Header Ads

M0v|e Day: Dark Phoenix

It is normal for me raya ni 3 hari je. Other days dah macam biasa dan pi beraya bila ada jemputan saja. Hari raya ketiga yang lepas, kita pergi rumah boss kita je. Tapi takdalah amik gambo dan malam tu my eldest ajak pergi tengok wayang, Dark Phoenix. 


Kita memang huge fan of Transformers, Marvel movies dan X-men series. So Dark Phoenix ni is one of a must watch movie as well. Kita tak nak jadi spoiler but just nak review sikit-sikit je. Boleh? 


Sebelum korang pi tengok Dark Phoenix, adalah digalakkan untuk korang tengok dulu sequence yang lama, iaitu X-Men: Days of Future Past. As X-Men ni tak macam Avengers yang sequence ceritanya teratur. X-Men ni macam Star Wars style, sequence dia berterabur, ke depan ke belakang ikut suka hati producer dia. Unless korang boleh ingat setiap jalan cerita sequence macam kita ni maka it is okay korang terjah je tengok Dark Phoenix. 

Kita tengok trailer X-Men: Days Of Future Past untuk korang ingat balik which sequence hat ni:


Dalam Days of Future Past, citer X-Men ni berkisar pada go back in time di mana Eric dipenjarakan, Charles boleh jalan tapi keje dok mabuk etc. Juga di mana Mystique mengambil alih tugas Eric untuk membunuh or membalas dendam pada orang kenamaan yang menjadi dalang untuk memburu dan membunuh mutant. Dalam series ini mereka berjaya untuk membuatkan Mystique tidak membunuh orang kenamaan tersebut dan menghalang merebaknya perasaan benci manusia biasa pada mutant. So dalam kisah Dark Phoenix ini, ianya merupakan kesinambungan selepas berjayanya misi menghalang Mystique di mana pada ketika itu manusia boleh menerima kehadiran mutant di kalangan mereka. X-Men masih lagi terpecah dua di mana satu di bawah Charles dan satu lagi di bawah Eric. Namun series kali ini lebih tertumpu pada salah satu character di bawah kelolaan Charles iaitu Jean Grey yang mendapat kuasa yang lebih hebat sewaktu menjalankan operasi menyelamat di angkasa lepas. Ha takat tu jela... yang lain korang tengok sampai habis okay.


No comments

Powered by Blogger.