rOkOk 10's LUpUs??
SERDANG: Mulai hari ini, syarikat rokok yang menjual pek rokok mengandungi
kurang daripada 14 batang akan didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga
dua tahun.
Pekedai pula, yang melakukan kesalahan itu termasuk menjual rokok
sebatang, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Itu dia yang Shai terbaca di dada akhbar hari ini pasal larangan penjualan rokok kurang dari 14 batang. Amacam geng?? Ada perbezaan ke la ni? Aku dah berhenti merokok sejak 5 bulan lalu. Tapi kalau aku masih merokok, berita ini sebenarnya tak beri efek apa-apa pun pada aku sebab aku dah biasa beli rokok pek besar @ 20's.
Pada seorang perokok yang kronik sebenarnya usaha seperti ini memang tidak mendatangkan kesan, samalah seperti usaha kerajaan menaikkan cukai tembakau yang memberi impak pada harga sekotak rokok di pasaran. Perokok tetap merokok. Cuma pada yang kurang mampu... kalau dulu hisap Dunhill sekarang hisap Pall Mall, Winston dan brand lain yang kurang sambutan tetapi murah harganya. Malah ada yang terus menjadi perokok daun yang setia. Jadi adakah dengan menaikkan cukai tembakau sebenarnya membantu mengurangkan bilangan perokok? Tak jugak..... Aku seorang bekas perokok, dulu masa harga rokok naik, aku sanggup kurangkan belanja untuk pastikan duit rokok tetap ada... hehehehe
Tak perlu aku ulangi, rasanya semua orang tahu kecuali kanak-kanak dan remaja yang bangang dan tak paham sahaja yang merokok tu membahayakan kesihatan dan risiko untuk seorang perokok. Jadi tak payahlah Shai boh tang ni akibat atau risiko kepada seorang perokok.... normally perokok tahu lebih dari orang yang tak merokok. Cuma apa yang perokok tatau, bagaimanakah keadaannya dan perbezaan yang akan dialaminya selepas dia berusaha untuk berhenti merokok. Kalau dipetik dari sumber MOH, maka akan ada list faedah berhenti merokok seperti di bawah:
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli
rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Namun, berdasarkan pengalaman Shai berhenti merokok, perbezaan yang paling ketara sekali apabila batuk. Kalau merokok, apabila kita mengalami batuk selsema, kahak yang dikeluarkan akan diikuti dengan rasa perit tekak dan rasa rokok dari dalam, malah kita boleh bau rokok ketika batuk walaupun masa tu tak merokok. Berbeza apabila dah berhenti merokok. Semua tu kita tak alami, malah batuk cepat baik.... hehehehe
Bagaimana Shai berhenti merokok? Malam ni berazam okey esok aku berhenti merokok.... bangun jer pagi terus takmo ingat rokok, kalau teringin sangat pun mungkin amik satu sedut dari rokok yang kawan hisap. Alhamdulillah, kawan-kawan Shai yang merokok pun tak memberikan kerjasama yang baik ketika Shai mintak rokok sket.... muehehehehe. Alhamdulillah, lepas 3 hari tak merokok, Shai terus bebas dari nikotin. Sampai bila Shai akan maintain as non-smoker?? Wallahualam....... ini adalah cubaan kali kedua. Dulu bertahan selama 2 tahun dan kembali menjadi perokok yang aktif walaupun bertukar kepada rokok yang mild sket.
No comments