Header Ads

Oh MaLaYs|aKu...Oh PmKu!!!

Selama arini, aku tak pernah terpikir nak buatkan blog ni sebagai medan perdebatan pasal isu semasa maupun politik sebab aku rasa masih belum perlu aku suarakan pendapat lagipun pengetahuan aku tentang hal sebegini tidaklah sedalam mana kalau nak dibanding dengan blogger lain macam Encik A.Kadir Jasin, Rockybru dan lain-lain. Tapi setelah apa yang terjadi pada Negara kita ini dan barisan blogger yang hanya menyuarakan pendapat serta membincangkan isu menjadi mangsa sesetengah pihak, terpanggil juga aku akhirnya untuk menyuarakan di sini.

Sebelum aku bercuti panjang kerana melalui tempoh berpantang, pelbagai isu dan citer pasal PM tercayunk kita ni kuar, dari isu pasal diri sendiri yang sentiasa blur sampailah kes menantu jadi PM tanpa sedar dan juga isu terjualnya asset Negara yang pastinya PM kita hanya mengatakan “I don’t know and I am not involve in anyway”. Masyallah…Pak Lah ni bukan main gah dengan gelaran Mr Niceguy waktu Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia dulu. Kalau kita ni yang melihat dan hanya mendengar Pak Lah is a very nice and Islamic person pun terkejut dengan “perubahan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Islam Hadharinya” apatah lagi bekas negarawan terulung yang juga merupakan bekas boss kepada Pak Lah ni satu ketika dahulu…

Keadaan ekonomi sekarang pun bukan main sakit lagi… hanya Pak Lah dan pak menteri saja yang merasakan ekonomi Malaysia sekarang semakin baik. Tu la pasal Pak Lah boleh pi merawat resdung sampai ke Ostolia, sentiasa pergi bercuti sehinggalah pada memiliki sebuah kapal persendirian mewah yang diimpot dari Turki. Lately, informasi yang berlainan dan bercanggah sesame kementerian dan pak-pak menteri merupakan satu fenomena biasa dalam diari Malaysia hari ini. Dan yang terbaru blogger Jeff Ooi dan Rocky Bru disaman oleh NSTP la plak… bley check citer lanjut jadi mereka ni takda kerja lain selain dari menyaman blogger. Suratkhabar depa plak la ni penuh dengan sampah yang hanya menceritakan tentang artis ni bercerai, artis ni kene tangkap, artis tu pulak buat itu ini di sana dan disini… kalau dah tak laku… naper tak carik kelemahan sendiri, lebih baik dari menuding jari ke orang lain. Namun itulah yang berlaku pada kita hari ini. Malaysia bukanlah sebuah Negara yang bebas untuk meluahkan pendapat dan mengkritik, rakyat Malaysia hari ini hanya boleh mengeluarkan kenyataan “I love Pak Lah” macam yang terdapat di segelintir cermin belakang kereta rakyat Malaysia yang masih berimamkan beliau. Ahaks… selama Malaysia ini mempunyai Perdana Menteri, this is the first PM yang sibuk mempromosi diri dan family sampai yang dah jadi arwah pun nak dipromotenya. Kesian… gila glamour… nasihat percuma saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak perlulah pening-pening kepala, tukar sajalah profesion anda dari Perdana Menteri kepada penyanyi atau pelakon… sapa tau boleh lawan Fahrin Ahmad atau Anuar Zain ke… muehehehe…

No comments

Powered by Blogger.