Header Ads

It's New Year Baby...!

 Assalamualaikum you all....~!!

Wah...susah betul nak disiplinkan diri untuk update blog ni. Haish.... susah nak squeeze time... time management Kak Shai...!!

Nothing much since the last posting. Akak memang busy sangat recently. Nak tau kenapa? Mana kerja... audit dah mula start, ada tax audit lagi...huh..! Bisnes lagi pulak tu.... Ha tu yang schedule penuh sangat. Sampai akak kena buat schedule, hari apa untuk iklan, hari apa untuk rilek-rilek main game, hari apa kena check stock. Ha gitu.... 

Apa cite kita ye...? Akak dah dapat tapak gerai di Desa Pandan. So awal pagi sebelum ke pejabat, singgah bukak gerai dulu then baru pi office. Balik dari kerja, terus ke gerai, tutup gerai dan balik rumah. In between selang 2-3 hari kena restock. So kenalah adjust time, pukul berapa nak amik stok, pukul berapa nak rehat. Weekend somehow kena jugak curi masa jenguk orang tua di kampung. Nasib baik kampung akak sepelaung je dari rumah akak... 

Since dah dapat tapak gerai ni, permulaan tu agak kelam kabut sebab tatau lagi macamana nak schedule staff, berapa nak bagi gaji, berapa lama nak bukak and so on. As time goes by, barulah dapat momentum tu. So la ni, yang jaga gerai adalah anak-anak. Take turns, kadang Ramadhan, kadang Fatihah or Shahrul and soon my eldest akan bantu jaga gerai jugak. It is family business, so dah sepatutnya hanya involve family members. 1st 2 months, akak ada gaji orang luar but then nak Christmas hari tu dia resign. Jadinya la ni yang non family members hanyalah runner. Of which, sepatutnya akak ada standby 2 orang runner tapi sorang dah berhenti sebab nak focus own business. Jadi tinggallah sorang. Malam Tahun Baru tu accident pulak adik ni. Allahu.... jadinya at the moment akak takda runner, maka now tengah cari as standby. Sementara tunggu runner yang ada ni recover, akak still kena deliver order. I tak ada kudrat dah nak delivery macam dulu. Plus, customer kena tunggu kedai tutup baru boleh dapat delivery tu. Kesian la pulak.... so tu yang tengah carik another part timer. 



Besides that, sales setakat ni alhamdulillah.... Kalau dulu akak restock susu legend seminggu sekali, sekarang 3-4 hari restock dah. Kadang 2 hari je, dah kena restock. Nilofa pun tak lama, lepas 2 bulan aritu kena restok balik. Susu kambing ni standard....memang kerap restock jugak. Akak dah ada regular customer untuk susu kambing ni. So sales memang maintain takat ni. Cuma Aisyah Sleepy saja masih krik krik... tataula nak buat camana lagi. Mungkin masih belum ada rezeki lagi. 

Hari ni baru 10hb January, so kira masih ada lagi bahang Tahun Baru kan kan kan??? Apa azam baru you all? Akak takda main azam-azam ni. Dari dulu, apa yang akak rasa nak buat, akak akan buat. So takda tunggu new year baru nak set target. My recent target will be upgrading my business. So far, dah ada tapak, business pun dah register. Soon bulan Mac/April kena panjang LHDN pulak untuk declare pendapatan perniagaan. Plan juga untuk daftar zakat. This month my mom akan proceed dengan surgery untuk buang gallblader, so another busy week soon.... Nanti hat tu akak update ye. 

Finally wishing everyone Happy New Year...~!!! 





 

No comments

Powered by Blogger.