Header Ads

Erti Lebaran



Hi friends and readers… Hari Raya is just around the corner. Vavavava…. Nak raya dah wey…~!! Rata² sales sesaja dan penuh dengan orang ramai yang berpusu² membeli belah sebagai persiapan raya. Posting kali ni nak mengajak kowang semua berfikir tentang apakah erti Hari Raya pada kowang. It’s not me to teach you… but it’s for yourself and myself to think about.

Ramadhan belum start lagi…. Jauuuuuuh lagi… kain berela-ela dah dihantar pada tailor untuk buat baju raya. Baru hari pertama menyambut puasa, kuih / biskut raya dah pun mula dijual, malah lagu raya pun dah start dimainkan di certain malls and shopping centres. Sambutan untuk Ramadhan macam takde..nasiblah kurma tu jadi satu hidangan wajib maka nampaklah tanda² kehadiran Ramadhan or else.. tak perasan kot dah puasa nyehnyehnyeh….

Bukanlah tak boleh sebenarnya…aku tak kata pun tak boleh ek…Saja jer la nak membawa minda kowang pada apa yang aku nak share. Pernah tak kowang terfikir ada insan² lain di luar sana yang hanya menyambut Ramadhan ala kadar sahaja? Dalam keriuhan kowang berkongsi cerita dan update FB status tentang persiapan raya, ada insan² yang hanya mampu senyum dan memandang keceriaan kowang.

Apa kata kita berdiam seketika, merenung ke dalam diri kita, apa yang telah kita belanjakan adakah ianya benar² satu keperluan bagi kita? Apa yang telah kita lakukan untuk meringankan beban insan² ini. Few days back, aku terdengar di radio EraFM tentang seorang wanita yang mengeluh pada Pak Nil suaminya yang telah meninggalkan dia dan 4 orang anaknya kerana telah berhutang dengan ‘Along’ dan beliau kini hanya mampu menyediakan makanan di pagi raya ala kadar sahaja kerana pendapatan beliau yang hanya RM900 sebulan. Aku congakkan, katakanlah RM900 ni kasar, so lepas tolak EPF & SOCSO, tinggallah RM850 la katakan. Ditolak duit sewa rumahnya sebanyak RM250 yang dia declare di radio tu, tinggallah RM600. Kesiannya….maka aku bersyukur, kerana aku juga seorang diri yang mencari untuk membesarkan 4 orang anak aku dan pendapatan aku yang lebih dari satu kali ganda dari wanita itu. Walaupun boleh aku katakan sekadar cukup makan dan pakai…Alhamdulillah aku masih boleh survive.

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan pada semua rakan² bloggers dan sesapa saja yang singgah lalu or tersesat kat blog nih yek… Maaf Zahir dan Batin.

No comments

Powered by Blogger.