Header Ads

E|d Mubarak 2019


Selamat Hari Raya you alls~!!! Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, as usual aku balik beraya di rumah orang tua, senang citer balik kampung la ye. Untungnya jadi single ni sebab takyah nak gado-gado nak raya mana setiap tahun. Tiap tahun boleh balik beraya dengan parents di kampung. This year balik sehari sebelum raya. Lenggang kangkong je balik kampung, 10min sampai! Kampung I dekat je you... Ampang!! Hahaha...jangan jealous~!! 

This year agak berlainan sedikit rasa beraya sebab 3 orang anak aku dah bekerja. Dah tak bagi duit raya kat depa, instead kutip duit raya ok! Hehehe...Alhamdulillah.... aku bersyukur kerana anak-anak aku sayang dan hargai aku. Bukan poyo u... tapi itulah yang kita rasa bila anak yang kita besarkan dengan penat lelah bila dah besar tak lupa pada kita. My second son heret aku pi KL untuk beli baju raya, pay out from his pocket money. Perasaan as seorang ibu yang mendapat baju raya hasil dari titik peluh anak itu sendiri... priceless. Begitu gak di pagi raya dalam suasana meriah dan happy-happy, anak-anak beratur salam dan hulurkan duit raya pada aku yang aku tak pernah mintak pun...priceless. Benarlah kata orang rezeki setiap orang itu lain-lain. Mungkin belum or bukan rezeki aku nak tengok anak berjaya dalam akademik. Aku tak rasa malu bila anak-anak aku takat SPM or sijil kemahiran saja kerana aku percaya Dia lebih tahu apa yang Dia beri pada aku dan anak-anak aku. 

Raya pertama tahun ni takda plan nak kemana pun. Anak kedua dan ketiga tak cuti. Mak dan ayah pun tak kuat mana, jadi raya pertama ni aku spend kat rumah mak tolong dia layan tetamu yang datang. Insyallah esok mula beraya.


My eldest; the Chief Bodyguard, Shahril

Bodyguard kedua, Shahrul

Makeup artist & teman gossip, Fatiha


My youngest bodyguard, Ramadhan

No comments

Powered by Blogger.