Header Ads

Cut| RaYa C|nA

Tengok tajuk tu.... cuti raya cina ek... :P aku bukan orang cina tapi memang hidup aku dikelilingi cina. Aku lahir dalam negara yang diperintah oleh orang Cina, dari kecik aku mengenal huruf A B C di sekolah kerajaan Cina, kawan-kawan aku Cina, bila datang Malaysia, aku masih bergaul dengan orang Cina. Rakan-rakan yang membantu aku dalam pelajaran, sehingga aku boleh jadi celik Matematik pun kerana mereka. Sampai sekarang aku ada sorang kawan rapat Cina... Nasib baik aku tak kawen dengan cina... thehehehe bukan takmo beb, tapi nak bimbing tu... aku lima waktu pun kekadang tuang inikan pulak nak bimbing anak orang yang dah tua bangka... dan yang paling penting.. isk sunat ke dak??? miahahahahaha

Sebenarnya tajuk tu gimik jer... kekekeke bukan nak citer pasal CNY yang lepas. Aku tak sambut pun... cuma nak citer apa yang berlaku masa cuti CNY tu... aku dan family masa cuti tu pi jalan-jalan carik pasal bikin penat badan dan minda kat Jengka Pahang. Sebenarnya pada minggu tu, kami adalah buat sket kenduri sambut orang baru... adik ipaq aku menikah da.... so ni kira bertandang la... orang rumah dia orang N9 (ntah kenapa dia ni dari dulu, asal ada gf orang N9... salah satu ciri idaman - orang Nogori kot...:P)


Nilah dia rupe pengantin... yang lelaki tu adik ipaq aku la... ensem ke? tak kan... 5x hensem lagi laki aku. thehehehe....



Ni pulak band kat kampung yang "menyumbangkan" lagu serta menyusahkan aku nak tido...eh kowang jangan kata aku ni mengada-ngada la plak... tapi sememangnya aku ni memang takle kompromi tang sore-sore sumbang yang buat konsert kalahkan konsert Search nih. thehehehe...


On the way balik KL, singgah sat le kat Genting Highlands yang dah tak sejuk langsung.... rasanya syok lagi cuaca dan suasana kat tepi pantai dari sini. Kami tak ronda pun, just naik then turun balik... mau muntah gak la anak dara aku 2 round.

Minggu yang memang meletihkan kami... kain baju... perrghhh.... 3 hari baru siap basuh smer... I'm dead meat...



Setakat tu sajalah aktiviti kami minggu lepas..... dengan ini kami mewakili family mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan netters yang berbangsa Cina dengan pesanan "Happy Golden Pig Year"

Illustrasi imej dari 123Greetings.com

No comments

Powered by Blogger.