Header Ads

Re-post October 2, 2009

Dugaan....

Dari semalam lagi shai bersedih.. sedih dengan keadaan diri shai, sedih kerana harus melalui dugaan yang sebegini... pagi raya sudahlah tak bersama dengan anak-anak shai... sebab derang ikut abah derang beraya kat kampung... sampai rumah mak shai, kena pulak bebelan yang menyakitkan hati. Hati siapa tak sedih.... shai rasa ralat sangat, sepatutnya bila kita dalam kesusahan, tempat pertama untuk kita tuju adalah keluarga, moral support yang kita nak pun dari mak ayah kita sendiri... tapi shai ni... keluarga adalah tempat terakhir untuk shai tuju. Sebab apa ek? Sebab bila pergi pada mereka, shai hanya menambah kesakitan. Seperti dari ari raya pertama lagi, shai menahan kesakitan. Beraya sorang-sorang tanpa anak-anak tersayang, hati siapa tak sedih.. tapi shai tahan dan tak tunjukkan pun kesedihan shai. Pergi gak umah mak, tapi sampai je umah tak masuk lagi dah disakiti... Raya kedua ni ke sana lagi, kena lagi... aduhai... tensionnya.... terus lepas makan, shai balik rumah. Tak tahan dah rasanya nak duduk sana lagi... camana lah shai nak balik ke rumah derang kalau camni. Shai perlukan sokongan moral derang bukan kemarahan dan bebelan yang menyakiti hati. Shai tak suka nak menangis, itu yang terakhir shai akan buat.. tapi hari ni... shai sedih sangat... tak boleh nak tahan dah.... sampai je rumah sambil send posting ni shai menangis... dan menangis....

No comments

Powered by Blogger.