Header Ads

N|La| PeRsAhAbAtAn

Semakin panjang tempoh mengenali seseorang. semakin banyak perkara yang kita tahu tentang seseorang itu. Berpaksikan keikhlasan dalam berkawan, maka lahirlah satu persahabatan. Hanya perasaan cinta dan keinginan untuk memiliki sahaja yang membezakan persahabatan dengan percintaan. Platform dan landasan tetap sama, keserasian....persefahaman....saling menghormati....dan sebagainya.

Di manakah letaknya nilai satu persahabatan itu sekiranya :-
  • Kita meragui kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan sahabat kita? 
  • Kita tidak mampu bersikap jujur pada diri kita dan juga sahabat kita? 
  • Kita tidak mampu menegur kesilapannya?
  • Kita menyindir dengan ungkapan kata dan kiasan yang sinis?
  • Kita tidak dapat menerima kritikan membina dari sahabat kita?

Apakah wajar bagi seseorang yang matang memilih untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang? Apakah wajar bagi seseorang yang matang memilih untuk lari dari permasalahan dan membiarkan masalah atau situasi itu berlarutan? 

Tanpa mengenal jantina, usia dan taraf pendidikan, kita semua hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni. Setiap insan itu punya kelemahan dan juga kekuatannya.  Sudah menjadi resam manusia, SERIBU kebaikan tidak dapat menutup SATU keburukan, di atas sehelai kain putih yang terbentang, satu titik hitam akan tetap mencacatkan keseluruhan kain tersebut. Apakah perlu untuk bersikap angkuh hanya kerana kesilapan yang adakalanya kita juga melakukannya? 

Hati ini sedih melihat kekeruhan yang berlaku....terabai tanpa satu usaha untuk menjernihkan keadaan. Jiwa ini pedih bila dapat mengesan rasa kecewa yang bersarang di hati insan tersayang. Harapan hati ini untuk melihat keceriaan terpancar di wajahnya dan kedengaran dalam setiap tutur katanya. Buangkanlah keEGOan yang bersarang di hati dan minda demi satu persahabatan yang telah terbina sekian lama. 


We don't buy FRIENDSHIPS with money, we buy it with hearts.
PERSAHABATAN tidak dibeli dengan wang ringgit, tapi dibeli dengan hati. (betul ke translation ni?)

No comments

Powered by Blogger.