Header Ads

HaRgA sAtU hUbUnGaN




Hari ni nak ajak kowang renungkan bersama² erti satu hubungan. Satu hubungan itu bermula dari kenalan, di mana peringkat kenalan ini kita mengenal nama orang tu, duduk di mana, anak sapa, mak pak dia sapa etc. Satu perkenalan itu akan menaiki satu peringkat lain iaitu kawan kemudian menjadi sahabat. Dari perkenalan kadang² tidak menjadi kawan tetapi menjadi satu hubungan yang lebih dari seorang kawan, yang adanya bibit² kasih sayang, rindu dan cinta.

Cuba tanya pada diri kita sendiri, apakah mudah untuk membina satu hubungan? To me, nak membina satu hubungan tu susah. Setakat kenal, semua orang mampu, tapi setakat kenal jer la. Dalam zaman dunia tanpa sempadan ni, mencari kenalan lebih mudah, kita ada pelbagai laman sosial yang boleh digunakan untuk mencari kenalan, ada facebook, ada tagged, hi5 dan macam² lagi.


"Hi, I nak kenal dengan you boleh?", "Salam, boleh kenal?", "Hi sayang...you ni cute la.." antara ayat² common dibaca dalam setiap message inbox kita. Ada yang kita jawap ada yang diabaikan. Mudah ke nak sambut salam perkenalan tu? Kadang² ada yang kita approve sebagai kawan tetapi haram tak kenal pun! Betul tak?? So adakah mudah untuk membina satu hubungan itu yang sebenarnya?

Apabila ada 'jodoh' untuk berkenalan dan berkawan, mengenali satu sama lain, merasai keserasian di peringkat awal, or even adanya 'crush' among each other, selalunya kita dah lupa susah sebenarnya kita nak mengenali orang tu, betapa susah pula sebelum ni kita nak dapat bercakap atau pun berjumpa dengannya, dan kerana kita ini Melayu yang mudah lupa, maka kita mudah juga untuk mengabaikan seseorang itu dari hidup kita. Contohnya, kita pernah rapat dengan seseorang, pernah ada rasa suka, crush or what so ever, maybe perasaan yang kita rasa tu bersifat sementara sehinggalah kita berjumpa dengan orang yang lebih baik dan sesuai untuk kita sebagai teman hidup. Kita lupa yang orang tu dahulunya pernah menemani hari² sepi kita, menceriakan kedukaan kita, mewarnai kehidupan kita, malah kita pernah gusar kehilangannya. Maka tidak hairanlah apabila wujudnya perumpamaan 'dapat gading bertuah, tanduk dilupakan'. Apakah kita sedar kesilapan kita itu?

Contoh lain untuk dikongsikan bersama, kita menyukai seseorang itu, kita minta macam² darinya, kasih sayangnya, perhatiannya, cintanya, kehidupannya, keperibadiannya tapi kita lupa bahawa orang itu adalah manusia biasa seperti kita yang juga inginkan kasih sayang kita, perhatian kita, cinta kita, kehidupan kita dan keperibadian kita untuk dikongsi bersama dan mewarnai kehidupannya.

Apakah pernah kita fikirkan adakah kita ini seorang yang adil? Adil dalam menilai perasaan orang, penghormatan orang, penerimaan orang? Bila kita keseorangan, kita mengeluh, diri kita ini keseorangan, tiada siapa bersama dengan kita untuk berkongsi suka duka kita bersama tapi apabila kita mendapat apa yang kita inginkan, kita bertemu dengan orang yang boleh menemani kita, berkongsi dengan kita, menjaga kita dengan semampunya, kita lupa untuk menghargainya. Sudah lumrah manusia seperti kita ini dah terhantuk baru nak terngadah. Apabila kita kehilangan barulah kita sedar nilai hubungan itu. Perlukah kita kehilangan baru kita nak sedar?


Maka ingin sekali lagi aku tanyakan pada kowang, apakah mudah untuk membina satu hubungan itu? :) Soalan tambahan, susah ke nak runtuhkan satu hubungan? Tak susah.... hanya dengan satu perkataan or satu perbuatan sahaja boleh menghancurkan satu perhubungan. Tak kiralah berapa usia perhubungan itu, ianya tak menjamin berapa lama masa diambil untuk menghancurkannya. It takes years to build a relationship but it takes a second to ruin it. Jadinya hargailah orang di sekeliling kita. Orang yang kita sayang, orang yang menyayangi kita. Berlaku adil pada mereka. Kalau kita tak boleh nak menyayangi dia, jadikan dia kawan kita. Kalau kita menyukainya, bajailah hubungan itu. Macam² kita boleh buat. Perhatian dan penghargaan bukan ukurannya pada wang ringgit semata, tapi juga dari pengorbanan, keprihatinan, masa kita. Andainya kita ini orang yang sukar nak melafazkan rasa sayang, pastikan kita tunjuk dengan perbuatan. Jangan kita biarkan dia merasai kekurangan kita berterusan kerana kita akan kehilangannya satu hari nanti.


Just my 2 cents... :)

No comments

Powered by Blogger.