Header Ads

RoDa H|dUp PaRt 2

Sebenarnya ramai gak guru-guru yang agak terkejut dengan keputusan aku malah ada yang memujuk aku.... tapi kan aku dah kata aku ni kalau dah nekad memang takle undur.

Lepas berenti sekolah, aku mula carik kerja. Kerja pertama aku masa tu jadi promoter Mattel (Barbie Doll & Hot Wheels) kat Hankyu Jaya sempena Toys Festival. Kerja ni bukanlah kerja tetap tapi sementara jer. Dan dalam waktu tu aku sempat bekerja di few places seperti Swensen's dan I Can't Believe It's Yogurt. Dalam pada tu... sebelum aku terlupa, ketika aku berada dalam tingkatan satu, aku ada seorang abang angkat, namanya Zul tapi aku panggey dia Angah. Angah ni kawan sebaya kakak aku, dia dua beradik (adik dia pompuan) duduk dengan mak menakan dia dekat dengan rumah aku. Kami pun satu sekolah..... dan "abang angkat" ni finally jadi my first love. Pada tahun yang sama dia telah dibuang sekolah, dia ni memang ada masalah attitude keje dia monteng.... pi main roller skate. Dia terus pulang ke Trengganu dan berjanji nak kirim surat dengan aku. Angah ni walaupun dia adalah dari golongan yang bermasalah, tapi dia seorang lelaki yang baik. Tidak pernah mengambil kesempatan ke atas aku dan dia paham, sayang dan manjakan aku sangat. Walaupun dia dah takda kat sisi aku, aku masih lagi ingat kat dia every single minute. Aku sering kirim berita pada dia walaupun dia tak pernah membalasnya hinggalah satu hari dia mai kat umah aku. Dia mintak maaf kat aku sebab tak pernah kotakan janji dia nak kirim surat dan dia tinggalkan aku tanpa khabar berita. Dia kata dia balik ke KL sebab adik dia nak kawen. Dia ada bagitau aku yang dia sekarang kerja kapal kat sana jadi dia jarang balik umah ayah dia, dan selalunya bila dia balik surat aku entah kemana-mana tah.... jadi dia nak aku berjanji dengan dia, aku kene banyak bersabar, kalau boleh balik la semula ke alam persekolahan. Insyallah dia akan menetap balik kat KL dan bekerja di sini. Apa yang dia nak aku tunggu dia dengan sabar.... dan aku pun tunggu la.....

Atas permintaan dan rasa rindu untuk kembali ke alam persekolahan, akhirnya atas persetujuan ayah aku setelah dipujuk oleh mak aku, aku kembali belajar tapi di sebuah sekolah swasta i.e. Institut SAL of Kuala Lumpur kat Jalan Silang. Masa kat sanalah aku ni jadi "lebih hebat". Paham-paham je la sekolah swasta ni adalah pusat tumpuan pelajar-pelajar yang memang rosak akhlak atau ada masalah disiplin. Ada gak yang fail SRP dan ke sana, lulus dan sambung ke peringkat seterusnya. So.... kawan-kawan aku masa tu kebanyakannya lelaki samada dari kelas aku ataupun dari sekolah lain yang memang dari spesis kaki lepak shopping kompleks. Pelajaran tetap satu tugas bagi aku... alhamdulillah setahun aku di sana, aku lulus dalam peperiksaan (masa tu amik form 4 tapi kelas Sastera la) tapi buat perangai tetap jadi agenda. Antara rekod juvana yang aku pernah buat masa tu termasuklah berjudi dengan main game (kire cam betting ar) dan jugak bersubahat dalam kes pukul anak polis yang kerek.... heheheh merasalah jugak aku dok dalam lokap balai sat.

Setahun kemudiannya, Angah pun balik ke KL semula, bekerja di salah sebuah kilang minuman di KL. Tapi dia jarang ar jumpa aku, skali skala dia mai umah aku, masa tu aku dan family dah duduk kat Tasek Permai sebab rumah setinggan kami tu kerajaan nak susun balik struktur kawasan kami. Kire nak dapat lot la.... Mak dan ayah aku memang kenal Angah ni, depa pun tak kata apa pasal aku dengan Angah. Maybe sebab dah kenal lama, kire semua family aku termasuklah abang ipar aku kenal dia (oo ya.... akak aku masa tu dah kawen.... dengan jiran kat umah aku gak, abang ipar aku memang dah tua kire jauh beza dengan akak aku tapi entahla.... kononnya orang kampung sibuk kecoh pasal akak aku selalu lepak dengan abang ipar aku so mak pak aku tanya dia dan dia willing untuk menikah dengan akak aku, dah sker katanya).

Satu hari di Hari Raya.... Angah mai beraya kat umah aku, pastu mintak izin parents aku nak bawak aku kuar jalan. Masa tu Angah pakai motor RXZ. So parents aku benarkan dengan syarat hantar aku balik sebelum gelap. Angah bawak aku pi umah dia. Actually masa tu pintu pun tak berkunci, kawan dia kuar balik umah kejap dan aku masa tu tengah gosok baju Angah, kami cadang nak kuar. Kebetulan plak mak menakan dia masuk ke rumah tu, dia terkejut tengok aku ada, pastu Angah plak baru kuar bilik air dengan pakai tuala jer. Memanglah kami tak buat apa.... aku tak kata pun aku ni tak salah... memang kami salah la... tak sepatutnya kami dok dalam keadaan mencurigakan camtu. Cuma aku tak sker bila Angah tidak langsung bersuara bila mak menakan dia marah-marah aku kata aku ni gatal la apa la dan macam-macam lagi hinaan dia bagi kat aku. Well.... that is not all..... pasal kawan dia nak ikut kami sama kuar so kami pi naik bas. Aku memang tak kisah pun sebab hari-hari pun aku naik bas tapi dia ni jadi moody. Dan aku terasa agak ralat gak la... pasal dia lebih pentingkan kawan dia, ada ke pi bawak aku masuk roller skate kat Semua House tu tempat yang dia rindu sangat nak pi. Dahla tu tinggalkan aku plak sorang-sorang kat situ. Aku boring giler... so aku turun jalan-jalan kat area Semua House tu, last sekali aku turun kat tempat snooker kisahnya aku jumpa member lepak aku sebenarnya. Jadi aku lepak la sat borak-borak dengan dia, since bf aku tu sibuk dengan roller skate dia... tak tau la plak yang dia tu masih nak amik tau hal aku, carik aku sampai kat pusat snooker tu. Apa lagi dia jadi hangen la.... dia kata aku tak pikirkan dia langsung yang gelabah carik aku, aku kat situ sedap-sedap layan jantan. Plak dah.... bukan dia ke yang tinggal aku dulu? Dan perang dingin kami berlarutan sampai dia kata dia antar aku sampai kat bus stop. Suruh aku balik sendiri. Anak haram betul.... tapi tu la... aku ni memang ada penyakit malas nak kecoh gado-gado.. so aku diam je la. Dia temankan aku tunggu bas. Kisahnya aku ni kan jenis peramah.... ramai gak driver dan konduktor bas mini 24 tu yang kenal aku. Apatah lagi derang tau, uncle aku (kire sedara mara belah pak aku) ada yang jadi tokey bas mini. Nak dihebatkan pergaduhan kami tu, bas yang sampai tu aku memang kenal sangat dengan pakcik driver dan abang konduktor tu... alahai... abang tu dah kawen pun.... vini dia tengah pregnant.... bukan dia buat apa... cuma tegur dan senyum kat aku. Ha tengok.... muka dia mencuka. "Angah tak sangka Mimie ni memang banyak jantan rupenya! Kalau tak sanggup tunggu Angah cakap je!" Itulah kata-kata dia yang masih aku simpan sampai arini. Aku sedih sangat sebab dia takmo bagi peluang aku explain sapa-sapa dia jantan-jantan yang dok tegur dan borak dengan aku. Tapi tu la... dengar citer pun kawan aku sendiri mainkan peranan.... dok kutuk aku kat dia. Kononnya aku ni memang banyak jantan, dia selalu teman aku kemana-mana... sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya. Aku tau "muslihat" pompuan ni pun pasal adalah adik kawan kami kat area tu pecah rahsia.... Sejak dari hari tu dia terus tak contact aku, tinggalkan aku dalam keadaan yang amat terhina bagi aku.... jahat ke aku ni? kenapa kesetiaan aku selama ni dia ragu? Silap aku ke selama ni? Sedangkan aku tak pernah tanya dengan siapa dia keluar dan siapa dia jumpa kat Trengganu tu.... aku berhak untuk berkawan dengan sesapa yang aku suka.... dan hubungan yang terjalin dengan penuh kesabaran dan penantian berakhir macam tu jer.... after 5 years..... dan ketika aku tengah nak menghadapi peperiksan SPM. Frust memang frust tatau nak kata camana aku nye frust ni...rasa cam aku sia-siakan idup aku selama 5 tahun aku kenal dia. Life goes on.... luka tu masih pedih, sejak aritu aku berjanji aku tak akan lagi setia dalam perhubungan, memang aku nak flirt around saja.... jantan ni semua memang stok untuk dipijak jer dan antara kecewa dan dendam pelajaran aku sedikit terabai dan akhir tahun tu aku terpaksa akur dengan keputusan peperiksaan yang setakat SAP. Boyfriend aku pun masa tu silih berganti.... orang pertama jadi pengganti Angah ialah member lepak aku. Tak lama.... kemudian aku kawan plak dengan satu mamat nih erm... dia ni kawan baik Eizlan Yusoff kire time tu aku ngam ar gak dengan abang Eizlan ni.... dan kemudian aku kawan plak sorang brader yang merupakan kenalan aku masa aku sekolah menengah dulu.. pasal dia ensem kan... ramai budak sek men tu syok kat dia... tapi dapat kat aku... aku pun tak serius mana, sepanjang relationship aku dengan jantan-jantan ni, adakalanya aku kene tinggal dan tak kurang gak yang aku tinggal cam sampah.... pada aku smer tu GAMES!


Okey.... tu adalah perjalanan aku selama 2 tahun selepas aku berenti sekolah kerajaan. Untuk aku sambung atau ulang balik SPM aku rasa macam tak perlu jer sebab aku dapat SAP bukan sebab aku fail mata pelajaran utama tapi sebab syarat lulus aku tak cukup. Aku tak amik paper 2 Add Maths dan aku fail plak Sastera (Sastera??? omg... pasal Sastera la aku dapat SAP!! uuuwaaaaa.......... siot tol). Mata pelajaran tambahan aku cuma pilih 3 jer.... dan syarat dia aku kene lulus 2 instead aku cuma lulus Ekonomi.... too bad huh..... jadi lepas pikir dan pikir antara masa dan usia yang makin meningkat serta ilangnya semangat aku nak belajar sket atas apa yang berlaku antara aku dengan Angah membuatkan aku amik keputusan untuk teruskan hidup aku dengan carik kejer.... lama gak aku carik keje nih.... sampailah satu hari aku jumpa kawan aku kat dalam bas, so dia ajak aku join keje macam dia..... aku tengok dia dengan tie.... bukan main smart lagi kan.... sedangkan aku tau dia ni tak kemana pun study... ehehehehe so nak tau keje apa yang kawan aku ajak aku join.... tungguuuuuuuuuuuu...............

3 comments:

Powered by Blogger.