Header Ads

B|La T|bA pEnYaK|t BoR|nG

Kadang-kadang mai penyakit boring giler, aku akan send email kat kawan rapat aku. Sajalah kan... boring-boring tu dok ajak main sambung citer lew.... kami ni kan memang "adventure" orangnya... macam-macam kami explore dan macam-macam idea merapu bley timbul. Pernah hanya dengan melihat seorang lelaki berkepala botak dan bertampal pulak di kepalanya tu..... ada tiga jenis cerita yang wujud dalam kepala otak masing-masing dan jadi bahan ketawa berguling-guling depan kedai mamak Malah pernah juga rakan sekerja kami dulu jadi bahan pasal dia menikah sorang lagi. Memang dibahankan sungguh-sungguh sampai masing-masing tak boleh nak tarik nafas sebab ketawa banyak sangat. Kalau bab merapu meraban serahlah pada kami.... muehehehehe. Dua tiga hari lepas aku tak terlepas dari rasa boring yang amat sangat so aku pun email la kat kawan-kawan aku ni...... nak tengok hasil email conference kami? meh usha ni sket:

Shai: Pada suatu hari, ada seorang perempuan.....
Patty: perempuan tu dapat tau dia mengandung...
Lydia: Sampai d Clinic Dr pun check lah perut dier.... Bila Dr scan DR itu pun terkejut sbb yg d kandung tu bkn anak manusia sbb BERTANDUK d atas kepala dan ble bersuara dr dlm perut!!!. Tanduk itu pulak bercabang 3........ Anak siapa kah ITU? hahahahaha
Patty: perempuan tu berkata dalam hatinya: ni la dosa aku, pasal main dengan mat salleh yang bernama henning ....tu la anak keluar bertanduk.... macam mana sekarang ni... aku nak bubuh nama dia sofea henning ke tak?
Patty: lepas tu.. pompuan tu pun buat keputusan untuk simpan anak tu...
Patty: perut dia tu makin lama makin besar...
Patty: sampai la masa yang dia nak bersalin ....
Patty: doctor pun bagi tau la tarikh bersalin....
Lydia: Uwek ..uwek..uwek.... anak tu pun kluaq dr burit pompuan itu...tetapi bkn spt Sofea yg sepatutnya kluaq putih....HITAM!! dan bibir kering...Dan apa bila d pakai kan lampin dia menagis lagi sbb pampers itu berada d bwh pusat....Dia mahu pampers itu brada d atas pusat rupanya...
Lydia: Persoalannnya...mana nak carik Pampers yg tinggi sampai ke PUSAT???!!!
Lydia: Baby itu terus menangis dan menangis....sbb pusat masuk angin....hahahaha
Patty: pasal terlampau menangis.. perut baby tu pun makin lama makin kembang...mulut dia tu pun makin besar... tempat2 yang sepatut kecik pun dah jadi besar so mak dia pun pergi la jumpa bomoh... akhir sekali..ikut nasihat bomoh......sofea terpaksa la tukar nama.. tapi kena bermula drp huruf 's ' jugak tu la jadi 'SHAI ' sekarang.....
Shai: aku plak kene... muekekekekeke.... ok sambungannya...
maka mak dia pun tukarlah namanya sebagaimana yang dinasihatkan oleh bomoh tersebut..... selepas beberapa tahun, kerana mendengar nasihat bomoh tersebut, anaknya menjadi semakin hari semakin cantik hingga tiada tolok bandingnya. Seri melebihi Siti Nurhaliza yang nak kawen dengan Dato K tu... kekekekeke

Haaaaa................ tu la yang sempat direka cerita selama 1/2 jam sementara nak tunggu time balik...... Semua yang ada di sekeliling boleh dijadikan bahan..... nak tau lagi apa yang pernah kami lakukan waktu mai penyakit boring ni? mmm..... pernah nengok kan gambar Hadzri aka Seri yang dalam flickr album tu? ala.... dalam title orange party tu pun dia ada... pi usha.. tapi bukan nak citer pasal dia. Nak citer pasal mak dia Cik Senah Sepi yang sedang menunggu saat kelahiran anak yang paling bongsu! (Ye! Ye! Seri nak dapat adik.....:P)

Dulu Kak Senah ni selalu jadi bahan kami.... kadang-kadang mai gak rasa kesian kat dia.... sungguh-sungguh kami pekene dia. Dulu dia balik keje awal sejam sebab dia masuk awal. Jadi sebelum dia balik, kami bubuhlah selipar ke, senduk ke, sudu ke dalam beg dia. ahaks.... takle bayangkan bila dia nak kuarkan duit bayar duit LRT tersembul dari beg dia pelbagai bahan kegunaan dapur.... sure dia akan tepon kami kat opis "Wey dajey sungguh, anak haram betui hangpa ni tau... aku malula.... orang dok tengok dlm beg aku macam-macam ada..." ahaks kesian Cik Senah tapi kami kesian kat dia sat jer, esok lusa kami kacau dia lagi. Pernah kami bawak lari gambar dia pastu usaha.... scan pastu buat iklan "TUKANG URUT TRADISIONAL". Dah print, fotostet plak pasal nak nampak cam keratan akhbar kan..... so pi tampal kat Pantry. Memang dia mengamuk dengan kami.... isk isk isk apa nak jadi dengan kowang ni? gurau kasaq sungguh..... sampai la ni Cik Senah tu walaupun dah tak bekerja di sini tapi masih jadi bahan usikan kami. ooo ya.... sat lupa nak citer naper kami panggey dia Senah Sepi? Nak tau? pasai dia selalu complaint apa nak jadi dengan budak-budak opis ni, aku pi tingkat 2 tengok Shai senyum sorang-sorang, turun tingkat satu, Lydia plak.... pastu Patty plak.... kowang ni berpenyakit ek? dah gile? tula bebelan Cik Senah yang jaki tengok kami senyum sowang-sowang akibat chatting. So kami pun kononnya prihatin.... buat satu id YM utk dia as Senah Sepi pasai dia jadi sepi dlm opis takda orang nak layan dia chit chat.... hahahahaha itulah dia sikit sebanyak citer penyakit boring di kalangan kaum ibu macam kami ni...... dengan ini aku menutup kisah posting kali ni dengan ucapan Selamat Hari Ibu pada semua wanita di Malaysia yang bergelar ibu.



No comments

Powered by Blogger.