Kenduri Kendara
Time cuti sekolah memang sentiasa riuh dengan kenduri kendara. Kad saman penuh tunggu giliran...hahaha. Actually time kenduri kendara ni la masanya untuk berjumpa saudara mara dan sahabat handai yang dah lama tak jumpa. Standard la kalau ada jejak-jejak kasih kat rumah kenduri ni kan.
Even time posting ni dah mula cuti sekolah akhir tahun, akak nak share kenduri kendara pada percutian sekolah yang lepas. Maklumlah akak busy... kerja balik rumah, settle hal rumah, tengok pokok, tengok game. Ha busy la tu... by the time siap mesin basuh kain, mata pun dah rabak. Macam tu la rutin hari-hari. Okay, without further adieu, kenduri akak pergi ni pada 3 Ogos yang lalu. Disebabkan 2 kenduri pada hari yang sama, kita satu kali jalan la ye. Pergi yang jauh dulu dan turun ke Ampang.
Kenduri pertama: Bizmilla Garden Hall, Subang.
Ini kenduri kahwin anak menakan kawan akak. Ikutkan takda kaitan kan... tapi bila orang dah jemput wajib kita hadiri kecuali kita ada sebab yang tak dapat dielakkan. Ini prinsip akak la. Hari ni kita pergi kenduri orang, esok lusa kenduri kita buat, orang pun mai. Cantik tempat ni cuma satu je yang akak tak suka kat tempat ni. First time pergi sini, tempat yang agak busy, parking hanya guna touch & go, matilanak..... T&G akak pulak less than RM20 sebab guna e-wallet. Jadi rambo je la parking mana-mana, luckily my Jebat boleh park tanpa tarik hand brake. Anyway, still tinggalkan nombor handphone in case. Lagipun tak lama, lepas makan-makan, sembang kejap amik gambo, balik la... sebab nak pi kenduri lagi satu.
Kenduri kedua: Dewan Santai, Bandar Tasik Permaisuri.
Kenduri ni pula adalah kenduri seorang kenalan. Dulu pengantin perempuan ni kerja di office akak dan duduk kat tempat akak. Meaning, pengantin ni dulu admin office akak sebelum akak join company ni. Lepas berenti dengan RAP, beliau join kerja-kerja film production dan jumpa dengan boss office akak untuk buat shooting cerita Nasi Lemak Kampung Santan. So masa ni la kita kenal dengan beliau, add FB, takla rapat pun, gitu-gitu je. But still macam akak kata bila orang dah jemput kenalah datang, ini yang sebaiknya.
No comments