Header Ads

k|sAh AnAk PaRt |

Atas permintaan limaumandarin a.k.a peah (aku sorang jer bley panggey dia peah..hehe) yang nak aku citer pasal anak-anak aku. Aku ada 3 orang anak, 2 lelaki dan sorang pompuan. Anak sulong aku dah 7 tahun, kedua umur 6 tahun dan bongsu, 4 tahun. Tapi biarlah aku ceritakan dulu pengalaman aku sebelum dapat anak sulong aku tu.

6 bulan lepas aku tawen, aku mengandung. Tapi bolehlah aku katakan kandungan aku tu tak kesampaian. Bukan gugur tapi hilang. Kenapa?? Tak percaya..?? Aku pun macam tak percaya.. hehe tapi itulah kenyataannya. So aku ceritakan ni bukan untuk menakut-nakutkan korang yang bakal jadi ibu bapa tapi sekadar berkongsi citer dan pengalaman supaya korang tak melakukan kesilapan yang sama macam aku lakukan dulu.

Masa tu umur aku baru je 21+. Mengandung anak pertama memanglah seronok... pengalaman baru la katakan... Masa tu aku bekerja di Hotel Nikko dan aku memang aktif, jalan sana jalan sini macam orang tak mengandung. Satu hari, nak dijadikan cerita, badan aku ni sakit sangat... Family aku memang selalu amik satu makcik ni untuk mengurut, aku panggil dia Makcik Maria. Makcik ni duduk dekat jer dengan umah aku, tapi masa tu makcik ni pi Haji. Jadi mak aku ni bertanyalah kat jiran, ada ke orang yang pandai mengurut sebab badan aku sakit sangat... Kebetulan pulak adalah sorang makcik ni ada mai umah anak dia yang duduk dekat dengan umah mak aku, kononnya dia pandai mengurut. Sebab dah sekampung kan.. takkanlah mak aku ni nak pikir bukan2 plak. Panggillah dia pi ngurut aku kat umah petang tu. Sebenarnya aku tak puas hati cara dia urut.. ada ke ngurut main pegang-pegang jer macam main teka barang.. bukan tambah baik lagi sakit adalah. Sebelum dia blah, dia memang ada pegang perut aku, kononnya nak cek budak. tapi tataula apa yang dia cek.. hehe macam tak cek pon.. kuang kuang kuang...

Esoknya, aku ajak mak aku pi makan kat restoran Thai kat Ampang Park (la ni tadak dah restoran tu). Masa tu aku dah rasa pinggang aku sakit cuma tak teruk sangat dan aku andaikan sakit badan aku ni tak baik lagi kot... elok je aku duduk, aku rasa sakit sangat perut macam nak berak.. aku lari pi toilet... nengok2 darah kuar banyak sangat.. aku jadi ketaq la.... tatau nak habaq... aku lari kuar cakap kat mak aku.. cxl time tu gak order, terus lari pi spital. Sampai kat spital, bukan takat sorang dua doktor mai cek aku, ramai... sampai pakar O&G pon kene turun cek.. nak tau pasaipa?? depa terkejut, sebab bila depa scan, rahim aku kosong dan bersih macam tak pernah ngandung!! tiga empat kali dan pelbagai cara sampai masukkan kamera nak cek betui ke aku ni keguguran... tanya kat aku berulang kali, ada tak ketulan daging kuar.. sampai naik penat aku jawap, tadakla mangkuk toi la... sampai satu tahap aku rasalah doktor pun takle nak jawap apa masalah aku sebenarnya, sampai dia kata kami rasa awak ni mengandung anggur. tapi sebelum aku kuar spital, ada sorang doktor Melayu ni mai kat aku, nasihat aku supaya banyak2 bersabar dengan ujian Allah... aku ingat lagi dia kata, sebenarnya kami sendiri tatau mana perginya baby awak. Sesuatu insiden yang tidak dapat kami jelaskan tapi saya nasihatkan awak cariklah orang yang pandai berubat, rasanya baby awak ni kene makan dek pelesit. Aku jadi blur la... tatau nak kata apa.. dok menung berhari2 pikiaq kat mana silap aku.. betul ke aku ni ngandung all this while etc... yelah macam tak percaya, as a mother, we can feel the move bla bla bla tapi lepas tu doktor sahkan plak aku sebenarnya mengandung anggur. of coz mak pak aku dan suami aku tak berani nak tuduh sapa punye angkara melainkan menerima takdir Allah dengan redha. Sebaik saja Makcik Maria balik dari Haji, dia mai melawat aku.. dan dialah yang ubatkan aku. Katanya memang pelesit yang amik... huhu ntahlah sampai la ni pon aku macam tak percaya...

So citer ni hanyalah sebagai satu kisah pengalaman yang aku sendiri pun tak berani nak sahihkan walau aku sendiri yang mengalaminya. Pasni, aku nak citer plak camana aku ngandungkan anak pertama aku.... to be continued (ceh cam drama bersiri la plak)

3 comments:

  1. waaa...x sabo nak tunggu pengalaman ko ngandung anak ketama..huhuh

    p.s:
    aku penah gak dengo pasai ngandung anggur tu....hanya Allah yg maha mengetahui...

    ReplyDelete
  2. hehe nak tau ka kadok? ko tengah menunggu org baru ke? wah.. besh besh... lelaki sejati gak ko yek..wakakaka... nanti aku post part II tapi jangan takut plak yek..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.