Header Ads

10 TaHuN dAh ......

Seperti hari-hari biasa pada pagi Jumaat lepas (2 Jun 2006), aku bangun pagi dan bersiap ke tempat kerja. Maka pada hari itu, genaplah sudah 10 tahun perkahwinan aku dengan suamiku. Arrgghhhh finally!!!! 10 years!!! perrgghhh cam nak dapat Jubli Perak plak... kekekekekeke

Hubby aku dah pi keje dah pagi tu, dia masuk awal kol 7am. Maklumlah orang kerja hotel, shift dia memang tak menentu. No regrets.... itulah mata pencarian dia dan dengan pendapatan dia tulah yang beri aku sedikit kemewahan dan kegembiraan, memberi kehidupan pada aku dan anak-anak.

Petang tu aku balik kerja lewat sket sebab ujan kan..... lebat la sangat.... tulun antar plak kawan balik kesian kat dia... sampai rumah hubby aku dah balik. Aku macam biasalah lately, balik kerja duuuummmmmmmmm terus lepak atas katil ilangkan letih.... maklumlah bawak perut ni kan... memang letih giler.. hubby aku masuk terus kiss pipi aku and wish "Happy Anniversary". erk... kezut sat aku... tapi control ayu la.... senyum dan balas tq manyak-manyak kat dia. Aku memang tak harap any present dari dia sebab dia memang tak pernah ajar aku expect any presents dari awal kami berkahwin. Kesian aku.... huhuhu..... but malam tu tetiba dia bagi aku satu small package. Eh..... apa nieh???? Bulat mata aku nengok present tu, blur sangat, siap tanya dia sapa nya ni? Shai nye ke? Pepatah Inggeris ada kata lebey kurang camni: great things come in small packages. Rupanya dia belikan aku cincin!!! Besh nyeer...... huhu sampai lupa diri melompat aku dibuatnya. kekekekeke

Actually bukan kerana cincin emas tu yang buat aku seronok sangat tapi kesungguhan dia kali ni, for our 10 years anniversary, finally dia beri aku satu surprise yang memang aku tak pernah terfikir dia nak belikan aku. Isk... apsal aku rasa sayang sangat sangat kat laki aku.... kekekekekeke

Esoknya lepas antar anak-anak aku ke rumah mak aku, kami bertolak for our anniversary luncheon. Aku memang sayang kat laki aku. Dia memang bagi aku sweet memories this year. Dia pertahankan perfect attendance dia pasal nak bawak aku celebrate anniversary kat hotel 5 bintang. Aku memang sayang dia..... kekekekeke. This year, dia bawak aku pi makan chinese food (feberet aku ni...) kat Toh Lee, restoran cina kat Hotel Nikko. Makan 5 set dim sum, ada nasi goreng plus satu choice vege and desert yang mai berasap-asap atas meja aku, plus dengan mekap aku, dengan rambut aku, dengan baju aku.... aku memang rasa macam heroin citer Condo Hero hahahahahaha. Dari dalam perjalanan sampai nak balik aku dok kata, aku memang lawa hari ni, memang macam Xiao Long Nu dalam citer Condor Hero tu.... sampai kawan dia kata..eh ingat abang bawak sapa.... lew bawak aku lew.... hang tak perasan pasai aku macam pelakon kungfu Cina punye segak arini, betui dak? Miakakakakaka bukan laki aku jer pening, kawan dia pun tumpang pening.... muehehehehe

Well...this year nye celebration is actually the very best for the past 10 years... erm.... di sebalik kekecohan dan kemerapuan aku ni, sebenarnya aku bersyukur pada Allah swt banyak dah dugaan yang aku tempuh sepanjang 10 tahun perkahwinan aku, bohong kalau aku kata tak pernah berperang dengan dia. But deep inside my heart, aku tau dan aku sedar he is the very best for me...... memang dialah jodoh yang Allah tetapkan untuk aku sebab dia seorang yang penyabar dan sangat sayangkan aku walaupun pada dasarnya kami berkahwin atas kompromi. Aku rasa tak salah aku bersetuju bila dia lamar aku 10 tahun dulu sebab tidak akan ada lelaki lain yang boleh terima aku, paham aku dan sayang aku macam dia buat. Walaupun dia bukan orang kaya tapi dia jaga aku dengan baik sebenarnya..... Aku tidak pernah dibiar kelaparan. Dan walaupun kami tidak semewah orang lain tapi dia mampu juga belikan aku sebiji rumah untuk kami berteduh dan berikan aku sebiji kereta untuk ke sana ke mari sedangkan dia hanya bawak motor ke tempat kerja. Masa aku menaip ni pun, satu demi satu peristiwa pahit manis kelat masin berlalu depan mata aku, menitis airmata aku.... aku memang tak sepatutnya menghampakan dia walaupun untuk diri aku sendiri. Kadang-kadang aku ungkit pengorbanan aku pada dia, tapi hari ini aku nampak setiap pengorbanan yang dia buat untuk aku dari mula kami berkenalan. He is a great guy, he is a nice person someone who should be love forever.... sememangnya aku beruntung bersuamikan dia. Nobody is perfect..... itu aku akui.... tapi sebenarnya kekuatan dan kelemahannya banyak mewarnai hidup aku. Dan setelah 10 tahun perkahwinan kami..... hadiah yang paling bererti pada dirinya hanyalah untuk melihat aku melahirkan anaknya dengan selamat. So siapa kata perkahwinan itu perlu berdiri atas rasa cinta? Kami dah buktikan perkahwinan itu adalah rasa hormat, tanggungjawap dan persefahaman. Cinta dan sayang akan wujud bila semua tu dipenuhi.....

p/s: nantilah aku himpun balik gambar kawen aku, scan dan upload dalam album

3 comments:

  1. Assalamualaikom k.shai

    Arghhhh thats so sweet

    Happy Anniversary yang ke 10. Maklom la k.shai zaman skang nie, people usually xtahan lama their marriage. Usually timbol third year, dah perang gila babas. COngratulations, and alhamdulilah :)

    Menitis gak air mata nie bila baca ur confessions tuh. Hopefully one day I'll find the right guy for me too.

    This is by far one of your greatest and rarest emotional posting. huhuhuhu...

    Pst: 8-> Bila la agaknya haku nak rasa camnie yerk 8->

    ReplyDelete
  2. thank you danie.... hope u will find one for you soon... sat... tengah bayangkan diri tengah main pedang cam citer condor hero tu... kekekeke

    ReplyDelete
  3. sob...sob..sob...sedih arrr baca citer kak shai ni. apa-apa pun tahniah kak shai. aku ni baru jek 3 tahun melangkah ke alam ni. jauh lagi nak sampai 10 tahun tu.

    -rossdowsen-

    ReplyDelete

Powered by Blogger.