Teambuilding 2019
2 tahun sekali RAP akan ada teambuilding. Proses event ni bermula dengan pengambilan 2 orang voluteer atau dilantik selalunya kerana tadak volunteer 😂😂😂 untuk membantu seorang yang menjadi committee tetap selagi berkhidmat dengan RAP. Akak dah puas jadi committee, setiap kali pun akak okay je nak volunteer tapi boss akak selalu kata you dah banyak kali dah jadi committee, bagi orang lain pulak. Kerja you banyak.... ha... dah boss tak bagi, akak pun dok dendiam tunggu result la... keh keh keh
Tahun ni depa buat something different...water rafting la pulak... jenuh akak pikiaq nak bagi alasan apa wey...akak takut... kalau hangpa nak tau akak ni memang fobia dengan air. Apa-apa saja aktiviti yang melibatkan air dan kaki tak jejak tanah memang bukan pilihan akak. Takat simbah-simbah, jirus-jirus air, minum air, telan air, okay la hat ni...😂😂😂
Selesai water rafting baru la ke Lost World of Tambun untuk aktiviti yang seterusnya pada keesokan hari. Malam tu free and easy, lepas dinner sembang-sembang last-last joinla kawan-kawan ni pi karaoke. Er... all boys?? Camtu la... akak ni kan memang camni. Dengan ladies akak join, nak lepak dengan the boys pun okay. After all, kat RAP ni semua staff macam satu family. Betui... tak dapat kat mana-mana tau...only in RAP. Tu yang gagah kerja sampai 9 tahun ni.
Aktiviti teambuilding pada keesokan harinya adalah mendera diri jalan satu theme park tu... ampeh tol... berdenyut kaki akak ko... carik clue apo tatau... anyway, akak as team leader memang habaq awal-awal, kita buat ni untuk seronok. Objektif game adalah untuk bonding bukan nak menang. Kita buat happy-happy, tu yang penting. Tak payah nak target menang. Alhamdulillah, kami tetap bukan last group... yang dok berlari sakan tu last okay! 😂😂😂
Malam terakhir di sana diakhiri dengan small dinner. Melawak-lawak, gurau senda, makan minum, yam seng dan games, standardlah ni, semuanya adalah untuk tighten the bonding. Walaupun theme park saja, walaupun biasa-biasa saja, tapi tetap seronok berkumpul ramai-ramai camni. Maklumlah kerja most of people kat RAP ni travelling. Kadang tinggal supporting staff saja kat opis, hat lain semua dok pi merata Asia. That is why teambuilding ni antara event yang kami semua dok tunggu dan berharap semua dapat join.
No comments