H.A.V.I.N.G F.U.N
Wah... 4 ari tak online... cam orang bodoh jer tanpa internet ni kan.... takpelah time tak mampu nak buat apa kan...so kene dok dendiam menahan. Insyallah, everything will be back to normal, it is just a matter of time right? :)
Sabtu lepas my friends from Singapore datang KL. The actual plan is hoping that my sayang is available on that day. Yelah aku ni dah la tak keje, transport pun takdekan, sapa lagi aku nak harapkan menemani aku entertain them...lagipun mereka² itu juga adalah kawan² dia, bukan kawan² aku sorang. My backup plan is kalau dia tak jadi maka aku akan turun tunjuk muka jap, lepak² minum pastu balik. Nak dijadikan cerita petang tu pulak ujan lebat...masaaaak nak kuar camni. My sayang lak tak sihat and finally decide not to come so takkanlah aku nak buat bodoh je kan...at least aku sorang tunjuk muka for myself & on behalf of him. Sampai kat lobby hotel, borak² then derang ajak pergi Bukit Bintang, katanya nak tengok persembahan darai², the way they explain tu aku tak rasa teruja pun nak tengok tapi aku follow jer la.. So we went to Funtheque at Bukit Bintang. Aku quite surprise dengan performance diorang so called as The Fabolous Sexy Divas, persembahan tarian with a bit of gimmick & acting, dan yang paling best layan si ‘Dara’ berceloteh tentang sex...! It’s a sex jokes, very selamba...and yes, entertaining. For my friends, it’s biasa² coz they watched much better than this kat Singapore, for me yela... aku tak pernah tengok. Lama tul tak enjoy² nih, melayan Joy menari...tudien...sakit semua kaki aku esoknya...! Malam tu aku tidur kat hotel dengan diorang, esok tengahari baru sampai rumah...
I have a great time with them...memang dah lama tak kuar malam kan... tu la tunggu gak my sayang bawak kuar, tapi yelah dia busy kan... aku malaslah nak pikir²kan sangat kesibukan dia. Andaikan jela dia memang macam tu, kalau sibuk or tak sihat tak nak jumpa aku etc. Bukan aku tak sayang dia tapi aku sebenarnya penat nak cakap, bukan budak² lagi nak leter aight? Whatever la... actually aku ni bukanlah jenis orang yang cemburu, suka mengongkong or suka memikir yang bukan². Tapi pengalaman yang aku lalui dalam rumahtangga yang dah musnah mengajar aku erti semua ni. I can be Shai yang dulu, but I am so afraid to face another betrayal. Kalau kowang perasanla dalam blog ni citer pasal umahtangga aku, citer pasal my scandals, my bfs but never citer pasal perceraian...yeah...I have no guts to tell you guys of what happened to my marriage, aku boleh jer mengaibkan my ex bfs, no prob to me but I should not aibkan my ex husband, ada banyak beza to me, dari aku citer keburukan orang yang pernah suap aku makan, baikla aku tunjukkan setan aku, jahat aku, sekurang²nya bila aku baca balik posting lama² akan mengingatkan aku tentang kesilapan² aku yang lalu. Kenapa hancurnya my marriage, yang paling mudah untuk aku akui sekarang ni, both of us make mistakes. Bila seorang suami mengabaikan tanggungjawab, memusnahkan kepercayaan , menuding jari untuk menutup kesilapan sendiri, maka isteri yang berakal panjang seperti aku ni lebih mudah untuk membuat kesilapan berlandaskan rasa ego dan kedegilan. Kerana aku ni jenis orang yang akan melawan bila ego aku tercabar. Dan waktu itu aku tidak akan peduli pandangan orang mahupun kesan di kemudian hari. Apa yang aku lalui sekarang ni adalah kesan dari ego dan kedegilan aku dan aku terima sebab aku bertanggungjawab pada setiap apa yang aku buat. Aku pernah berada dalam satu kehidupan yang daif dan sebatang kara tapi Alhamdulillah, masih ada insan² yang menilai erti persahabatan yang hadir menghulurkan bantuan which akan aku kenang orang² ini dan aku memang sanggup bermatian untuk mereka atas apa yang pernah mereka buat pada aku. Darah daging sendiri pun tak buat macam tu ok...thank God... so kalau nak kata aku ni pernah curang dengan my exhb, yes aku ngaku, aku buat. Sebab apa aku buat? Sebab aku tercabar dengan kata² dia, tuduhan dia, dan aku terima apa yang telah pun berlaku. I’m playing part of the damage too, not only him.
No comments