b|S|k-B|s|k AJL 21
Anugerah Juara Lagu ke-21 telah pun berlangsung dengan tema Fusion yang meriah dan gamat di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Dalam hujan yang turun dan jem yang bergerak sikit-sikit tu memang ada insan yang sanggup redah.
Aku tak mau la nak komen bebanyak pasal AJL ni… cuma ada segelintir perkara yang ingin aku utarakan… biasalah…. rumah dah siap pahat masih berbunyi tu kan standard… muehehehe
Dalam barisan pemenangnya, ramalan aku tentang Warkah Buat Laila yang akan merangkul Juara Kategori memang tepat, begitu juga dengan Vokal Terbaik. Telah aku duga dari awal Adibah Noor akan merangkul Vokal Terbaik. Siapa berani menidakkan kelantangan dan kehebatan suara Adibah? Ramalan tentang persembahan terbaik pula tidak tepat… pasal aku menjangkakan Adibah Noor dan Senario dengan lagu Zapin Cinta SMS yang akan menang memandangkan mereka menggunakan khidmat penari-penari cilik dari Sek Keb Taman Melati, JB, maklumlah… bukan mudah membawa tarian zapin ni…. Dalam banyak-banyak tarian tradisional, tarian zapin agak sukar dibanding dengan jenis tarian yang lain. Kena pulak yang menari tu budak-budak, lincah dan comel-comel pulak tu... nampak menarik sangat...
Dalam persembahan artis-artis lain pula… aku nak sok sek sket pasal penampilan Mawi. Muahahahaa…. Memang buruk betui…. Sorry Mawi’s fans… tapi serious first time aku nampak Mawi keluar dengan rambut dia tu, first word yang keluar dari mulut aku…sapa ni macam nak haram jer… rupenya Mawi… ala ciannya… dan vocal Mawi dan M.Nasir dalam lagu ni hancur… sorry… tapi ni pendapat aku… habih berterabur pitching lari lintang pukang…sorryla Mawi… dalam pertandingan juara lagu macam ni, sms tidak digunakan…kalau ada guna sms mungkinlah Mawi boleh menang… kan peminat fanatic dia ramai… akan tetap undi Mawi walau prestasi hancur, sore hampeh dan dressing kacau bilau… kekekekeke….
Apa-apa pun tahniah aku ucapkan pada Adibah Noor dan pemenang lain dalam AJL semalam. Siapa kata orang besar macam Adibah tak boleh berjaya dalam arena seni?? Tidak sia-sia pelaburan yang Adibah keluarkan untuk menghasilkan album pertamanya setelah syarikat-syarikat rakaman menolak Adibah kononnya tak boleh jual sebab Adibah takda personality…dengan ayat tak beralasnya Adibah takda rupe dan gemuk… la ni tokey syarikat rakaman tepuk dahi… apsal dulu aku reject Adibah ni… boleh jual la album dia…. Aiyooook……
ap citer kat sini?
ReplyDeletehttp://jamilkucingpondan.blogspot.com