Sabar Je La....
Quite a busy day today. Awal pagi dah keluar dengan ex husband untuk urusan keluarga yang belum settle. Aku ni bukanlah kejam tapi aku memang tak boleh nak tahan sabar dengan orang yang bodoh sombong ni. Haritu lagi si Dato J ni kata nak duduk kampung, keje kampung. Aku taula tanah berekar² kat kampung tu kan, ada aku kesah dengan harta dia? Yang aku kesah bila dia buat keputusan berhenti kerja tanpa perancangan yang lebih rapi dan backup financial yang stabil. Kerana bila tak stabil akan menyusahkan aku balik yang dah sedia susah nih. Nafkah anak dah makin kurang, aku tak complaint apa pun selama ni walaupun parents aku dok bising kat telinga nih. But atas tindakan bodoh sombong dia nih, finally jumpa aku pagi tadi, bagitau tak jadi amik the kids ikut dia balik kampung bulan ni sebab rumah tak siap lagi...fine...tadak hal. Nafkah? "Saya takda duit...camana nak bagi...tunggula seminggu dua lagi...lewat sikit..." Nih yang aku marah...! It's expected! Dan bila dah macam tu, yang peningnya bukan hanya sebab aku kena fikirkan untuk survive with the kids, tapi juga tekanan dari my parents on this matter. Petang tadi start dah otai tu bukak kitab....ni yang aku tak suka...cubalah ko paham situasi aku ni...tak abis² aku ni jadi mangsa kebodoh-sombongan ko nih. To me antara aku dan dia dah takde border dah, kami dah jadi kawan, so memang taraf ko pada aku skang ni anytime aku boleh maki kalau ko buat tak betul. Dan ko jangaaaanlah bagi aku peluang maki ko...kesian aku ni tambah dosa jer...
Lebih kurang pukul 7pm tadi lepas Maghrib, terus ke klinik untuk amik keputusan medical check-up yang aku buat Sabtu lepas sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak Reinhausen. Balik dari klinik, lepak jap cam biasalah kat mamak bawah tu kan. Dah Dato' Arif tepon, katanya mak aku kena balik Singapore...adoilah ni semua menyakitkan paler aku la..... Aku ni dah la tak bekerja dah 2 bulan. Baru dapat kerja, dah bagitau dah esok report duty, dan dan nak antar adhan balik, nak balik Singapore la, nak belek kaki la, nak beli rumah lah.... Memanglah budak² ni ada rumah, time cuti sekolah. Tapi Adhan tu kecik sangat, abang² & kakak dia bukan bley harap sangat. Buat bimbang ati perut aku jer tapi orang tua ni kadang² tak pikir lain dah, pikir dia jer. Aku pun malaslah nak argue. Buat migraine jer...ye antor je lah! Gua tawakal je la tinggal budak² ni esok.
Urine result - semua ok dan normal kecuali kencing kotor sikit sebab aku kurang air. (Sempat antar msg kat my sayang tadi, i kurang air u.... hak hak hak)
Physical report - pun semua normal.
X-ray report - pun semua normal bak kata doktor tu lah ye.. so aku bley carry on smoking ek :P
My ECG report - normal gaks! Ingat lagi berbekas bulat² kat keliling nenen lepas buat test nih...hahaha nasib baek yang pasangkan ECG tu pompuan, lama dibeleknya nak pasang ECG nih. Kalau jantan yang pasang tu....agak eh sendawa 3-4 kali kenyang nengok nenen aku ek..
Dan kos untuk pre-employment medical check-up di klinik ni hanyalah RM95 tp jadi 103 sebab aku tambah ubat migraine aku :P kire murah ar tu sebab rata² tempat aku tanya semua 120 ke atas.
Salam ..
ReplyDeleteBoleh Kasi Clinic yg Cik Puan gi medical checkup tuh ?
Saye dari KL .
Tq