K|sAh M|NgGu LEpAs
Hari Jumaat dah kan... sekejap jer... esok lusa cuti, dan Isnin balik... posting kali ni nak citer pasal aktiviti minggu lepas. Sepatutnya aku update awal sket, paling-paling lewat pun Rabu tapi pasal aku banyak kerja plus kena dulukan citer Birthday Tot tu kan...
Pada hari Sabtu yang lepas, 7hb April 2007, memang busy la sangat aku ni... tak duduk rumah, tak berasap dapur... thehehehe. Pagi tu, sempatlah aku jemur kain baju kejap, pastu aku hantarlah laki aku ni pi klinik, sepatutnya dia kerja arini, tapi pasal nak sangat join aku, terpaksalah dia pi klinik amik MC. FYI, laki aku ni pemegang rekod kehadiran penuh tanpa MC selama 3 tahun berturut-turut walaupun terpaksa merangkak ke tempat kerja, punyalah semangat kan... tapi tu pasallah soal kerja ni bukan macam zaman dulu, whereby loyalty dan komitmen tinggi dihargai. Dah kerja dekat 11 tahun, gaji pun tak tinggi mana, point banyak tu gak... lately dengar citer nak fix point la plak... apalah gunanya pertahankan semua tu, yang paling tension bagi aku bila dia sering dipergunakan oleh rakan-rakan dia. Kalau derang nak cuti ke nak tukar shift ke MC ke, tak pikir dah ikut suka ati jer, pasal derang tau, laki aku memang akan stayback untuk derang. No doubt aku memang dah lalui kehidupan dengan kerjaya laki aku sebegini kat 11 tahun tapi kesabaran tentu ada hadnya kan? Aku pun nak life gak dengan laki aku, aku tak paham kenapa colleague dia ni suka sangat amik kesempatan. Yang paling sakit ati kan... bila laki aku terpaksa tukar shift ke cuti ke, ada hal penting, semua tak mau cover. Mau tak mau laki aku kena kerja jugak dan manager dia?? Sama jer... dia pun macam takde pikiran, semua nak lepas diri sendiri. Aku selalu kata kat laki aku janganlah jadi bodoh sangat, orang dok pijak kepala tu... tapi entahlah... ada masa-masanya aku rasa cam nak ketuk kepala dia pun ada...isk isk isk aku ni dah start bebel la plak...
Ok, balik pada citer tadi, lepas pi klinik, amik anak-anak bawak pi makan tengahari. Lepas lunch, balik rumah, siap-siap terus ke Hospital Pandan Indah yang menganjurkan Kempen Kesihatan Keluarga (Family Wellness Campaign), whereby pelbagai aktiviti melibatkan kaum ibu dan kanak-kanak khasnya. Aku taklah join seminar-seminar dia tu, sebab aku ke sana hanya untuk hantar anak-anak aku yang nak sangat join Colouring Contest. Lama jugaklah pertandingan ni... dari kol 2 sampai kol 5 baru abis. Hanya Shahrul sajalah yang dapat hadiah saguhati... Hariz pulak menangis sebab dia tak dapat apa-apa... tengok Hariz nangis, Teha pun nangis... huhu pening... padahal aku dah pesan, masuk contest ni untuk suka-suka. Tak semestinya nak dapat present. Ni cuma untuk seronok saja. Siapalah sangka, Achik tu boleh dapat present kan...
Dari Hospital Pandan Indah terus ke Putrajaya untuk gathering Juara Club. Sampai-sampai ramai dah datang, salam-salam semua, borak sikit-sikit, pastu Pokjak pun bagi ucapan sket... dan finally decided untuk ke Alamanda main boling, tapi tak semualah... pasal dah malam, maybe most of them ada perancangan sendiri. Jadi cuma 3 biji kereta jer yang willing untuk main boling.
Okey... dalam banyak-banyak kereta Juara yang dah dimodified tu kan... ada satu yang aku tertarik, kaler putih gitu... sorry to say... tapi aku memang tak setuju dengan owner kereta ni yang lebih berbangga dengan lambang Honda. Well... dah buat cantik-cantik kenapa malu nak letak lambang Proton tu? Proton tu kan ke maruah negara? Proton tu hak rakyat Malaysia.... sepatutnya kita kenalah patriotik dalam hal-hal sebegini. Perkara kecil macam nilah yang sebenarnya merendahkan martabat kereta nasional sendiri. Dah tentunya orang Jepun akan tersenyum mengejek jika melihat kereta Proton berlambangkan Honda... don't you think so?
Kat Alamanda, aku bukan takmo main... since wife Pokjak takmo main, takkan aku nak join... lagipun sapa plak nak layan budak-budak ni? So aku decided biarlah hubby aku je yang join game boling ni. Maka mereka bertiga mainlah boling... lane sebelah pulak aku amik untuk anak-anak aku. Seronok sakan depa main boling dengan pelbagai gaya balingan bola boling. Tengoklah gambar-gambar yang ada ni... memang lawak tengok depa ni.
Lepas penat main boling, singgah kat food court kejap makan malam. Lepas tu teruslah berangkat pulang....
Hari yang sibuk tapi menyeronokkan... aku bukan seronok apa pun, tapi seronok tengok anak-anak seronok... minggu ni kami cadang nak ke PD la plak, insyallah nanti minggu depan aku citer kat kowang.
No comments