BeRaKh|RnYa MaHL|gA| |mP|aN
Berakhir sudah mahligai yang dibina bersama.... itulah yang mampu Shai katakan bila membaca berita perceraian Yusry & Erra Fazira. Dahulunya pasangan ini melalui kegemilangan majlis perkahwinannya namun kegemilangan sebuah majlis masih tidak mampu menjamin kebahagiaan dan keberkatan sebuah rumahtangga. Dulu pasangan ini juga sering dikatakan pasangan yang romantis dan padan selain dari Nurul & Ajai, sama cantik sama padan, sama berharta sama berwibawa tapi tetap tidak berkekalan. Di mana silapnya, wallahualam hanya mereka berdua sahaja yang tau.... malah pasangan ini juga tidak dikurniakan cahayamata. Mungkinkah masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing or sememangnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik keruntuhan rumahtangga mereka ni? ermm.... pada Shai la kan... citer hal rumahtangga ni selalunya berpunca dari kesilapan kedua-dua belah pihak. Normally kalau sebelah pihak saja yang bersalah, lambat laun ia akan sedar dan cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang ada.
Itulah sebahagian dari prosiding perceraian yang dilalui oleh pasangan ini. Sebenarnya sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul tentang punca perceraian ni, ada yang mengatakan Erra terlalu sibuk dan fokus dengan kerjayanya sehingga menimbulkan rasa bosan dan cemburu di hati Yusry, ada juga yang menyatakan sebaliknya iaitu Yusry yang tidak mengendahkan Erra kerana terlalu fokus pada kerjanya sort of workaholic la... malah ada yang lebih buruk dari ni.... baru-baru ni ada plak yang kata Yusry tu gay, Erra kantoi dia tengah happening dengan Adam tu pasallah Erra takmo dah dengan Yusry... isk isk isk.... macam-macam ek... pelbagai spekulasi yang timbul akibat mereka tidak menerangkan apa sebab yang sebenar. Tapi kalau terangkan pun, tetap ada risikonya, bukan spekulasi tapi lebih kepada tambah perisa :-) Well, beginilah dunia artis yang tidak lekang dengan kisah-kisah hangat dan satu perkara biasa yang berlaku even pada orang biasa seperti kita.... cinta bagai nak rak.... tapi kawen setahun dua dah tak sebulu?? Tepuk dada tanya diri, apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita expect tika hari tua kita, adakah kita mau selama-lamanya begitu atau begini?
Yusry, 33, berkata, sebelum melafazkan cerai di depan isterinya, Erra Fazira, 32, dan dua saksi di kediaman mereka di Damansara Utama, di sini, pada jam 5 petang, 26 April lalu, dia menulis pernyataan berkenaan terlebih dulu. Dalam keterangannya pada prosiding semalam, Yusry berkata, lafaz itu berbunyi, “Saya, Yusry Abdul Halim menceraikan isteri saya, Fazira Wan Chek dengan talak satu yang jumlahnya adalah satu” dan dilafazkan sekali saja.

No comments