Header Ads

MeSyUaRaT aGuNg P|bG 2007

Aku nak berkongsi dengan kowang pasal mesyuarat tahunan PIBG di sekolah anak-anak aku, Sek Keb Pandan Indah ni. Sebenarnya Mesyuarat Agung PIBG ni penting kepada ibu bapa, bukan sekadar memilih siapa bakal menerajui PIBG sekolah tapi juga merupakan medan untuk ibu bapa mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak, mengemukakan aduan ataupun cadangan yang dirasakan relevan. Sayangnya, di mana-mana sekolah pun, kedatangan ibubapa/penjaga amatlah menyedihkan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh dua orang pelajar, diikuti dengan.... LIHAT GAMBAR:


Team koir sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan Malaysia Berjaya.


Ucapan penasihat PIBG merangkap pengetua SKPI, Puan Nik Aziah.


Ucapan dari Yang Dipertua PIBG.


Ucapan dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Keat
Persembahan Nasyid

Upacara memberi sijil penghargaan kepada team AJK PIBG.

Cenderamata untuk Datuk Ong Tee Keat


Lepas jamuan makan, barulah mesyuarat bermula.

Turut diadakan, cabutan bertuah... alahai hamper biasa jer... suka-suka katanya. Tak sangka plak rezeki anak aku, walaupun nomot tak naik tapi YD PIBG tu suruh bagi kat aku satu hamper, alasan dia aku deserve dapat satu pasal willing mai mesyuarat walaupun aku kelek anak kecik. Erm.. sebenarnya tak harap apa-apa pun, aku mai pasal aku dah lama simpan tak puas hati aku masa beli buku setiap tahun sekolah bukak. Dan selain itu, aku rasa wajar untuk aku pergi supaya aku tau what is going on etc dalam sekolah anak. Tapi dah rezeki orang nak bagi, takkan nak tolak :P bedal ajerla.

No comments

Powered by Blogger.