Header Ads

Perkauman & Bo|kot


Recently, mesti korang ada nampak pasal boikot barangan dan juga isu-isu perkauman yang semakin menjadi-jadi. Jadi hari ni akak nak bebel... boleh ye... kalau tak boleh dah tutup blog akak, pi tengok benda lain ye. 😝😝😝 Akak nak bebel pasal kisah perkauman dan boikot ni...

Semua orang ada sikap racist, jangan tak mengaku ye, cuma yang membezakan adalah tahap racist tu sendiri; samada sikit or banyak. Sikit racist tu normal sebagai manusia biasa yang adakalanya kita terlepas pandang or terikut emosi apabila berada di dalam situasi tertentu. Tetapi jika panjangkan isu racist ni atau erti kata lain kita memperbesarkan hal yang kecil maka ini yang tidak sihat. 



Sejak akhir-akhir ini banyak sangat isu racist ni keluar dan ada juga insan-insan yang mengeluarkan video or komen-komen di facebook yang melibatkan soal perkauman. Antara incident yang melibatkan perkauman, kisah tragedi yang berlaku pada Arwah Adib diikuti dengan Arwah Syed Daniel, kedua-duanya melibatkan dua bangsa yang berlainan yang sepatutnya tidak menjadi isu perkauman tetapi diapi-apikan oleh segelintir pihak dan isu menjadi semakin besar. 


Muncul pula insan-insan yang sombong mengatakan Melayu ini pendatang, sejarah mengatakan Hindu sudah wujud dulu, yang ni bangang namanya.... time cikgu ajar sejarah dulu tidur... tataulah camana boleh jadi menteri...ada juga menteri yang pergi ke Amsterdam canang kata India di Malaysia di anaktirikan, fakta yang diberi dalam video tersebut sangatlah misleading. Ni menteri ni... ko rasa aku rakyat tengok ni camana? Nasib ko kat Malaysia ni di mana orang Melayu ni masih fikir pahala dosa, kesan pada anak bini dan sebagainya. Dapat jenis hati kering, balik Malaysia mati kena pijak tak ke naya...? 


Then muncul pulak isu tulisan jawi yang kemudia dibantah besar-besaran macam bangsa Cina dan India ni kalau tak terima masuk dalam silibus sekolah depa kena gantung beramai-ramai kat Dataran Merdeka tu ha... Ya Allah.... tolonglah faham... korang dah bising-bising, elok-elok asal cadangannya wajib dah jadi optional dari 6 ke 3 muka surat. Pun dok kecoh gak... buat gak demo... WTF?? Siap kata ni cara halus nak Islamkan anak-anak depa. BONGOK! Kalau dah bodoh, belajar, amik tau, bertanya.... Tulisan jawi tu tulisan je la.... Ko baca jawi tu takde bunyi surah dalam Quran, bunyi bahasa Melayu. Belajar jawi boleh baca Quran? Salah! Ramai je generasi-generasi akak ni yang dulu belajar jawi time sekolah, Quran fail jugak... 


Ape kejadah ketakutan korang ni? Pun jadi isu perkauman.... tak paham! Dan atas isu-isu ini maka lahirlah pandangan ramai yang bangsa Cina dan India mula mempertikai semula Islam sebagai agama rasmi, hak bumiputera dan sebagainya. 

Ini isu sensitif, tapi menjadi-jadi dengan menteri-menteri yang tidak ambil serius hal-hal sebegini. Contohnya tak tau uncle mana tah dok pertikai askar kita makan tidur katanya. Nasib Menteri Pertahanan tu Abang Mat Sabu. Kalau akak jadi Menteri tu confirm akak kerah tentera pi rumah uncle tu tarik dia masuk kem dok 3 bulan, bagi dia rasa sama makan tidur dari duit cukai yang dia bayar katanya tu. Dan atas pelbagai isu yang lepas satu, satu keluar sampailah pada komen Dr. Zakir Naik, maka orang Melayu ni dah menyampah... ni akak tak nafikan, back to my earlier statement, setiap orang ada racist dia cuma sikit or banyak je. Kerana segelintir Cina dan India yang kurang ajar, maka kebanyakan orang Melayu dah sakit hati maka mereka isytiharkan boikot pada produk non-Muslim. 


Ha... kisah boikot ni pulak ada macam-macam pemahaman. Yang di war-warkan adalah BUY MUSLIM PRODUCT FIRST bukan boikot produk Cina/India. Ni salah pemahaman. Akak melihat dari sudut yang positif, kita orang Islam (sila faham bila sebut orang Islam termasuklah bangsa Cina dan India mualaf gitu), mendahulukan produk MUSLIM, yakni dijual samada di kedai orang Islam atau produk orang Islam yang dijual di pasaraya yang berdekatan tak kisah la kalau pasaraya tu dimiliki 100% oleh non-Muslim, it is okay as long you buy Muslim product first instead of non-muslim product. Ni jelas dan very straight forward, awat korang konar baring tak tentu hala ni?? Pada akak ni bukan boikoit, ni kempen BUY MUSLIM PRODUCT FIRST! Korang paham ke idak? Okay, English kan... dalam bahasa ialah BELI PRODUK ORANG ISLAM DULU. Kalau kempen kata boikot barang Yahudi cam dulu tu akak pun tak setuju...tapi yang ni lain, so akak boleh terima.


Sebenarnya kedua-dua isu ni berkaitan. Dari isu-isu perkauman yang menjadi-jadi, tindakan orang Melayu khasnya adalah dengan melancarkan kempen ni. Isu-isu perkauman ni takkan jadi besar kalau menteri-menteri pun tak naik sama. Ni jadi menteri pun tunggang langgang pemikiran racist bagai, camana jadi Menteri camni? Nama menteri perpaduan, tapi dia yang tak menyatukan rakyat, jadi Menteri Agama tapi tak firm bila orang hina agama Islam, ke dia jadi Menteri Agama untuk agama yang selain dari Islam? Untuk kerajaan Malaysia dan juga parti politik pembangkang tolonglah buat sesuatu yang bijak untuk rakyat, bukan dok cari isu melaga-lagakan kami sesama kaum ni untuk politik survival korang. Done bebel untuk arini. 

No comments

Powered by Blogger.