Header Ads

Tr|P t0 MeLaKa - DaY 2


On day 1, kitorang bertumpu kat Bandar Hilir. Day 2 kitorang start dengan lunch kat Melaka Raya, a shop yang viral dengan nasi ayam bebola, Ee Ji Ban Chicken Rice Balls. My opinion, in terms of rasa sedap gakla.....cili dia sedap, nasi ayam a bit different sebab dia ada option of bebola nasi. Price boleh tahan agak mahal gakla. Bolehla untuk cuba, kalau korang 1st time datang sini, make sure korang awak enough cash sebab payment terms sini semua cash sahaja. Kalau tak sempat ada je atm berhampiran. :-)



Lepas lunch, kitorang ke Muzium Samudera, still kat Bandar Hilir gak tapi sebab semalam tak sempat nak masuk, muzium dah tutup. Kat Melaka ni memang banyak muzium. Kat Bandar Hilir je ada berapa banyak muzium. Memang jenuh la nak singgah. Anyway, I memang jenis suka arts and muzium dari zaman muda-muda lagi so for me not an issue kalau nak redah semua muzium yang ada ni tapi my kids jadi boring, semua tak nak dah masuk muzium lagi. Jadinya inilah satu-satuya muzium yang dilawati. 


Muzium Samudera ni uniknya berbentuk kapal, dalam tu tak banyak sangat yang dipamerkan, more on history of Malacca. Selain dari tu ada fasa kedua muzium ni di mana dalamnya berbentuk macam submarine sikit dan lebih pada maritim or hidupan laut. 

Disebabkan cuaca yang agak panas dan nak lari dari jem orang balik keje maka kitorang balik ke apartment sebelum pukul 5 untuk berehat sebelum keluar balik dalam pukul 6pm untuk makan malam di Ujang Asam Pedas Claypot yang viral dengan roti canai terbang kononnya. Unfortunately takda pulak roti canai yang diterbangkan pada malam tu, wallahualam tataulah kenapa....terbang tak balik-balik kot....hehehe.... asam pedas memag kaw...pekat....I like...malangnya terbantut sebab asam pedas tetel yang I order sangatlah masin.... :-(

Balik dari dinner kat sana, kitorang jalan-jalan ke Pantai Puteri / Tanjung Keling dan kemudian ke Dataran Klebang. My youngest dok main motor kecik pusing-pusing kat dataran tu. Budak-budak seronokla dapat naik benda-benda camtu kan... Lepas tu kitorang pusing-pusing masuk Bandar Hilir balik just to see how the nightlife kat Melaka sebelum decide untuk supper kat Old Town White Coffee berhampiran Melaka Raya. A bit disappointing sebab I thought Melaka ni kalau malam-malam hidup macam kat Bukit Bintang. Tapi ternyata my expectation tu tak sampai sebab tak semeriah cam kat Bukit Bintang. Walaupun ada pub kat sini tapi tak ramai orang. Takda seniman jalanan or so call as buskers yang bersepah kat KL. Nak cari satu pun susah....huhu.... by the time dok supper pun mata dah rabak...ceritanya lepas tu balik apartment la kan.... 


No comments

Powered by Blogger.