Header Ads

Wal|matul Urus

Itu tajuk bukan nak bagitau akak nak kahwin baru ye adik-adik. Itu tajuk sekadar gimik sahaja, hakikatnya walimatul urus itu adalah sekadar jemputan dari salah seorang jiran mak akak.

Sebagai seorang anak yang paling agresif dalam keluarga, akak galas tanggungjawab dalam mengambil tahu dan membantu apa yang termampu untuk orang tua akak. Ni tanggungjawab anak ye adik-adik... selagi orang tua kita ada. 

Hari terakhir akak bercuti raya, maka akak bawaklah mak akak ni pi jemputan kahwin. Jiran yang menjemput ni adalah jiran yang duduk sederet dengan rumah mak akak dan akak kenal dia dari zaman akak remaja gitu. Walaupun akak ni jenis tak berapa nak rapat dengan jiran (masa muda-muda la..) tapi bila dah sampai masanya kenalah jugak bercampur dengan masyarakat.

Eh... takat orang sapa tapi kita tak ingat nama or tak kenal tu standard! Ha.....belum pulak ada yang tetiba bertanya, eh suaminya mana??? Errk....krik krik krik.... dengan muka takda apa rasa akak pun jawab, kak.... saya dah lama bercerai.... janda dah bertahun... gitu... hahaha... ko rasa? 



No comments

Powered by Blogger.