| aM a SuRv|V0r
Menghampiri 25hb....memang sakit oooo.... duit makin kurang nih... alah alah... apa dia??? gaji banyak?? yeah right... tengoklah tanggungan aku berapa ramai kan kan kan....
However takdelah nak bercerita tentang gaji. Apa yang aku nak sembangkan ni tentang survival. Apa rahsia aku boleh survive dengan that much of income dan tanggungan 4 orang anak + other commitments such as loan rumah, bil air & letrik, internet, tiution etc.
Setiap bulan dapat jer gaji, aku akan list down semua barang keperluan rumah tak termasuk bahan mentah untuk makan. Dah list semua, maka it's shopping time. Aku adalah seorang yang sangat disiplin ketika berbelanja. I will never ever shop other than what I need in my list. Then aku akan bayar all big amount commitment macam loan rumah, internet, yuran tiution, bills. Balance tu barulah untuk aku play around buat makan, petrol, my cigarettes, pocket money anak, etc. Selalunya kalau dah hujung bulan memang makan ala kadar macam tu. Adakalanya ter-over spend maka time tu kenalah creative. Apa saja boleh as long ada makan. That's how I create my own way macam makan nasi himpit + sambal tempe. Hehehe....
This month agak berterabur sikit my budget. Ini adalah disebabkan aku yang tak berapa sihat. Suddenly aku sakit kepala dan rasa melayang-layang... maka terpaksalah aku melawat sang doktor untuk buat blood test. And the result is... I'm healthy kecuali I have high cholesterol consumption dan juga tiada protection for Hepatitis. So mulai dari hari ini, aku kena makan ubat cholesterol for life! Besides dapatlah satu suntikan untuk Hepatitis dan aku kena amik 2nd dose next month and the 3rd dose on November.
Tu kisah pasal $$. Actually dah masuk 3 minggu sudah aku bertudung. Dah nak sebulan diam tak diam. Masih ada lagi orang-orang yang bertanya kenapa ko pakai tudung? Kenapa lately ko menyepikan diri? Kenapa tak nampak-nampak ko? Alah alah.... aku tahulah perubahan aku ni memang mendadak...well if you know me very well.... Sagittarius memang suka buat kejutan! Ahaks...!
To be honest..... aku memang dah lama merancang perubahan ke arah kebaikan... cuma aku tak nak buat sekali harung. One by one. Banyak yang buruk telah aku tinggalkan... cuma yang tinggal hanyalah pakaian, rokok dan amalan. So few months back aku memang dah mula membaiki amalan....
Besides that.... mungkin juga kerana aku dah putus asa dan patah hati dengan apa yang telah berlaku pada aku dan abang G. Sukar untuk aku jelaskan apa yang telah berlaku between two of us. Seriously aku sangat sayangkan abang G dan aku mengimpikan harapan yang dia hulurkan menjadi kenyataan. However, segalanya berakhir macam tu jer. Dan sampai ke hari ini aku masih tidak percaya dia boleh tinggalkan aku macam tu jer.... aku masih tidak boleh menerima kenyataan ini tetapi aku masih waras. Aku tahu aku tak boleh selamanya begini. I have tried many ways to face the fact that he's gone. Tapi macam tak boleh....and finally aku aware aku tidak boleh memaksa diri untuk lupakan segalanya, dan jika hati aku masih lagi padanya aku hanya perlu biarkan saja. Aku tak mampu untuk lepaskan dia dan aku juga tidak mampu untuk pertahankan rasa cinta yang sangat menyakiti. Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan selain berserah pada Allah, memohon padanya setiap kali lepas solat agar dilembutkan hatinya dan dibukakan kembali piutu hatinya untuk kembali padaku. Meanwhile, aku merasakan yang terbaik adalah membiarkan diri ini hidup tanpa kasih di hati. It's just like a song by Shahir - Pendam. Listen to it and I believe you will understand what I mean.
Pendam - Shahir
Aku yang mengejar bayang cinta kian terbiar
terpendam kata tak terungkap selamanya
pedihnya hanya aku yang merasa mahu memilikinya
aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa
biarlah aku sendiri
tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
biarlah aku pergi
tiada hampa di hati
No comments