Header Ads

yAnG h|LaNg D| mAtA.....



Assalamualaikum...

Sepatutnya Jumaat lepas aku post citer ni, tapi tak sempat. Terlalu sibuk dengan kerja dan melayan banyak pertanyaan berkenaan pemergian Arwah Hazran, seorang rakan, seorang adik, seorang guru pada aku.

Aku nak berkongsi cerita dengan korang tentang detik perkenalan aku dengan arwah ni. Arwah merupakan salah seorang bekas rakan moderator aku di WebKL.Net, waktu tu arwah menggunakan id Acanthus. Tidak lama kemudian, arwah keluar dari WebKL dan membuka laman webnya sendiri yang diberi nama Cipuding.com. Kemudian, arwah menawarkan aku menjadi moderator di sana. Tak lama kemudian, Cipuding mengalami masalah database dan arwah membina semula laman ini. Arwah memberikan sepenuh kepercayaannya kepada aku untuk membantunya mengendalikan laman Cipuding.com yang telah ditukar nama kepada Cipuding Network. Maka aku menerima lamarannya untuk menjadi CEO kepada Cipuding Network yang secara tidak langsung menjadikan aku orang kedua selepas arwah dalam mentadbir portal Cipuding. Menjadikan Cipuding Network sebagai sebuah laman web yang setaraf dengan Jiwang.org dan WebKL.Net memang tidak mudah... tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya jumlah ahli melepasi target kami. Pelbagai rintangan dan dugaan termasuklah deface dan crack oleh orang-orang yang tak berkenaan kami tempuhi dengan sabar dan melalui portal Cipuding, aku banyak belajar tentang website dari arwah. Beliau banyak memberi tunjuk ajar tentang selok belok pengendalian portal dan aku amat terhutang budi padanya. Aku membantunya mentadbir portal Cipuding Network sehingga arwah membuat keputusan untuk buat baru lepas menghadapi masalah server dan database. Dalam pada tu, arwah terlalu sibuk dengan kerjanya di Linkzed sehingga arwah tidak mempunyai masa untuk buat apa pun pada Cipuding. Cita-cita arwah memang tinggi... walau camanapun arwah nak upkan jugak Cipuding tu. Arwah pernah cakap dengan aku, one day dia akan buat gak Cipuding tu dan akan serahkan pada aku macam dulu gak.

Beberapa hari sebelum kemalangan, arwah buzz aku kejap. Dia nak aku masuk KBS bantu dia. Aku cuma kata "okey.. tadak masalah. Just bagitau kak shai once dah ready." tup tup dapat berita plak dia kemalangan... dan dalam keadaan kritikal. Nak pi melawat dia bukan aku takmo... banyak perkara yang menghalang aku.. pertama kewangan, aku pon tengah kering kritikal.. kedua soal penjagaan anak2 aku.. sapa plak nak jaga aku kalau aku pi melawat dia kat KB? Jadi aku pendamkan dulu niat aku tu, harap-harap aku sempat nengok dia ujung bulan ni... rupenya memang takda rezeki aku nak melawat dia. Jumaat lepas, dapat tau plak dia dah meninggal... aku sebenarnya dapat pesanan melalui offline message dari mak menakan dia. Aku macam tak percaya la plak... carik-carik info, dapat no tepon pak dia.. bila aku tepon.. betulla.. Hazran dah meninggal dunia... ya allah.. kali ni memang betul-betul aku terkejut... Sepatutnya aku yang advise kat pak dia tapi pak dia plak dok sabaqkan aku.. adehla... aku memang takle nak kawal terkejut dan sedih aku.... pasal aku tak sangka dia meninggal dunia..


Tapi yelah... life's goes on... yang pergi tetap akan pergi... kita yang idup ni kenalah teruskan idup kita no matter what... apa planning aku la ni? Aku terpikir gak untuk upkan semula Cipuding sebagaimana yang arwah impikan. Tapi aku masalah... sebab masalah server dulu, aku la ni tatau nak upkan camana lagi.. sebab aku tadak details domain dsb. Aku dah pun email pada Linkzed untuk mintak details. Soal hosting smer tu aku bley buat balikla.. yang penting nya domain tu. Of coz, tanpa details tu aku still bley cuba amik tapi tak proper la... dan niat aku pon untuk tunaikan impian arwah... bukan untuk diri aku sendiri. So pada kengkawan arwah ni, kalau sapa-sapa yang tau apa-apa saja tentang Cipuding ni, hubungilah aku. Pada awek dan famili Hazran, aku ucapkan takziah...

3 comments:

Powered by Blogger.