Header Ads

CNY LuNcHeOn

Eheh... tengok tajuk tu.... CNY lagi??? Nak buat camana, aku nak citer gak ni... aritu aku dah janji tapi pasal banyak sangat iklannya, mak aku masuk spital la... apala...kan kan kan... sowilew... jangan marah ha...

Okay.. CNY Luncheon ni dianjurkan oleh rakan-rakan sekerja aku yang berbangsa Cina. Kat MPCS ni satu jer... jangan dimulakan.. nanti jadi tradisi. Ehek... sebelum luncheon ni, yang mula dulu adalah sorang principal kat floor lain... sibuk nak buat Hari Raya Luncheon, kumpul duit setiap orang pastu beli makan dan jamu satu opis. Masa tu aku tengah sarat dah... tunggu ari. So citernya, memanglah aku ada komen sket kat email tu... aku kata, kita kerja kat sini, dah la bonus takde, increment dah 3 tahun tadak, benefit been cut one by one... sampai pada makan-makan untuk Hari Raya pun management tak boleh nak provide ke? Nak jugak mintak staff kumpul duit pastu boss pun sama-sama makan?? Apa nih.... kalau hat ni buat, sampai bebila kena buat. Tapi makcik tu degil, nak buat gak, tapi pasal aku dan mention pasal duit dan habit kat MPCS ni, maka sorang kena kuar dalam RM10 jer. Management staff yang kena lebih sket. kekekekeke... after all aku memang tak join, pasal masa luncheon tu diadakan, tentulah aku dalam cuti bersalin lagi. Tapi masa tu aku still sumbangkan kuih... yang aku buat sendiri tau... So balik pada CNY Luncheon ni, sebagaimana yang aku katakan tadi, bila dah dimulakan maka adalah yang kena ikut... ada gak yang merungut... apatah lagi kena kuar RM40 sorang... takpela.. depa ni smer gaji besaq oi...thehehehe

Dimulakan dengan upacara gaul Yee Sang.

Inilah dia rupa Yee Sang selepas digaul
















Antara dekorasi yang ada.





Lauk yang dihidang.




Kuih muih

Maka berjaya jugaklah luncheon tu, makanan not bad... bolehlah walaupun sayur dia overcook, yang lelain tu consider sedap la jugak.

Pasal mak

Macam yang aku mention, mak aku sakit tu... ni aku nak share dengan kowang. Mak aku ni dah lama sakit kakinya. Dah bengkak dan merah, dah lama aku suruh pi cek doktor tapi dia degil. Dok kata tadak sakit tara manalah... apa lah... terpijak barang la.. orang buat la.. biasalah kan orang tua ni.... kerenah depa ni macam kanak-kanak jugala... so satu hari, bila dia pi check up Orthopaedic (pasal accident dulu... nanti nak masuk besi plak bulan 5 ni), doktor tengok kaki dia, terus suruh dia masuk wad. Kata doktor, kuman dah masuk dalam tulang... aku kata takpe..masuk je, janji baik. Jangan nak merungut lagi.. dia keep on merungut, kononnya makanan hospital tak sedap. Takpa, don't worry... hari-hari aku hantar makanan. Dan aku memang kena bercuti, selain dari sebab takda orang nak jaga baby aku, sebab lain adalah untuk menjaga kebajikan mak aku kat hospital. Ayah aku dah tentulah nak kena jaga adik aku yang retarded tu dan anak buah aku Hariz. So sapa yang nak jenguk orang tua pompuan tu? Takkan nak biar dia sengsorang kat wad? Gamak ke kowang nak biarkan kalau kowang kat tempat aku? Aku adik beradik memang tak ramai, 3 orang jer. Aku anak kedua, atas aku ada kakak yang dah jadi janda dan bawah aku adik lelaki sorang yang down sindrom.

Kakak aku... payahlah aku nak cerita, panjang benor citer dia. Soal rumahtangga dia yang dah runtuh tu... lantak pi la... cuma aku memang tak suka attitude dia la ni. Sejak-sejak dia bekerja dan kenal dunia luar ni, perangai dia macam budak 17 tahun yang tengah hangat bercinta... aku kata macam tu, pasal budak baya tu memang tak dengaq kata orang tua dan suka buat keputusan sendiri. Masalahnya dia ni dah tua bangka... anak dia yang sulong dah 15 tahun dah oiii.... dok buat perangai serupa dajey lagi...isk isk isk... geram lagi nih... Macam time mak aku masuk wad ni kan... ari pertama mak aku masuk tu, balik dari kerja aku terus pi hospital jenguk, dia nak ikut skali, takpela... tapi selama 9 hari mak aku dok wad, hanya sekali tu je la dia jenguk mak aku. Cuti jangan kata nak amik... anak dia lagi aku tolong jaga. Aku tahan bercuti, nak masak dan hantar makanan kat mak aku. Bukanlah soal nak bagi makan yang aku pertikai, tapi soal amik tahu tu tadak langsung. Jangan kata nak jenguk mak aku, tepon pun tadak... siap tak balik rumah lagi. Tapi nak buat camana... aku ni kalau cakap kang pedih telinga, mau tak bercakap setaun dua lagi macam dulu. Jadi citer dia lani aku dah sampai tahap fed-up. Sukati hang lew... esok lusa tau lew... kot la kena batang idung sendiri.. kita ni tak selamanya sihat dan tak sentiasa muda..arini kita buat orang tua kita, esok lusa anak kita buat kita. Ni hukum karma.

Dua ari lepas pulak, mak aku kuar gatal-gatal dan bengkak satu badan... aku tengok jer aku dah boleh agak. Ni mesti kesan allergic ubat ni. So aku tarik gak dia pi balik HUKM. Hangpa taula spital ni.... kalau dok kat A&E (Accident & Emergency) memang berejam. Aku kena tunggu 4 hours barulah sampai giliran. Hampeh tol... masuk-masuk jer, rupa-rupanya.... masa mak aku kuar wad dulu, farmasi pandai-pandai pi tambah ubat antibiotic. Ubat yang disenaraikan tu takda pun suruh bagi mak aku makan ubat antibiotic tu, dah la memang mak aku ada allergic dengan antibiotic ni. Tu yang kuar tu... aku bisinglah kat doktor tu, apsal ubat yang tak disuruh bagi farmasi bagi?? Kata doktor tu... that's why... it's very funny... otak andalah... tu je ke... very funny, sekali aku ketuk kepala ilang funny kang. Nasib baik takat gatal-gatal jer... kalau sampai sesak nafas etc?? Akan aku sue HUKM ni.
Nanti bulan 5 ni, mak aku kena masuk wad, nak operate lutut tu tambah spare part la plak... so mungkin bulan 5 ni aku cuti lagi... huhuhuu... memang tak berduit aku awal tahun ni.. tapi takpela... nak buat camanakan dah memang tanggungjawab aku, kalau aku tak sacrifice sapa lagi? Nanti Allah akan ganti kesusahan aku, insyallah... tak rugi membantu dan berjasa pada orang tua dengan ikhlas. Akan ada ganjarannya...


Note: Kalau nak tengok gambar-gambar sempena CNY Luncheon tu bolehlah KLIK TANG NI.

1 comment:

  1. baru dpt komen blog ko yerr...dah byk entry terlepas, ri tu aku dah renew blog aku ke version yg baru nih, seme sekali ilang...aku dah add blog ko dlm blog aku...aku doa mak ko x der ape2 peh operation nanti yerrr....biasalah kalo spital kerajaan, gitu la rupa dia...hehehehe....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.