Header Ads

pAnAsH! kEs KeNa SeRaNg .... KeS|aN ....

Photobucket - Video and Image Hosting
Ini adalah antara email yang aku terima.... citer panas pasal artis kene serang, kes rebut jantan ar ni... adey... macam-macam hal artis nih... isk isk... meh kita nengok petikan berita yang ditaip semula ni:

KUALA LUMPUR: Seorang datin dipercayai naik angin selepas dia terserempak dengan seorang pelakon drama popular keluar membeli-belah dengan suaminya di pusat beli-belah terkemuka Mid Valley Megamall di sini, malam kelmarin. Pelakon drama berusia 20-an itu tidak menyangka terserempak dengan datin terbabit di pusat beli-belah itu menyebabkan kedua-dua wanita itu bergaduh sesama mereka.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku di hadapan orang ramai dengan masing-masing bertikam lidah dan tarik-menarik rambut. Pergaduhan kira-kira 10 minit itu bagaimanapun dileraikan pengawal keselamatan pusat beli-belah itu selepas orang ramai semakin mengerumuni kedua-dua wanita terbabit untuk melihat apa yang berlaku. Akibat pertengkaran itu, datin terbabit membuat aduan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon drama berkenaan bertengkar dan bergaduh dengannya. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, petang semalam. Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan datin terbabit, manakala artis wanita berkenaan tidak dapat dikesan untuk dipanggil bagi memberi keterangan. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan seorang wanita bergelar datin yang mendakwa bergaduh dengan seorang artis wanita.

"Kami sudah mengambil keterangan masih menyiasat punca kejadian pertengkaran itu," katanya. Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak dapat memberi sebarang penjelasan berhubung kejadian itu. "Kami mengikut prosedur dan akan mengambil keterangan kedua-dua wanita berkenaan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Ini dia rupa artis berkenaan.... korang kenal? aku tak kenal sebenarnya sampailah ada yang bagitau dia berlakon citer drama Sembilu kat TV3 tu..... ala yang jadi bini Faizal Hussein... ar aku kenaila....


Photobucket - Video and Image Hosting


Inilah datuk yang direbut-rebutkan.... gambar ni tak berapa dekat....

Photobucket - Video and Image Hosting

Ini close up dia.... ya Allah.... hat ni yang depa dok rebut... oit carik lain la.... kerepot dah ni....
Photobucket - Video and Image Hosting



Ada gak saksi.... siap boh dalam paper, meh kita baca apa kata saksi insiden panash ni:

Kejadian artis kena serang memalukan

Saudara Editor,

Saya ingin memaklumkan mengenai satu kejadian yang saya dan ramai lagi saksikan berlaku di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur, petang Rabu lalu. Ia membabitkan seorang pelakon wanita yang berlakon dalam satu drama bersiri popular di TV tempatan. Kejadian itu berlaku di bahagian alat solek. Mula-mula semua nampak biasa, tiba-tiba saja berlaku drama tarik-tarik rambut antara seorang wanita dengan pelakon terbabit. Namun dalam pergelutan itu pelakon itu sempat melarikan diri kerana malu melihat ramai orang sedang menyaksikan kejadian terbabit. Selepas bertanya kepada mereka yang berada di situ, saya difahamkan bahawa pelakon itu diserang bagai nak rak kerana dikatakan merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. Apa yang ingin saya katakan di sini, sekiranya benarlah punca pergaduhan itu, ia cukup memalukan. Saya juga mula hilang hormat kepada pelakon terbabit. Di kaca TV, dia nampak macam baik apatah lagi watak yang dipegangnya dalam drama bersiri itu ialah sebagai wanita bertudung. Sekiranya pihak Bintang Popular mahukan kepastian, anda boleh pergi ke pasar raya berkenaan untuk mendapatkan pengesahan. Cuma saya harap, golongan artis kenalah menjaga daripada terjebak dengan skandal kerana ia hanya memberikan kesan buruk kepada industri.
Terima kasih.
Terkejut Badak, KL

4 comments:

  1. tu la aku nak habaq kat hang..muka jer kerepot..tapi tang dalam poket..tebai tu...tapi dalam sluar kecik...tak kerepot kot? ahaks

    ReplyDelete
  2. muehehehehe aku takmo la cakap camtu kang nampak kejam sangat plak mulut dan jari aku nih... tapi betullah yek... hehehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikom k.shai

    kenapa isteri tuh xbedal somei dea sekali yerk.

    Dah biasa dah if isteri bedal artists nie, tp nak tgk lak isteri bedal somei, mcm dalam cerita Do Re Mi bila si Do kena bantai.

    hahahahhha... sekeliling kg tuh hahaha

    ReplyDelete
  4. muehehehe bab bab cenggini kekadang payah nak komen... tersalah komen makan diri wey... hahahaha nasibla... kak shai boh ni danie sekadar untuk kita tahu what is going on... setiap orang ada pendapat dia sendiri :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.