Graduat|0n Day
Citer pasal anak-anak ni untuk seorang ibu memang tak akan habis-habis.... Dari anak tu kecik sampailah besar. I am proud to tell everyone that I've raised all my kids by myself, the struggling, the sadness and the happiness... Alhamdulillah kami 5 beranak sampai juga ke tahap ni.
Anak sulung aku yang dahulunya merupakan anak yang banyak masalah dalam pembelajaran. Aku ni bukan jenis mak yang normal kot.... jenis push anak bagai nak rak....ops sorry kalau ada yang terasa. I tak maksudkan you.... Pada aku anak itu adalah satu amanah dan anugerah. Takda satu mak pun nak tengok anak dia susah dan bermasalah dengan kehidupan. Tapi aku redha, jika anak aku tak sepandai anak orang lain. Aku redha jika setakat itu rezeki anak aku dalam akademik. Pada aku, akademik memang penting tapi bukanlah segalanya. Setiap orang dah ditentukan rezekinya. Jika bukan rezekinya dalam bidang akademik siapalah aku untuk mempertikai. Sebagai ibu, kita boleh membimbing, memberi semangat (yang ni sangat penting) dan juga menerima dia seadanya. Aku tak pernah sangka dia akan lulus SPM tapi dia buktikan yang dia boleh. Mungkin dia tak dapat straight As but I am proud of him, dari yang tak pernah lulus satu matapelajaran pun, dia boleh lulus SPM. Dan pada 22hb November yang lalu, dia melangkah satu lagi tapak dengan memperolehi Sijil Kemahiran Kulinari. Alhamdulillah.... it's the beginning of your life. Tahniah untuk anak mama, tiada kejayaan tanpa usaha dan setiap kegagalan bukanlah pengakhiran untuk segalanya.
No comments