Header Ads

pAkC|k KaYa!!!

Petikan dari KMU:

Never mind that I may not build great monuments or glittering cities. What is important to me is that what we do today, what we change today, will enable us to succeed now and far into the future," - Abdullah Badawi.

Dia tak bina apa-apa yang mega untuk rakyat dan negara tapi dia beli pesawat baru untuk kemewahan diri.

PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta. Pesawat yang dibina dikilang pemasangan Airbus di Toulouse, Perancis kini difahamkan berada di Switzerland, kerana ubahsuai dalaman dan proses perlengkapan perkakas bersesuaian dengan pesawat yang menjamin keselesaan dan kemewahan penerbangan VIP.

Pesawat ini adalah model asas dari A320, tetapi mendapat modifikasi dan mampu terbang sejauh melebihi 6000 batu nautika atau 11000 km (jarak antara Kuala Lumpur dan London tanpa berhenti mengisi minyak). Keluasan 800 kaki persegi ruang dan jika sebagai pesawat kommersial, mampu membawa 140 penumpang. Ianya satu kelas dengan pesawat VIP Jet Boeing BBJ, yang sedia ujud dalam perkhidmatan TUDM. Pesawat ini mampu membawa antara 10-50 penumpang (bergantung kepada susunan tempat duduk) terbang sehingga 41000 kaki dengan segala keselesaan dan kemewahan perjalanan udara moden.

Antara pemasangan yang dibuat pada waktu ini ialah ruang duduk, ruang santai, meja makan, kamar peribadi, bilik air dan kemudahan mandi dan mungkin pejabat. Ini termasuk alatan kommunikasi seperti SATNAV, telefon, fax, pemain DVD, TV satelit dan kemampuan mengunakan internet. Alatan lain seperti dapur lengkap termasuk ketuhar mikrowave, pembasuh pinggan dan peti sejuk juga biasanya dipasang sebagai memenuhi keperluan penumpang VIP.Difahamkan VIP Jet ini akan diletak dibawah kelolaan Squadron No.2 "Bayan" TUDM (yang berpengkalan diTUDM Subang) dan pemilik sebenar pesawat ini ialah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Buat masa ini TUDM mengendalikan pesawat Boeing BBJ, Bombardier Global Express, Falconjet 900B dan F28 untuk kegunaan VIP.

Persoalan sekarang, apakah Kerajaan Malaysia lebih minat memperlengkapkan TUDM dengan pesawat-pesawat mewah untuk kegunaan segelintir berbanding pertahanan dan kepentingan Negara????


Sebagai contoh, pesawat helikopter S 61N Nuri yang digunakan semenjak 1968, menjadi tulang belakang operasi TUDM dan Tentera Darat dan baru baru ini bencana banjir di Johor, kini amat uzur keadaan dan amat diperlukan diganti terlebih dahulu, berbanding pesawat VIP. Apakah ini corak kepimpinan wajar dan bijaksana PM Abdullah Ahmad Badawi selaku pelopor Islam Hadhari?

sumber artikel: http://www.mykmu.net/

Terimakasih bebanyak pada bloggers dan KMU yang memberi info tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Tanpa mereka kita tak tau yang PM kita dapat bot mewah dari Ananda Krishnan, tanpa mereka kita tak tau yang kerajaan ada beli pesawat VIP seperti petikan di atas.

Apa pula kata survey selepas tersebarnya berita ini di internet?? Hari ini keluarlah berita Pak Lah menafikan dakwaan ini.


SEPANG, Jan 29 (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Monday denied news reports that he had bought an executive jet, and explained that the government had only leased the aircraft from Penerbangan Malaysia Berhad.The prime minister pointed out that the plane was not for his use alone."The jet is for use of the government, not the prime minister (only)," he told a news conference at the KL International Airport upon his return from London after having attended the World Economic Forum (WEF) in Davos, Switzerland. Elaborating, Abdullah said: "The aircraft belongs to Penerbangan Malaysia Berhad; it was (bought with) their money. We just leased it like how MAS (Malaysia Airlines) leases aircraft from them."


Untuk berita lengkap...KLIK SINI
Khazanah Malaysia kepunyaan PMB, KLIK SINI
Pak Lah chairman Khazanah, KLIK SINI

Maka itulah....


"Pesawat itu kepunyaan PMB, itu wang mereka. Kerajaan hanya menyewanya macam juga MAS menyewa pesawat-pesawat daripada PMB,"

Thank you very much bloggers.....



Image by Kickdefella


No comments

Powered by Blogger.