Re-post May 13, 2009
Latest Story
Shai sekarang hidup sendirian…I can say that… dok menyewa bawak diri, sekarang ni bila weekend baru balik rumah mak amik Ramadhan. Ahad hantar dia balik ke rumah mak semula. Setiap minggu camtu kecuali Shai ada program lain. Anak-anak yang lain finally abah derang decide nak bawak balik KL. So my daughter akan berada di bawah my custody and yang dua orang lelaki tu dengan abah derang. Both of us free to visit any of our kids. Kenapa dia ubah fikiran? Erm…only God knows..maybe ada gak Dia mendengar rintihan shai… and shai pun ada gak usaha untuk bawa derang balik sini. Might be something happen tapi dia tak nak cerita, and I don’t care either. As long dia bawak balik all my kids here, it’s good enough.
In terms of career, shai dibantu oleh 2 orang lagi rakan sedang berusaha untuk membangunkan syarikat yang telah kami sama-sama setup untuk achieve keperluan dan kehendak masing-masing. Mudah-mudahan apa yang kami usahakan ni akan mendatangkan hasil. So I can pay all my debts, susun balik my financial etc.
Soal kehidupan peribadi, erm.. dulu shai pernah katakan yang shai rapat dengan someone tapi cam dah takde seri…actually pada pertengahan bulan Mac yang lepas shai ambil keputusan untuk lepaskan dia. Kami berpisah cara baik, rasanya itu yang terbaik. Waktu itu, shai tak nampak jalan lain dah. Lagipun dia duduk jauh, shai pun tak nampak apa dia buat kat sana…it’s all base on trust jer. Dan yang paling penting, dia tidak membahagiakan shai lagi mahupun ada tanda-tanda perubahan untuk ke arah kebaikan. Melepaskan seseorang yang kita sayang memang berat…apatah lagi shai memang jenis susah nak lepas kalau dah sayang someone. But I just have to do it. Shai tak nak dia terus gantung our relationship camtu jer walaupun katanya yang dia tak terniat nak buat camtu. It doesn’t mean anything to me anymore. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan segalanya aight? Shai plan not to look for anybody else lepas dia tapi terbuka pulak hati ni pada rakan baik dan rakan sekerja sendiri. Sesuatu yang diluar dugaan, tidak dirancang dan terjadi tanpa shai sedari. Semuanya berlaku begitu pantas and for the second time in my life, shai jumpa orang yang shai cinta dan orang tu begitu ikhlas mencintai shai.
It’s all happened masa shai pindah ke rumah sewa. Memang takda sesiapa pun yang shai nak mintak bantuan sebenarnya kecuali KR. Selama ni pun, shai selalu mintak tolong dia repairkan kereta, bercerita dengan dia tentang masalah shai, kehidupan shai walaupun tidak sepenuhnya. Tapi masa dan ketika itu, kami hanyalah rakan sekerja dan diluar waktu kerja, kami hanya rakan biasa. So pada hari tu, KR tolong shai pindah. Siap tolong angkat TV, angkat pakaian dan bantal shai. Lepas bawak naik barang tu, duduk rehat kejap, dia tolong pasangkan TV…time tu ariel TV pun dia bagi shai…hehehe. Masa lepak-lepak lepaskan penat mengangkat barang tu la..tetiba shai rasa lain sangat.. I don’t know how and why..and at the same time, dia pun dah rasa lain macam jer... Keesokan harinya, masing-masing cuba buat cam biasa. Pagi tu shai pergi bar camp dengan CJ & his wife, balik tu shai pergi beli barang untuk rumah dan memang plan nak masuk office lepas tu. On the way to the office, shai teringat kat dia. Teringat sangat-sangat…I can see his face everywhere membuatkan shai terfikir kenapa ek? Camana ek? Stupid la aku ni…apsal aku nak involve dengan dia..takle ni..friends can’t be lovers. It should not happen. Masa kat office pun, shai dah rasa lain sangat bila tengok dia. But masa tu I’ve tried to control it. Malam tu, dia sms shai and we text about our feelings, dia bagitau dia pun tatau naper dia bley rasa sayang kat shai. On the way pergi kerja dok teringat shai, teringat apa yang dah terjadi between us…semuanya datang tanpa dijangka dan tidak diduga. Finally after few discussion for few days, pada 7hb April 2009 yang lepas, we declare our relationship. Sebenarnya bukan mudah untuk bersama dengan dia, he’s someone’s husband and a father of 2 kids. Tapi sebab rasa sayang tu dah ada, susah untuk shai lupakan dia atau lepaskan saja. Dia pun camtu gak..walaupun hakikatnya memang sukar untuk dia teruskan. Pernah gak lepas 2 minggu declare, dia amik keputusan untuk end-up the relationship tapi lepas tu dia tarik balik, katanya tak sampai hati nak tengok shai terumbang ambing balik. One thing yang make him different with others adalah cara dia, kind of responsible person. Selama shai dengan dia ni, dia tak pernah abai soal makan minum shai. Time shai tak berduit, sure dia tinggalkan duit untuk shai even hanya RM10. Bila dia datang rumah shai, dia belikan barang makan. Kat office, dia make sure shai makan. Yang paling ketara sekali, the way he show his love. Ke mana dia pergi lepas waktu kerja, kalau dia boleh bawak shai, he will drag me. Sepanjang masa shai dengan dia, tangan dia takkan lepaskan tangan shai dan setiap kali sebelum hantar shai balik, he will kiss my cheeks pesan suruh drive carefully. Walaupun dia ni sengal sket, I mean perangai dia sker main-main, cam tak serious tu kan..tapi sebenarnya dia seorang yang alert dan penyayang.
Sekarang ni shai masih dengan dia, sampai bila dan kemana wallahualam…tak pasti. Shai tak nak dan tak berani nak fikirkan. I decided to give my best to him, selama shai dengan dia. He deserves it. Dia berhak terima yang terbaik dari shai atas segala kasih sayang dia, perhatian dia…jika dikatakan satu hari terpisah juga kami akhirnya, there are no more regrets kerana shai dah beri yang terbaik. Itu janji shai pada diri shai sendiri. Walaupun adakalanya melukakan, I take it as lumrah dan sesuatu yang perlu shai lalui untuk bersama dengan dia. Siapalah tahu…kalau ada jodoh shai dengan dia (tak mustahil tau…dia pernah propose dulu) semua ni tetap akan shai lalui, I can say it is even worst…so kalau tak belajar dari sekarang, bila sampai masa camana… Every minute shai berharap our relationship ada good ending..
No comments