FeBrUaR|

Valentine’s Day, bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu jadilah Hari Kasih Sayang. Valentine’s Day ni dikatakan ada sejarahnya tersendiri berkaitan dengan agama Kristian. Maka itulah dikatakan haram bagi umat Islam menyambutnya. Tapi bila kita translate ke Bahasa Melayu menjadi Hari Kasih Sayang, apakah bunyinya sama seperti Valentine’s Day? Well, pendapat Shai yang jahil ni itu sekadar nama sahaja… Kalau dari sudut agama kita, untuk menunjukkan kasih sayang tidak perlu ada harinya, serupa macam menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kita pada kedua ibu bapa kita.. so no such thing as Hari Ibu / Bapa dalam Islam (betulkan kalau silap..) Tapi adakah haram untuk kita sambut Hari Ibu / Bapa ini? Pendapat Shai halal atau haramnya sesuatu sambutan adalah pada cara, kenapa dan dengan siapa ianya disambut. Kalau dengan boyapren atau gedikpren tentulah HARAM tak kiralah pada hari Valentine’s ataupun tidak. Tapi kalau disambut sekadar untuk mengeratkan / mengingati orang yang tersayang seperti anak-anak dan suami, why not?? Tak perlu ada bunga…. atau hadiah besar gedabak tapi kekadang dengan sekadar wish “Happy Valentine’s Day, honey…” sudah cukup membuat perasaan pasangan kita membuai sampai ke tengah malam dan impaknya mood pada hari itu menjadi baik, malah ikatan suami isteri itu terjalin lebih erat lagi.. jadi bukankah ianya mendatangkan kebaikan…

Orite… tu citer pasal Valentine’s Day… selain darinya, Chinese New Year juga hadir pada bulan Februari. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Shai letak gambar khinzir dalam posting yang lepas? Hehehe.. untuk pengetahuan anda, tahun ini adalah tahun babi emas aka The Golden Pig Year, di mana “ong” berlipat ganda macam badan babi tu… muehehehehe… tu kepercayaan depa la… bila time CNY ni apa yang sinonim? Limau akan bersepah dijual di tepi jalan dengan pelbagai tawaran harga malah ada yang bawak balik berkotak-kotak dari opis pasal tak larat nak perabih, salah sorangnya akula… abis aku sedekah kat budak-budak. Lepas CNY memang common kalau dengar ada yang MC pasal cirit birit, mana taknya pulun limau tak mau mau… kekekeke…
Selain dari limau, sinonim gak pasal bunga api. Setiap tahun orang KL akan complaint kat paper, kat radio, kat tv pasal firecrackers yang dimainkan. Bukan marah pasaipa… hangpa nak main pun lantaklah sampai kol 10 pun takpe lagi tapi kalau sampai pagi…… wwwaaaaaaaaaaAAArrrggHHHHhhhhhh!!!! Buang tebiat ka oooOOiiiIIIiiii!!!!! Ni normally orang yang ada anak kecik cam aku memang sakit ati. Memang pada malam Chap Go Mey tu aku takle buat keje dah, dok sebelah anak pasal dia dok terkejut… bayangkan depa main bunga api cam berperang, berlawan-lawan… balai polis just round the corner… aku ingat polis tu pun enjoy tengok bunga api jam 2-3 pagi tu kan tu pasal yang tadak buat apa kot…

Iklan Rojak

Kalau ikut lidah aku sedap lew... laki aku pun kata sedap... mak aku pun kata sedap... rasanya kowang sure akan setuju kata sedap... :P Tu je la citer minggu nih, kita jumpa di lain ari... nanti aku citer pasal sambutan CNY plak di opis aku dan insyallah kalau aku jadi gi la... gathering Juara Club di RNR Guthrie Highway. Kalau tak jadi pi kira tadak la story dia ek. Chow.... Happy Weekend to all of you.. muahs!


No comments