Reward Y0urself!
Biasa dengar perkataan ni? Biasakan....? Or how about pampered yourself? Ha...samalah tu lebih kurang. Hari ni akak nak bebel pasal perkara rewarding or pampering ni.
Adik-adik... akak tau korang penat kerja... penat jaga anak-anak...penat jaga laki...penat tu penat ni ye... tapi itu adalah tanggungjawab yang kita lakukan sebab kita sayang anak-anak kita, kita sayang suami kita, kita sayang kerja kita or kita perlukan duit untuk sara or bantu sara keluarga kita. Tak kisahlah atas dasar apa pun tujuan kita ni bekerja dan berkhidmat untuk family, ianya adalah atas dasar sayang. Tapi dalam kesibukan kita ni menguruskan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya, pernah ke kita berhenti sejenak dan fikir apakah kita sayang diri kita sama macam kita sayang anak-anak kita, suami kita, kerjaya kita? Apakah kita bersikap adil pada diri kita sendiri? Dalam pada kita sibuk menguruskan semuanya, apakah kita pernah terfikir untuk menguruskan diri kita untuk kepuasan hati kita sendiri? Apakah kita mementingkan keperluan kesayangan kita lebih dari keperluan diri kita? Apakah kita membelanjakan wang yang kita dapat hasil keringat kita untuk diri kita sendiri?
Akak nak share dengan korang la ye... akak dulu susah, masa lepas pisah... yelah segalanya bermasalah. Bila amik semua anak duduk dengan akak, lagi terasa susah. Nak spend untuk diri sendiri aduhai...10x fikir beb! Padahal nak beli sehelai baju je pun... Tiap kali berkenan apa-apa jadi terbantut sebab fikirkan nak suap mulut 4 orang ni lebih utama. Akak tak kisah baju akak pergi kerja tu dah beratus kali dok cycle. Seorang sahabat menegur akak, shai...reward yourself. You kerja penat-penat, I tau you banyak tanggungan but still put aside some money for yourself. Itu bahagian you. Belanjalah ikut kemampuan bukan suruh bermewah. Nak reward yourself tak perlu dengan bermewah, just buy something for yourself walau a special dish. She makes me ponder.... It is true.... memang anak-anak itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. Tapi kita tak perlu sampai mengabaikan diri kita. Sejarah pernah mengajar kita... Seorang ibu boleh besarkan anak yang ramai, tapi anak yang ramai tu belum tentu sorang pun boleh jaga kita di hari tua kita. Jangan di harap ehsan anak untuk belikan kita apa kita teringin, Maybe hat ni sounds macam negative thinking la kan...but apa orang dulu-dulu pesan masih boleh digunapakai di zaman moden ni. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takda guna.
Jadinya, back to the story tadi, maka akak pun terfikir nak reward myself. Bermula dengan pergi makan tempat best, then beli baju or mekap, perfume dan sebagainya. Setiap kali dapat gaji, ketepikan duit sikit and do something to make yourself good. Impact to your life is you gain more confident, you feel refresh, and it makes you happy. Sapa tak happy bila look beautiful and feels great? Semua orang ada hutang, semua orang ada bill nak bayar... but start small. Jangan sampai effect your budget. Pada yang bersuami tu, of coz akak advise bincanglah dengan suami takut nanti kata tak discuss pulak. Orang lelaki ni pulak janganlah kedekut or berkira sangat. Once a month apa salahnya spend 1 day jaga anak dan biarkan wife pamper herself? Bila bini tak bersiap kau pandai pulak nak complaint, dah tak lawa lah... tak slim la... tak gebu lah... bau ikan masih la... kan...? Ha...bagilah bini tu pampered herself, pi sauna ka, pi buat rambut ka... spa ka... when she looks good, you feel good too... so takyah kiralah sangat.
Itu je la bebelan kita malam ni. Kita tempek gak kat sini before and after pi saloon buat rambut kita. It makes me feel good, it boost my confidence, and I am happy! Akak balik petang tu dengan senyum sampai tinger dan tidur malam tu mimpi indah-indah ok. Hehehe...
Picture sebelum potong rambut yang dah lepas paras punggung:
Picture selepas gunting rambut :
No comments