C|tEr-C|tEr TeNtAnG c|nTa
Hari ni aku nak bercerita tentang apa itu cinta. Setiap orang mempunyai idea dan pendapat tersendiri tentang cinta. So today, untuk korang, aku akan bercerita tentang cinta. Apa dia beza cinta, kasih, sayang dan rindu.
Cinta ialah satu perasaan yang wujud dalam hati apabila kita terlalu menyayangi seseorang. Dari mana datangnya cinta ini? Ha... kalau korang nak tau sebenarnya cinta ini adalah peringkat tertinggi dalam satu perhubungan. Setiap manusia yang lahir datang dari satu asas iaitu KASIH. Kasih tu memang ada dalam diri setiap individu walaupun dia seorang yang brutal tak hengat atau pun penjenayah. Asas cinta ialah rasa kasih. Dari word Kasih ini adanya Kasihan / Simpati. Maka akan ada kes-kes dimana seseorang itu sendiri keliru adakah dia menyintai seseorang itu kerana betul2 sayangkannya atau simpati/kasihan? Ha disinilah perbezaannya. Kasih tu memang wujud, ianya naluri manusia. Kasihkan keluarga, kasih pada rakan-rakan, pada manusia lain. Dan dari kasih ini ianya terbahagi kepada dua cabang, iaitu simpati / kasihan dan sayang. Maka bila dah wujud rasa sayang, time ni yang selalu orang keliru. Sayang ni wujud berperingkat dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sayang ni adalah perasaan yang normal, dia tinggi sket dari rasa kasih. Sayang ni selalunya untuk yang terdekat dan rapat dengan kita. Macam ibu bapa kita, adik beradik kita. Kita tak kata kita sayang pada orang yang kita tak kenal. Maka sayang ni wujud dalam setiap individu sama macam rasa kasih. Yang membezakan kasih dan sayang ialah kasih adalah satu perasaan yang tetap ada dalam naluri seorang manusia manakala sayang adalah perasaan yang melibatkan individu yang rapat dengannya. So dari perasaan sayang, maka akan wujud rasa cinta. Tetapi sebelum sampai ke peringkat rasa cinta, ia akan berada di pertengahan iaitu jatuh hati atau omputeh kata crush. Dari crush inilah, yang membina satu ikatan cinta jika dipupuk. Macamana nak tau kita ni dah jatuh hati? Akan adanya satu perasaan yang lain dalam hati kita. Kita memang boleh merasakannya. Inilah keajaiban perasaan. We can feel the love is coming. Dan disinilah terselitnya rasa rindu... Hati berdebar-debar. Wajahnya terbayang-bayang di ruang mata kita. Suaranya kita dengari dan teringat-ingat sentiasa. Well that is crush. Perasaan yang wujud secara tiba-tiba inilah yang dikatakan sebagai sudah jatuh hati / crush. Dan dari sini, kita perlulah decide samada kita perlu pupuk atau kita lawan. Pupuklah jika kita rasakan si dia memang sesuai dan kita benar-benar mahukan. Tetapi kikis dan buanglah sekiranya si dia tidak sesuai ataupun kita rasa tidak perlu untuk memupuk perasaan itu. Crush ni bersifat sementara. Yang mengekalkannya adalah diri kita sendiri.
Untuk menyuburkan perasaan tu dari just a crush to something... maka kita perlulah berusaha. Sebab tanpa usaha pastinya ia tidak akan berkembang. Ini kerana mungkin hanya kita yang bertepuk sebelah tangan atau mungkin juga si dia mengalami rasa yang sama cuma dia amat malu untuk memulakannya. Tidak perlu gentar atau risau diri akan ditolak dan tidak perlu kira soal jantina, aku pompuan tak sepatutnya aku yang mengejar. This is nonsense. Zaman sekarang itu semua dah tidak digunapakai. Luahkan perasaan korang, tidak apa kalau direject. Itu adalah normal. Semua orang walaupun sehebat mana tetap pernah di reject atau ditinggalkan. Yang paling penting ialah mencuba. Maka di peringkat inilah, adanya sessi ayat mengayat. Whereby, sessi ni amat menarik untuk diterokai oleh setiap orang. Kita melalui yang pahit, manis, masin dan masam sepanjang sessi ini sebelum tiba ke peringkat tertinggi iaitu perasaan cinta. hehehehe.... Camana nak mengayat?? Percayalah pada diri anda, insyallah anda boleh. Setiap orang dikurniakan satu anugerah. Gunakanlah anugerah itu untuk memikat atau dalam bahasa slanga kita kata mengayat/mengorat. Cuba dengan sedaya upaya, insyallah berjaya. Usaha itu tangga kejayaan.
Kenapa pula apabila sudah berumahtangga, rasa cinta itu hilang? Sebenarnya rasa cinta itu tetap ada... ianya tidak hilang cuma akan berkurangan dan jika tidak dibendung, akan berubah menjadi sayang. Kenapa ye? Kerana apabila sudah berumahtangga, tanggungjawab itu terletak di bahagian atas sekali. Dah kawen, ada anak, maka tanggungjawap bertambah. Rasa cinta itu tidak dapat dipupuk selalu kerana kesibukan pasangan masing2 dengan hal pejabat dan rumah. Jadi kalau anda seorang suami yang merasakan diri anda tidak lagi dilayan oleh isteri, berubahlah. Mungkin kerana sikap anda sendiri yang terlalu memaksa atau tidak mempedulikannya. Begitu juga dengan wanita. Jika suami anda tidak lagi menoleh kepada anda, mungkin kerana anda tidak lagi memberi perhatian padanya. Perkara sebegini memang berkaitan. Cara penyelesaiannya adalah dengan duduk bersama-sama, tenangkan diri, maybe keluar bersama berdua sekali sekala dan luahkan. Jangan sekali-kali simpan di dalam hati, kelak akan lebih membinasakan perhubungan tersebut. Rasanya ini sajalah yang ingin saya kongsi bersama-sama dengan anda. Sekiranya ada komen atau ingin memberi pendapat silakan. Saya mengikutinya. ;-)
Assalamualaikum k.Shai
ReplyDeleteI thiNk what u said tuh Betul.
LoVe nie wide perception nya. memcm definition kita leh kasi for Love. But what is important is the essence of being in Love tuh. When we say that we love someone, we must be able to stay with that person through thick&thin semua nya tuh. but Love doesnt necessarily solve everything.
DaYnie xtau la if dah kawen camner perasaan cinta tuh sbb Danie lom kawen. But mmg after dah kawen dan dah ada anak, the Lovey Dovey Feelings maybe detoriate sikit sbb bz and stuff like that. What is important is to set some quality time to make sure the passion is there.
hehehehe... ;)