K|sAh AnAk PaRt 5
Finally aku ada masa gak untuk update blog aku ni. Sebagaimana yang aku janjikan, arini aku akan kongsi serba sedikit pengalaman aku waktu melahirkan anakku yang ke-4 ni.
Due date aku sepatutnya pada 14hb Oktober 2006 tapi sampai masanya aku masih tak punya tanda kuat untuk melahirkan, yang ada cumalah false labour atau dalam ertikata yang lebih mudah, contraction yang sekadar main-main, kejap sakit kejap tak tapi rahim tidak membuka seperti yang diharapkan. Dan pada 16hb Oktober, doktor mendapati rahim aku dah bukak sebanyak 2cm sahaja tapi sebab raya pun just round the corner dia kata, kita bagi baby lahir la puan ye... a'a keluarkan je la yek... janji selamat, aku pun tak larat dah nih...
Maka selepas pecahkan mentuban, aku ditolak ke labour room dengan ditemani oleh suamiku. Kata orang tua-tua, proses kelahiran adalah masanya untuk kita buang segala dosa-dosa kita. Kalau kita ni ada dosa yang tak terampun lagi, i.e. dosa pada mak, ayah atau suami, maka efeknya pada proses kelahiran. Kesannya pelbagai... ada yang sakit bagai nak rak baby takle kuar, ada yang baby tersengkang dan pelbagai lagi. Maka itulah kita sebagai orang Islam digalakkan memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua kita dan suami kita terutamanya sebelum kita bersiap sedia untuk melahirkan. Aku ni consider tak terkecualilah... maybe sounds a bit superstitious tapi aku memang percaya pada perkara sebegini. Dan aku pun aware aku memang ada dosa dengan suami aku khasnya. Yelah... kadang-kadang kita tertarik muka... kadang-kadang kita terkasar bahasa, maki kat belakang... macam-macam kan kalau tengah marah... Tempoh aku melalui proses kelahiran kali ni lama gak, 6 jam... lama tu... saatnya nyawa di hujung tanduk... dan suami aku sentiasa di sisi aku memberi kata semangat dan dia tak putus-putus kata abang ampunkan Shai, Shai beristighfar sayang... dan alhamdulillah akhirnya aku melahirkan bayi kami yang ke-4 yang comel macam aku muehehehe
Aku bersyukur ke hadrat illahi atas segala kurniaNya. Aku berterimakasih padaNya, kerana dengan menyuburkan janin dalam rahimku, aku telah berpatah semula, kembali melihat jalan apakah yang telah aku lalui... menyedarkan aku akan segala dosa yang telah aku lakukan. Aku juga berterimakasih padaNya kerana telah membiarkan aku melalui kesakitan kerana dengan kesakitan itulah aku melihat segala dosa-dosa ku, menginsafinya dan berazam untuk berubah. Aku juga berterimakasih kepadaNya, kerana dengan kelahiran Ramadhan, Dia telah memberi aku peluang untuk menebus segala dosa-dosaku yang lalu.
Dan keesokan harinya, bermulalah tempoh berpantang aku selama 44 hari. Aku tak lama di rumah mak aku, raya pertama aku dah pun pulang ke rumah. Lebih selesa di rumah sendiri dan rasanya tak wajar aku menyusahkan mak aku yang dah uzur. Aku pun dah beranak 4, bukan first time aku jaga diri aku sendiri dalam pantang. Maklumlah anak-anak aku boleh tahanlah nakalnya. Cuti sekolah la katakan... ar sebut pasal cuti sekolah ni kesian pulak aku kat budak-budak ni, hari-hari dok tanya bila adik nak besar? Bila mama nak abis pantang? Insyallah, posting akan datang aku akan citer aktiviti aku sepanjang tempoh selepas pantang sehinggalah aku mula bercuti. Tak lupa gak aku since semalam Hari Natal, aku ucapkan Merry Xmas pada kowang yang beragama Kristian khasnya Limaumandarin dan juga Happy New Year pada yang lain. Kita jumpa lagi nanti ok....

Berani mati punya pendedahan. Apapun baguslah sekarang dah bahagia ngan family ....
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete