku kerja.

Kawan aku ni jantan lew... aku ni manalah ramai kawan pompuan... eh... sat ensem giler kawan aku ni... bibir dia yang paling lawa... rasa cam nak romen jer... hehehe... dia ni ajak aku kerja kat tempat dia bekerja i.e. sebuah forex company. Biasa dengar forex atau nama panjang dia Foreign Exchange. Okey, iklan sat... syarikat sebegini sebenarnya illegal... kalau korang dapat citer dari sapa-sapa yang kata keje kat sini boleh kaya, aku nak ingatkan kalau korang berbakat dalam convince orang untuk beli saham, silakanlah mencuba, kowang memang boleh jadi kaya tapi awas... risiko tinggi, sebab syarikat forex tidak pernah mendapat kebenaran dari Bank Negara. TIADA SYARIKAT SWASTA YANG DIBENARKAN BUAT FOREX KECUALI BANK SAHAJA. (Pesanan masyarakat ini ditaja oleh Shai :P)


Masa tu aku ni budak-budak lagi la kan... apa yang kowang nak expect bodos cam aku ni, dengar je la citer, kene plak time tengah merangkak ke hulu hilir carik kerja so aku grab la kerja nih. Sehari dua hari kerja okey... rasa cam besh jer boleh kuar jalan-jalan carik pasal, selain jumpa client boleh gak 'ke lain'. One fine day, aku diperkenalkan kepada seorang datuk yang kononnya berminat nak invest dalam foreign exchange ni, dia ni contact member seopis aku la... dipendekkan citer, dia bawak kitorang pi lepak kat condo dia yang kat belakang Putra Mall tu.. pergghh dasat... kaya dia ni... tapi pasal aku tengok peyut dia yang keboroian tahap maksimum dan kebotakan yang hampir penuh ala-ala Syed Kodomo Lion tu kan... aku ilang selera... aku lebih rela tak dapat client dari pi gadai body kat dia, dia ni memang sound direct, dia bukan takat bley invest bantu aku tapi boleh sara hidup aku dengan syarat... kowang paham-paham je la yek... oo tidak... Cukup sebulan aku keje kat syarikat tu, kononnya first month still dapat elaun dalm RM400 tapi rupanya aku kene tipu. No margin no money, tu kata superior aku... bengangnya aku... aku menangis bagai nak rak... duit dah tadak... utang kat mak aku takle nak bayaq. Tapi aku takla putus asa... aku carik keje lain... dan dah rezeki aku, aku dapat offer dari sebuah syarikat mat salleh SMEC Malaysia yang involve dalam projek Bakun. Ni Australian company, dan inilah office pertama aku keje. Masa tu aku keje as Reception dengan gaji sebanyak RM600 sebulan sahaja.

Kerja kat sini banyak berikan aku pengalaman dan improve English aku. Juga kat sinilah aku belajar menaip... bosses aku ni open minded dan sangatlah baik... depa tau aku takda pengalaman kerja opis, aku tak reti computer (wey masa ni guna DOS & Lotus 123 ooo...) so depa bagi aku manual dan suruh aku menaip berita kat paper sebagai latihan. Dari situlah aku belajar menaip dengan laju... kire banyaklah aku belajar dari keje kat sini. Dan masa aku keje kat sinilah aku jumpa kawan-kawan clubbing aku macam Ana dan lain-lain. Depa ni memang kaki clubbing dan disko pilihan depa ni Rennaissance. Renai ni satu-satunya disko yang terhangat masa tu dan pengunjungnya rata-rata budak Melayu jugak artis-artis.

Hubungan aku dengan family masa tu agak tegang, maklumlah baya aku masa tu nak bebas jer... mak dan ayah selalu bebel, tu takle ni takle, balik lewat sket kene marah.. bila aku genap 18 tahun aku amik keputusan kuar dari rumah dan menyewa bilik bujang dengan kawan aku kat Taman Kosas. Dekat jer dengan umah family aku... dan sejak dari tu life aku bertukar 100%. Maklumlah dah takda pantauan dari mak pak kan... apa lagi joli katak la beb! hehe...

Masa aku duduk bujang ni la, aku mula berjinak dengan disko dan arak. Hingga satu tahap aku jadi alcoholic dan 'discolic' hehehe... Hari-hari aku pi Renai. Hari-hari aku balik mabuk sampailah aku bertemu dengan sorang mamat ni, aku namakan dia R. Dalam ramai-ramai jantan yang aku kenal, aku boleh fall in love dengan mamat nih. Mamat nih bolehlah aku katakan anak orang berduit, pak dia kwailo, dan dia ni ensem giler... sejibik muke dia cam Luke Perry. Sayangnya dia ni memang flirt. Itu hobi dia dan dalam ramai-ramai awek yang dia usung dia willing untuk stick dengan aku sebab both of us takmo terikat. Dia suka cara aku yang tak kesah dengan life dan hobi dia tu. Dia ni gak yang mengajar aku pakai seksi, ajar aku jadi one night stand. Of coz aku tidaklah salahkan dia 100%. Pasal aku pun sama syok ikut perangai dia. Masa tu aku dah pun buat 2 keje, siang keje opis dan malam aku keje kat Renai. Sampai satu masa aku dah tak larat nak usung dua keje, aku berenti keje opis, ni pun salah satu sebab pasal R. Sebab kalau aku keje opis siangnya, aku takle enjoy dengan R. Keje kat Renai ni memang besh ar... aku jumpa ramai artis dengan pelbagai wajah. Sambil menyelam minum air... sambil keje aku enjoy nightlife. Kisah aku dan R pun sampai takda batasnya hingga satu ari, kawan aku ni panggey aku kat store, dia tanya kat aku... "Ko preg ke Shai?" Aku terkedu... sebabnya aku tak tau... memang period aku dah tak mai tapi tu bukan kali pertama, pasal perjalanan hormon aku selalu terganggu disebabkan lifestyle aku yang up side down. Budak bartender ni kata dia nampak perubahan ketara pada badan aku... aku tak tau nak buat apa. Inilah akibat dari lack of sex knowledge. Tak tau camana nak prevent, tak tau camana nak cek samada betul atau tidak pregnant... aku jadi ilang arah... so member aku suruh aku pi cek doktor. Dan esoknya, dalam keadaan kalut bercampur bimbang aku pi cek...

Apa agak-agak kowang keputusannya? Positif atau negatif? Tunggu episod akan datang...

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikom k.shai

    Cam drama lak :D

    Pat pat sambong hek

    ReplyDelete

Powered by Blogger.