Dugaan
Kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Siapa sangka susah payah seorang ibu mengharung kepayahan mengandungkan anak sulung yang dinantikan, selepas 10 hari bersama anak yang tercinta akhirnya pergi menghadap Illahi. Besar sungguh dugaanmu dik. Aku kehilangan kata-kata seketika apabila melihat wajah sayu dia, luluh hati ini mendengar tangis dia atas kehilangan anak yang sempat bersamanya selama 10 hari saja. Namun apakan daya, jika itu dah ketentuanNya. Yang pergi tetap pergi, yang ditinggalkan perlu meneruskan hidup selagi hayat ada. Sebagai rakan aku hanya mampu memberi kata semangat agar dia menerima takdirnya. Bertabahlah sayangku Jimah... ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Takziah buat Azimah & keluarga.
No comments