Header Ads

RoDa H|dUp PaRt 5

Hah..... bertemu lagi kita.... alhamdulillah, ada jugak masa aku boleh curi untuk sambung celoteh aku.... Mintak maaflah pada kowang semua yang dok tunggu mana aku ni tak update blog aku, dan terimakasih gak pada yang jadi pembaca setia... tak sangka ada gak yang rajin tunggu setiap coretan masam, masin, masin dan pahit aku kat sini. Lama gak ek tak update... bukan apa la beb, busy giler lately. Untuk pengetahuan kowang yang masih tak taula... yang dah tau tu takyah amik tau dah hehehe.... aku sibuk banget la ni pasai nak prepare untuk cuti panjang aku selama 2 bulan... cuti apa? ar... tak lama lagi bersambunglah Kisah Anak Aku dah 34 minggu dah ni... lebey kuang 8 bulan lebey la... insyallah tak lama lagi dapatlah seorang lagi cahayamata. Doakan aku selamat bersalin ek... supaya aku bley citer kat kowang macam-macam lagi. ngee~

So episod akan datang, aku akan citerkan camana life aku ni berubah semula... maksud aku kat sini, slowly aku mula menerima kehadiran lelaki dalam hidup aku sekali lagi.
Ingat lagi pada rakanku, Azura yang ingat aku ni anti-lelaki pada episod yang lalu? Azura ni rakan sekolah aku dulu (dari sekolah menengah). Agak rapat dengan dia, aku kenal famili dia, adik beradik dia... dan kami macam adik beradik dah. Dia pun sama kelolo cam aku gak... tapi aku rasa mental dia lebey teruk dari aku kot.. hahaha. Kebetulan kami bekerja di satu bangunan yang sama. Masa tu aku keje as Receptionist kat salah sebuah firma engineering milik mat salleh kat Menara Tan & Tan manakala dia ni dok keje saham tak legal tu la.... jadi kami slalu la lunch sesama. Dia slalu tanya ko nak kenal tak dengan kawan aku shai? Dan macam biasa, aku slalu kata kat dia, "ko jangan carik pasal, aku sepak kang. malaslah nak layan jantan ni smer." Tapi dia ni memang jenis tak reti bahasa, selain dari jual no tepon aku kat kawan-kawan lelaki dia, satu hari tu dia pujuk aku supaya berkenalan dengan seorang lelaki. Masih aku ingat perbualan kami dulu, lebih kurang camni:

Azura: Shai, mehla aku kenalkan ko dengan kawan rumah Apai (boipren dia la). Handsome tau.... dia minat giler kat ko.

Aku: Ko giler ke Zura? Mana dia kenal aku? Ko jangan nak temberang ar...

Azura: La serius ni Shai. Nanti aku bagi no tepon opis ko kat dia ek... dia nak kenal dengan ko... wey rugila ko tak kenal dia, ensem mamat ni, pakai motor Z.

Aku: Ko jangan buat giler Zura. Mat motor aku takmo. Ko jangan nak jual lagi no tepon aku, aku terajang ko mampuih sat gi.

Azura: Ala... tak kisahlah mat motor ke apa ke, dari mat bas tu... lagipun dia ni ensem tau. Kau cayala cakap aku.

Aku: Pi la ko.... keling (ops sowii) mabuk todi tepi bus stop tu pun ko kata ensem, mata ko tu bukannya betul sangat.

Sewel tak minah ni??? Aku tak pernah jumpa pun bukan takat kawan Apai tu, Apai tu sendiri tak pernah aku jumpa. Mangkuk tol.... tapi macam aku katalah dia ni memang jenis tak reti bahasa. Dengan lelaki tu pulak, rupanya dia goreng sama gak... dia kata aku nak kenal dengan mamat tu. Hampeh tol Zura ni. Lelaki ni pun tepon gak la aku satu ari. Aku pun layan la cam biasa.... tapi aku taulah kami sama-sama kene kencing dengan si Zura ni. Punyalah beria sangat dia nak matchkan aku dengan mamat ni, aku tataulah pasaipa.... Frankly, aku memang tak sker dengan mat motor ni... entah ek... meluat betul la pada pandangan mata aku ni kan. Tapi pasal aku tak mau Zura ni malu dan after all aku pun tak pernah lagi jumpa mamat ni kan, so aku layan cam biasa jer la. Hinggalah satu hari, dia ajak aku blind date. Mampuih gak... mulanya aku enggan, tapi atas desakan Azura, aku bersetuju. Maka kami pun berjanjilah nak berblind date kat bus stop depan PNB (eh ada lagi bus stop tu sampai la ni tak silap aku... pi la jengah... hehe). Dah nama pun blind date... teraba-rabalah carik orang... maklumlah zaman tu mana ada henpon... kalau ada pun mahal giler... stok pakai antenna tu.. dari lubang kubur pun bley call... hahahaha... aku ni masa tula dah la rupe cam cina... tak sangka aku blind date dengan mat motor (usually aku tak sker....) dan mak ai... cam keling, itam..... tapi dia baik... dan dialah suami aku skang ni. Citer ni aku pernah citer kat kowang dulu. Aku belajar kenal suami aku dalam tempoh pertunangan dan selepas menikah.

Apa yang aku lalui dalam perkahwinan aku, sememangnya tak dapat aku citerkan pada kowang dari A sampai Z sebab ianya bukan hanya melibatkan maruah aku sowang tapi gak maruah suami dan keluarga. So roughly citer bleyla... suami aku ni tak berpelajaran tinggi, takat SRP yang tak lepas. Kerja pun ala kadar jer... masa aku kenal dia, dia cuma kerja welding tu pasal dia berkilat :-) dan selepas bertunang, aku recommend dia masuk ke Hotel Nikko Kuala Lumpur as steward (ala... cuci pinggan jer...) dan dia masih lagi berkhidmat di Hotel Nikko sehingga ke hari ini tapi skang dah jadi supervisor la. Masa tu aku kerja kat sana as Telephone Operator, maklumlah... nak kawen mana bley kerja part time dan contract jer dan kebetulan rezeki aku kat sana. Masa awal perkahwinan, kami consider susahla... makan pun kadang-kadang tak lepas. Nasiblah kami ni kerja hotel, makan tanggung... tapi sekali sehari je la dan hari berkerja, hari off dan cuti tadak la... dan hidup kami masa tu camtulah... kadang-kadang sehari makan sekali jer. Kadang-kadang beli nasi bungkus share makan dua orang. Orang lain lepas kawen, sibuk pi honeymoon... kami honeymoon lepas few months kawen, pi Teluk Kemang, naiklah motor RXZ dia tu kan... sampai nak patah pinggang aku bila sampai Teluk Kemang. Tapi it's fun. Dan kami makin susah bila aku confirm pregnant... aku takle keje pasai mabuk teruk. Aku berenti kerja, jadi dia sorang je la yang carik rezeki. Bayangkanlah... masa tu lauk kami cuma telur dan ikan pinggan. Menitik airmata mak aku tengok aku makan lauk camtu, tapi 'Aiman tak kisah' hehehe, aku terima semua kesusahan yang aku lalui dengan laki aku masa tu, mungkin inilah balasan yang aku terima atas dosa-dosa aku yang lalu. Ini pilihan aku, aku mesti tempuh gak... dan aku tak salahkan laki aku yang takle beri aku kemewahan dan kesenangan masa tu. Aku tau, dia pun tak nak aku susah, tak nak aku lapar tu pasal dia sanggup buat apa saja untuk aku, hingga kadang-kadang lauk dia pun dia bagi kat aku... Masa aku ngandung dan muntah teruk, dia la yang lap muntah aku, dia la yang dokong aku kuar dari bilik air. Dia buat semua yang lelaki lain tak buat. Bila aku nangis, dia la yang lap airmata aku, dialah yang pujuk aku. Aku tak pernah merasakan pilihan aku tak tepat dan tak pernah kuar perkataan menyesal kawen dengan dia. Aku slalu tanamkan dalam diri aku, kalau dia boleh bersabar dengan aku, kenapa aku takle bersabar hidup dengan dia? Uncle aku pun pernah kata kat aku, kenapa aku kawen dengan orang yang takle beri aku kesenangan? Yang tak berpelajaran macam dia? Aku diam dan aku telan.... even bila ada complaint dari kalangan ahli keluarga aku pasal keburukan dan kelemahan dia, aku telan semuanya dengan senyum pahit.

Memang aku tak mewah hidup dengan dia, tapi aku happy sebab dia jaga aku dengan baik. Dia bukan setakat seorang suami yang hanya beri aku nafkah batin tapi dia adalah teman aku kala aku sedih, kala aku gembira dan kala aku sakit... Aku masih ingat lagi... masa doktor suruh kami suami isteri pi buat pemeriksaan darah untuk HIV/Aids (sebenarnya aku memang allergic dengan peluh tapi kesan dia tu buat doktor curiga) akulah orang yang paling bersedih dan menangis saban hari... aku rasa bersalah sangat pada dia walaupun keputusan tak keluar lagi... aku jadi takut sangat sebab aku tau aku yang paling banyak buat dosa masa lalu, dia tak pernah jahat perempuan. Aku mintak ampun pada dia in advance dan aku bersedia untuk terima apa saja hukuman dari dia kalau keputusan kami positif tapi dia tak hina aku, dia tak marah aku, dia peluk aku, dia pujuk aku dan dia beri aku semangat malah dia share kegembiraan dia dengan aku bila keputusan kami negatif... dan yang paling buat aku terharu, dia bersedia menerima apa saja keputusan dan akan bersama-sama dengan aku. Mana nak carik ek lelaki macam tu? Yang boleh menerima keadaan kita dalam susah senang, tawa duka, sihat dan sakit? Tapi tu la... sebagai manusia, kita memang banyak kelemahan... kadang-kadang kita lupa diri, kadang-kadang kita tak bersyukur dengan nikmat dan ketentuan Allah swt. Aku akui, aku memang pernah lukakan hati dia, bukan sekali tapi berkali-kali.... tapi aku sedar bukan mudah untuk aku tinggalkan dia sebab dia banyak corakkan hidup aku, dia juga yang banyak merubah hidup aku dan sebenarnya dia amat sayangkan aku sebab itu dia sentiasa menerima dan memaafkan aku. Dan hari ini, hidup aku tidak lagi sesusah dulu.... berkat kesabaran aku dan berkat kesungguhan dan keikhlasan dia, selain dari 3 orang cahayamata dan tak lama lagi jadi 4, selain dari sebuah rumah yang dia beli dan letak nama aku dan anak-anak, dia juga belikan aku sebuah kereta yang aku pandu pi balik kerja, loan atas nama aku tapi setiap bulan dia yang langsaikan, dan kami sekarang tak pernah putus duit.... alhamdulillah dan kasih sayang dan perhatian dia pada aku tetap macam dulu. Yang berubah mungkin aku sorang jer.... kadang-kadang aku lupa dia, lupa pengorbanan dia, lupa kasih sayang dia, prejudis terhadap perhatian dia dan macam-macam lagi....


Hidup kita ni macam nila.... kadang-kadang kita selalu rasa macam Allah tu tak adil, beri kita kehidupan yang kita tak mau. Beri kita pasangan yang kita tak gemar tapi sebenarnya apa yang berlaku pada diri kita tu adalah dari diri kita sendiri dan Dia tau tahap mana kita boleh pergi, kita jer yang tak sedar. Dia beri peluang pada kita sedikit dan dalam masa yang sama dia uji kita sedikit, tapi adakalanya kita yang tak sabar. Jadi citer aku pun takat ini je la.... insyallah selagi aku tak masuk hospital, ahaks aku akan citer kat kowang macam-macam lagi.

8 comments:

  1. Uwahhhhhhhhhhhhhhhhh... kena Dato J la tuh... hehehe

    Bestnyer citer k.shai nie.

    Good luck with the baby!

    ReplyDelete
  2. aii kak shai..sempat agi tulis satu lagi episod hidup...cepat ar kak shai..nnt lam pantang kalo ada intenet kat umah pon leh update blog agi..heheh

    anyway selamat bersalin..bb lelaki ke pompuan?

    ReplyDelete
  3. weiii...ni aku ni zana, aku dah x pakai blog aku tu tau, ko delete jer laa...nanti aku bagi address blog aku yg baru kat ko ekk...

    ReplyDelete
  4. danie: tq for everything... harap-harap selamatlah yek...

    dahlia: alahai... baby tataula laki ke pompuan... surprise lew...

    zana: ok nanti bgtau aku ek

    ReplyDelete
  5. aku try add ko nyer blog kat blog terbaru aku, tapi x leh laa, nape ekkk...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.