Header Ads

Hikmah Covid-19



Lama jugakla akak tak update blog ni... last bulan March ye. Bukan malas ye... akak memang busy. Dari sebelum mulanya PKP, akak dah sibuk dengan nak prepare notebook untuk work from home. Then akak sibuk pulak dengan training SAP selain dari sibuk dengan business.

Ha...pada yang ada dalam rantaian rakan akak ni sure tau dah akak business apa kan. Kenapa pulak akak ni nak meniaga ek... Perancangan untuk kembali aktif meniaga ni dah lama ada cuma tak jumpa produk yang sesuai. MLM ke?? Bukan!!! Lama dah tinggal MLM ni. 

Kenapa bukan MLM?


Akak lebih suka direct selling or trading. Bukan akak tak suka MLM ni.... MLM ni bukanla menipu, selagi dia ada produk ianya bukanlah scam. Yang kata ditipu tu selalunya tak faham apa itu MLM. MLM ni adalah batu loncatan untuk setiap produk baru nak masuk market. Dengan menggunakan sistem MLM ni maka produk tu lebih cepat dikenali dan sales juga akan mencanak naik. MLM ni memang asasnya adalah sistem piramid. Takyah cite la network marketing ka apa ka... kalau ada melibatkan pair maka ianya adalah sistem piramid ataupun paling mudah nak bagi orang paham MLM. Sistem ini dinamakan sistem piramid sebab bentuk tiga segi macam piramid. Satu individu lantik 2 individu di bawahnya, kemudian individu di bawahnya amik 2 lagi dan seterusnya. It is networking, it is pyramid system. Sama je.... takyah nak membongak kata lain. Dengan marketing strategi MLM sesuatu produk memang akan cepat dikenali. Confirm.... Tetapiiii.... haaaa ni yang orang selalu tak nampak. Seller sebenarnya kena bergerak dan sama naik dengan produk. Kiranya kalau nak jadi agent mana-mana produk berasaskan MLM ni, korang kena pulun buat sales dan kaut komisen sebanyak yang boleh dan selagi ada. Kalau korang jenis baru nak kenal sales, korang baru nak belajar meniaga, korang baru nak faham produk atau terkial-kial nak carik downline, mohon rentikanlah. Sebab apa? Kan akak dah kata sistem MLM ni memang boleh naikkan satu produk untuk lebih dikenali dalam market. Bila ramai yang buat sales maka ramai lagi yang akan kenal, sales naik dan naik sampai satu tahap company kena bubarkan sistem tu dan tukar strategi kepada retail. Why? Sebab kalau dia teruskan dengan sistem tu, maka company akan bungkuih. Apabila sistem ditukar maka sapa yang sakit? Ha..tentulah agent yang baru join, yang sales macam ada takda, yang kurang aktif dan sebagainya. Merekalah yang terkesan. Yang mana dah buat sales gila-gila, dah naik pangkat tinggi-tinggi, hat ni selamat, kalau nasib menyebelahi mereka akan dapat tempat di company tu. Ha gitu.... itulah yang membuatkan sistem ni tak secure. 

Okay abih dah sembang pasal MLM. Akak sembang pasal perniagaan akak. Akak mula dengan sanitary pad Aisyah Sleepy. Nampak produk ni ada kualiti, Muslim product (sesuai dengan trend Buy Muslim First), sesuatu yang baru, murah dan keperluan setiap wanita. Why not.... 


Di samping tu, anak buah akak ni memang baru mula meniaga susu segar. All this while akak tengok je dia meniaga. Then mai pulak idea akak nak kongsi rezeki. Akak share account Lazada dan Shopee dengan my cousins dan ajak anak buah akak ni join. Pastu akak start la promote untuk produk dia. Di situ akak nampak potensi susu segar ni di samping jual kuih untuk raya. Ha dalam tempoh PKP dan bulan puasa ni akak memang puas hati la dengan meniaga susu dan kuih. Maka disinilah titik permulaannya akak dan anak buah akak JV. 



Perniagaan ni asalnya adalah sebagai back-up untuk masa depan akak. Hari tua akak. Bila dah tak bekerja, inilah aktiviti untuk akak jalankan dan bagi mengisi masa akak. Selain dari tu, kuranglah sikit aktiviti buang masa dengan main game kan kan kan.... hehe... I main lagi The Sims tu ok. Cuma masa tu dah kurang sangat. 

Jadi untuk rakan-rakan yang memberi sokongan moral dan tolong beli produk akak, akak ucap terimakasih banyak-banyak. Dan akak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, maaf zahir dan batin. 


No comments

Powered by Blogger.