Malam ni nak ajak kowang sembang pasal cemburu. Cemburu itu tandanya sayang..tapi kalau cemburu yang terlampau, susah juga yek. Cemburu buta terjadi sebab tak faham situasi, maka timbullah kecurigaan dan mulalah memikirkan yang bukan² tapi still ada ampun lagi, bila difahamkan dan diperjelaskan cemburu buta tu jadi celik :) However kalau dah difahamkan dan diperjelaskan dengan nyata cemburu gak, haru nih... Ni bukan cemburu buta dah...ni kategori cemburu buta, pekak dan tuli - 1 set = tadak ubat ceeeek....~!! Ngehehehe....
Orang perempuan ni memang sinonim dengan cemburu buta, malah ada yang dah masuk kategori cemburu buta, pekak dan tuli. Takda?? Kowang tak jumpa lagi... aku dah jumpa dah orang camni. Kesian kat pasangannya tapi nak buat camanakan..dah tu dipilihnya, kenalah menerima. Sabar dengan tidak je la kan. :) Jangan pulak kowang kata lelaki takda yang camtu tau... ada~!! Aku dapat dah sowang dulu, letih nak menjawap semua soklan dia. Selagi tak puas hati dia, selagi tu dia akan cakap bukan². Sanggup tak tidur hanya kerana tidak percaya dan memikirkan yang bukan². Kalau pergi kerja ni, kol 6pm dah sms dah tanya dah kuar opis blom. Setiap setengah jam akan sms untuk pastikan lokasi. Sampai jer rumah terus call nak make sure betul ke tak sampai, nasib baik hp cap ayam, tak boleh nak video call, kalau tak...sah nak video call. Letih tak kalau kena camtu? Letihkan??? So bila kita tak suka diperlakukan camtu, maka kita juga perlu bersikap rasional dan elakkan diri dari mempunyai sikap sebegini. Ianya banyak merugikan dari menguntungkan.
Aku tak nafikan sikap cemburu tu perlu ada, takda langsung pun tak boleh...kerana bila terlalu percaya dan tiada rasa cemburu pasangan kita akan mengambil kesempatan. That's what happen to my marriage so aku dah amik iktibar dari kisah lama dan aku belajar untuk ada rasa curiga dan cemburu. Cuma this time disebabkan pengalaman lalu, cemburu aku tu kadang² jadi buta sikit. Fobia beb...bukan apa pun... Kadang² aku hint rasa cemburu aku pada bf aku, aku memang tak suka nak timbulkan isu yang boleh jadi gado but sometimes I just have to sebab cara dia kadang² mencurigakan aku...huhu tapi aku akan cuba untuk tidak terlalu cemburu.
Orang perempuan ni memang pandai dalam create situation dan jugak cari penyakit. Agree?? Dok tak dok suruh member ngayat bf / husband sendiri... kononnya nak tengok ati dia camana, dah nama lelaki, rezeki tak ditolak gitu....tak cari penyakit namanya? Pastu sakit ati sendiri. Hehehe... Macam kes siang tadi, my exbf ni jawap soklan aku naper remove dari fb akaun dia. Rupanya tunang dia jumpa message lama aku pada dia, so jadi gado besar. OMG! Nasiblah aku tak kena serang... jenuh nak berbalas pantun la pulak. Ni pun penyakit gak nih, dah tau diri tu kuat cemburu, yang selak message lama² buat apa.... dah jumpa sakit ati, gado sudah... Haish..kang tak jadi kawen salah aku gak.... nasiblah ko shai...huuhuu...
No comments