Wednesday, November 16, 2011

Updates

Hi fellows...lama tak update my blog. Perhaps too busy dengan kerja dan tugas harian, so many things happen for the past few months.


Dari segi kesihatan, after dok berulang keluar masuk Emergency, finally I was been told by the doctor that there are 3 stones in my gallbladder. Solution adalah operation, buang the gallbladder. Ramai jugak kawan² dan kenalan yang propose macam² cara untuk buang batu tu tanpa melalui operation. Malangnya aku pulak rasa cam takut nak cuba or perhaps tiada keyakinan etc. So finally I've decided to just go on with the operation. Sebab bila pikirkan balik, kalau katalah tak buang, the stones tu berjaya dikeluarkan atas usaha² yang telah disarankan, the possibility untuk menghadapi masalah yang sama tetap ada... and I don't want to go through the pain anymore. Biarlah sakit 1 kali lagi hanya disebabkan operation tu kemudiannya I'm free.


I'm still single dan tiada lagi pengganti Azman. Rasanya hati dan perasaan sayang ni masih pada dia, it's just that I realize that it can't be continue anymore. My feelings pada dia tetap sama. Slowly aku maafkan segala kesilapan dia supaya aku tidak ada dendam dan dapat meneruskan kehidupanku dengan lebih mudah dan baik. Takdalah hati yang sakit ni dok teringat² perbuatan dia kan... but aku masih tak dapat lupakan dia. He is still in my mind and my heart. Almost everyday sampai ke hari ini aku masih rindukan dia...I wish he can always be by my side... However, aku tak nakla ikutkan sangat rasa rindu nih, so aku ketepikan dia dalam setiap urusan harian aku dan membiarkan dirinya mengisi setiap ruang mimpi dan masaku di kala aku bersendirian. It's not easy dooowh... but I just have to do it. Redah jer la... buat cam biasa... still enjoying myself walaupun kesan dari terputusnya hubungan tu memang agak banyak dan ketara. Aku dah tak seceria dulu, definitely...tapi tak jugak dalam kemurungan. Just terasa life lebih sunyi dan terasa kosong. Dan kekosongan itu tak mampu diisi dengan keceriaan dan tawa manja anak²ku.


Lately selain dari dia yang sentiasa dalam ingatanku, aku selalu teringat pada Kyrol dan pada Wan yang banyak mewarnai hidupku sebelum nih... Pastinya aku sangat merindui saat² itu. Apabila datangnya berita salah sorang dari mereka ni nak kawen, adoi...sedihnya rasa... but nak buat camana kan... ajal maut, jodoh pertemuan itu adalah di tanganNya. Suka atau tidak, mau atau tidak, kita harus menerimanya dengan redha.


Everyday in my pray, aku mintak padaNya...Kau tenangkanlah hatiku ini selalu, Kau perkuatkanlah lagi iman dan kesabaranku, Kau temukanlah aku dengan seseorang yang dapat membimbingku dan menjagaku hingga ke akhir hayat...Berikanlah aku yang terbaik buatku dunia dan akhirat.... and deep inside I believe, I will find someone walau tak sehebat mana, walau tak berkemampuan mana pun, tapi dia akan menyayangiku dengan penuh keikhlasan dan menjagaku hingga ke akhir hayat kami. Amin...

Wednesday, August 24, 2011

Erti Lebaran



Hi friends and readers… Hari Raya is just around the corner. Vavavava…. Nak raya dah wey…~!! Rata² sales sesaja dan penuh dengan orang ramai yang berpusu² membeli belah sebagai persiapan raya. Posting kali ni nak mengajak kowang semua berfikir tentang apakah erti Hari Raya pada kowang. It’s not me to teach you… but it’s for yourself and myself to think about.

Ramadhan belum start lagi…. Jauuuuuuh lagi… kain berela-ela dah dihantar pada tailor untuk buat baju raya. Baru hari pertama menyambut puasa, kuih / biskut raya dah pun mula dijual, malah lagu raya pun dah start dimainkan di certain malls and shopping centres. Sambutan untuk Ramadhan macam takde..nasiblah kurma tu jadi satu hidangan wajib maka nampaklah tanda² kehadiran Ramadhan or else.. tak perasan kot dah puasa nyehnyehnyeh….

Bukanlah tak boleh sebenarnya…aku tak kata pun tak boleh ek…Saja jer la nak membawa minda kowang pada apa yang aku nak share. Pernah tak kowang terfikir ada insan² lain di luar sana yang hanya menyambut Ramadhan ala kadar sahaja? Dalam keriuhan kowang berkongsi cerita dan update FB status tentang persiapan raya, ada insan² yang hanya mampu senyum dan memandang keceriaan kowang.

Apa kata kita berdiam seketika, merenung ke dalam diri kita, apa yang telah kita belanjakan adakah ianya benar² satu keperluan bagi kita? Apa yang telah kita lakukan untuk meringankan beban insan² ini. Few days back, aku terdengar di radio EraFM tentang seorang wanita yang mengeluh pada Pak Nil suaminya yang telah meninggalkan dia dan 4 orang anaknya kerana telah berhutang dengan ‘Along’ dan beliau kini hanya mampu menyediakan makanan di pagi raya ala kadar sahaja kerana pendapatan beliau yang hanya RM900 sebulan. Aku congakkan, katakanlah RM900 ni kasar, so lepas tolak EPF & SOCSO, tinggallah RM850 la katakan. Ditolak duit sewa rumahnya sebanyak RM250 yang dia declare di radio tu, tinggallah RM600. Kesiannya….maka aku bersyukur, kerana aku juga seorang diri yang mencari untuk membesarkan 4 orang anak aku dan pendapatan aku yang lebih dari satu kali ganda dari wanita itu. Walaupun boleh aku katakan sekadar cukup makan dan pakai…Alhamdulillah aku masih boleh survive.

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan pada semua rakan² bloggers dan sesapa saja yang singgah lalu or tersesat kat blog nih yek… Maaf Zahir dan Batin.

Monday, August 08, 2011

rEv0LuS|~??


Setahun dah aku duduk kat Ampang Mewah ni kan... Rumah aku tu banyak kenangan, especially berkaitan dengan my sayang...oppsss... it's now ex-sayang. Huhu... but somehow move out from that house juga memberi ruang pada diriku untuk melupakan semua itu disamping mengambil semula tugas menjaga keluarga seperti suatu waktu dahulu. Yelah...my parents are getting old, banyak kali dah mereka mintak aku balik duduk dengan mereka semula. Aku ni jer yang degil tak hengat... tapi di bulan baik ni tetiba hati aku lembutla pulak tengok wajah anak² aku yang nak duduk dengan datuk nenek mereka and bila aku tengok mak aku yang sering tak sihat dan offer bantuan sebiji kereta untuk kegunaanku yang datang dari my parents buat aku consider that a lot.. Lagipun lepas apa yang berlaku antara aku dan dia, buat aku betul² patah hati..kecik hati.. kecewa jangan tanyalah..definitely and obviously cuma aku ni dah cukup teguh so kalau orang luar tengok aku ni steady jer... happy jer.. padahal hati aku ni...huh! Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Thursday, July 28, 2011

I Hate Liars~!!




Ya Allah Ya Tuhanku...aku mohon padamu kau terus tabahkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku dalam menempuh cubaan dan dugaan yang Kau berikan. Kau yang menemukan kami, Kau juga yang menanam rasa sayang ini padanya, dan Kau juga yang memberi ruang pada kami untuk mengenali diri masing², malah Kau juga yang membuka pintu hatiku ini untuk menyelami kebenaran yang ada dalam dirinya, maka hambaMu yang kerdil dan jahil ini sedang bertarung untuk menerima dan menelan setiap kepahitan dari kebenaran yang telah Kau tunjukkan padaku. Sesungguhnya aku percaya pastinya ada hikmah di sebalik semua ini, aku hanya perlu bersabar menanti imbuhan kebaikan pada diriku dan kehidupanku dari peristiwa malam tadi.


Kepada kamu yang amat ku sayangi, yang ku harapkan untuk menjaga diriku di kemudian hari, diriku ini teramat kecewa dengan apa yang telah berlaku. Hancurnya hati ini hanya Dia yang maha mengetahui. Tiada apa lagi yang dapat aku lakukan untuk ku pertahankan hubungan ini. Telah ku cagarkan hati dan perasaan ini demi untuk memberimu masa dan ruang agar perhubungan ini masih dapat diteruskan...malangnya yang ku cagarkan itu pun tidak mampu kau pertahankan.




Tuesday, July 19, 2011

Tawakal



Finally after 3 days, barulah permintaan aku berjawab. After explaining on what I want then he agree. It is a win win situation to me. Walaupun sebenarnya takla win mana pada aku, tapi aku willing untuk amik hat minimum. Dan kalau dia kata malam tu, still berat pada dia, tatau dah la apa nak cakap dah. Kira cam bye² la kot...tapi kalau dia tak setujulah.. But now he agreed. Abang aku ada tanya aku kenapa aku willing? Erm... susah sikit nak jawap ni. Of course root dia sebab aku sayang dia. That's why aku boleh nego sampai tahap minimum. Which due to that, aku dah tak boleh jadi sensitif pada certain things dan aku kenalah melatih diri aku menjadi orang paling sabar semampu yang boleh. Mampu ke aku??? Entahlah...insyallah boleh kot. Selagi dia tak kantoi, selagi tu aku kena berfikiran positif. Aku sematkan dalam kepala otak aku ni, kalau dia tak peduli langsung, dia takkan counter balik dengan aku ajak discuss about us. Andaikan saja apa yang dia terangkan tu adalah benar belaka. Dan yang paling penting aku faham sekarang ni, adalah balik pada asal, 'kalau ada jodoh tak ke mana'. Aku juga sedar bukan mudah untuk aku serahkan segalanya pada keadaan dan takdir bulat² tapi apalah dayaku kala ni, nak buang rasa sayang..nak simpan kenalah menanggung.

Pada rakan²ku yang sentiasa bersamaku, di jatuh dan bangunku, di tawa dan tangisku, kawanmu ini sekali lagi dengan rendah dirinya meminta sokongan darimu agar aku terus tabah mengharungi dugaan hidup dan doa²mu amat aku perlukan agar pengorbananku ini berakhir dengan satu ikatan yang sah. Ya Allah Kau yang menemukan kami, aku mohon padaMu agar kau terus tabahkan hatiku dalam menempuh dugaanMu ini, kau bukakanlah pintu hatinya agar dia membimbingku ke arahMu..Amin...

Thursday, July 14, 2011

Consideration



Aku ingatkan story aku dengan dia the end dah... haish...tak lagi rupanya... boleh pulak dia dok message aku. 2 hari lepas aku saja nak uji dia, and memang dia fail dalam ujian tu. Aku pun naik hangen, paham² jer la...aku ni kalau marah orang aku suka diamkan jer tapi kalau aku dah bersuara sendiri mahu ingatlah. Dapatlah kat dia habuan, nothing good coming out from my mouth... memang pedih gila aku bagi tu which at the end aku regret gak la :P


Aku luahkan apa yang aku rasa. Berperang sms sampai ke pagi. Esoknya lepas bangun tidur, aku dah hilang marah... aku duduk baca balik sms² kami. Huh...regret gak keluarkan kata² yang kasar camtu kat dia. Tapi nak buat camana kan...angin dah lepas dari tahap danger ni memang tak dapat dikawal. Selalunya memang camni...dah abis angin aku akan ingat balik, post mortem back apa aku cakap, baru aku boleh buat decision.


So malam semalam aku decide dan aku bagitau dia via sms, yang aku willing untuk beri dia ruang dan masa sampai dia settlekan apa yang perlu. Meantime, no commitment...but aku tak nak cam dulu. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Aku tak nak camtu. Aku mintak dia put some small value in it. Takdelah aku rasa lain macam. Apa yang aku mintak bukan satu komitmen, just a respect and a small appreciation. Harapan aku dia boleh consider permintaan aku camana aku consider permintaan dia. It's a win² situation to me. Aku willing untuk consider sebab hati aku masih sayangkan dia. We have chemistry...susah nak cari yang ada chemistry ni sebenarnya. Since dia willing untuk sit down and discuss walaupun tercetusnya perbalahan, but I at look it as an effort untuk pertahankan our relationship.