TrUsTw0RtHy~
Apabila kita katakan kita percaya seseorang, sejauh mana kita percaya pada dia? Apabila adanya rasa curiga, sejauh mana pula kita curiga padanya? Adakalanya kita tak sedar apa yang kita katakan tidak sama dengan kata hati kita. Mulut boleh menipu tapi hati kita tidak. Apabila hati sering menolak apa yang kita katakan, sampai masanya tanpa kita sedar kita akan suarakan kata hati kita samada ketika kita marah atau tidak, dalam bentuk ayat yang jujur atau pun kiasan. Jika pasangan kita bijak bermain dengan soalan, ianya dengan mudah dikesan kerana minda kita akan mendengar kata hati apabila diasak dengan soalan yang bertubi-tubi. Maka itu sebaiknya kita suarakan apa saja yang kita fikirkan kepada pasangan kita biarpun ianya pahit. Menjaga hati itu perlu tapi menjaga hubungan itu lebih utama. Menyuarakan keraguan kenalah ada caranya agar tidak sampai menimbulkan pergaduhan. There's always a way then there's a will. Jika keraguan itu disimpan demi untuk menjaga hati, bila berlakunya insiden terlepas cakap pastinya akan mengguris perasaan pasangan kita.
It's just me talking to my notebook alone all by myself... luahan hati yang hanya diri ini memahami maksudnya.
No comments