Header Ads

Tr|p To ALoR sEtAr

I'm back to K.L!! Lebih kurang 4 hari berada di Alor Setar (dikira dari hari jejaknya kaki ke bumi Alor Setar hingga hari meninggalkannya), so nak share a bit here and there masa aku kat sana.


Selasa, 26 Januari 2010: 


Aku bertolak ke Puduraya. Masa sampai kat sana, nak beli tiket bas, aku dikerumuni oleh sekumpulan agen penjual tiket..alameeeek...bukan aku perasan yang diorang ni nak ngorat pun, but cara derang dok approach tu scary seeeeeeh.... Aku prefer go to counter and terus beli. Takut ar dikerumun ni...maklumlah aku dulu artis kan...fobia sket...hak hak hak. 



So lepas beli tiket, perut lapar nih... sementara nak tunggu bas kol 5.30pm tu.. carikla makan dulu kat Hentian Puduraya ni.. bedal la nasi ayam. Sorry to say... memang tak sedap langsung!! Kuah nasi ayam tu maniiiiiisssss.... huwaaaa...aku dah la tak suka makan manis² nih... tapi pasal lapar...makan nasi jer.. ayam tu amik sket² jer.. patutla food court Puduraya ni dah tak ramai orang cam dulu². Food there lousy seh.... huk huk huk... :sedih:


Ni la dia bas yang aku naik kol 5.30pm tu... bajet sampai 11.30pm... (lebey kurang 6 jam perjalanan).


Huhu...sempat lagi bergambar dalam bas... ni masih kat Pudu, patut jalan kol 5.30pm tapi tak jalan², kol 6pm baru nak gerak...so kelewatan memang dijangka....


Perhentian R&R Sungai Perak, nice decoration...cantik...ni perhentian kali ke-2, 1st dia berenti kat stesen minyak di Sungai Buloh. Lepas berenti kat sini, bas berhenti plak isi minyak kat Taiping, huhu....dan berhenti turunkan penumpang di Butterworth, Sg Petani dan R&R Gurun sebelum turunkan aku kat stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar... damn...bas tiba lewat 1 jam! 

Bateri handphone plak buat perangai, nak kong so aku terpaksalah tutup sepanjang perjalanan. Masa bas sampai ke tol Juru, Wan call aku tanya aku ada mana..yada yada yada...so disebabkan kelewatan yang dijangka ni, aku suruh dia deal balik dengan Erien, takut pompuan tu ada masalah nak amik aku. Tapi according tu Erien, Wan kata dia tak dapat amik sebab ada kejela kononnya....bingit la kejap dengar...

Sampai² kat Shahab tu, Erien plak kata ada hal, so aku kenalah tunggu dia dalam 45minit...huhu. Seram gak sebab ni bukan KL, 1st time sampai, tak kenal sapa, tempat tu dah gelap dan sunyi, and I'm the only lady kat situ. Turun² bas plak dikerumuni pakcik² teksi ni...adooooi....takuuut! Kena plak pakcik sorang ni banyak sangat tanya, nak pergi mana? Siapa datang amik? Dok mana? KL buat apa? Datang Alor Setar untuk apa? 


Huh!! Seram....last² aku tarik beg jalan kaki pergi restoran berhampiran...sambil dok message bara... hang mai la sini wey...teman aku... aku takut sorang² ni...huwaaaaaaaaaaa...and finally bara teman aku kat telefon sampai Erien datang memandangkan kedudukan dia agak jauh dari Shahab tu.


Perut lapar puuun....maklumlah makan kat Puduraya tadi tak sedap...takat alas perut jer... bedal la char kuey tiaw...sedap jugakla..not bad..cuma kalau nak banding dengan Penang Char Kuey Tiaw kat Taman Kosas, Ampang tu...lagi sedap...hehehe

Rabu, 27 Januari 2010



Erien bawak aku pergi lepak makan laksa kat Taman Rimba. Sempat gakla call bara ajak lepak sama. Malangnya dia kat Jitra tengah kerja so tak dapatlah join, and dia suruh aku call Wan. Tak naklah! Orang cam tak suka je kita datang kan...hehehe...wat per nak terhegeh² ajak lepak aight? :P Tapi petang tu, Wan call aku, dia carik gado dengan aku lak..kata aku sombong dengan dia, dah sampai Alor Setar tak nak message, tak nak call, pergi Taman Rimba ajak bara jer...hehehe...saja jer aku nak bagi dia terasa pasal wat aku camtu kan..ekekekek...so malam tu kuar dinner dengan bara, wan and ruhil. Too bad, takde pictures sebab 2 jejaka perasan ni takut kamera....nyampah aku...hahaha


So inilah dia laksa buyung namanya... sedap jugak...

Khamis, 28 Januari 2010: 




Ni amik picture kat Star Walk, Alor Setar. Jalan² pusing² bandar Alor Setar dengan boyfriend Erien & kawan² dia. Siap pi kacau mak nyah...(dalam loghat Kedah derang panggey 'darai') kat Stadium.

Jumaat, 29 Januari 2010: 


Pemandangan sekitar tempat aku menumpang tidur iaitu di area rumah Erien, Taman Wira, Mergong... cuaca sini panas gileeer and aku ni sentiasa jadi mangsa nyamuk...abis merah² kaki aku kena geget nyamuk...huwaaaa....



Singgah kejap kat food court area Taman Wira tu...ada banyak kedai² makan...so bedal la ABC
Ni lah dia ABC for RM2 only... sedaaaaaaap.........panas² pekena...perghhh....


Petang tu...kami pergi ke Kuala Kedah...nak tengok sunset...salah satu yang menjadi tarikan adalah bangunan pejabat Jabatan Laut Semenanjung Malaysia di Kuala Kedah. Cantik bangunan dia....tepi laut plak tu....




So bangunan coklat tu adalah sebahagian dari pejabat Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.
Inilah wajah sunset di Kuala Kedah....



Pemandangan laut air surut...cantik kaaaan.....


Malam tu merupakan ladies night...hehehe...aku ingat takda tempat clubbing....ada rupanya. So pergilah tengok² camana rupanya club kat Alor Setar. Well....disebabkan aku tak guna proper camera, so cuma boleh dapat hat entrance je la ek...dalam tu biasa² jer, very simple bar. Pengunjung rata² Melayu, boleh kata hampir semua Melayulah...muzik okey not bad...beer there about RM13 per bottle, liquor tengok brand, dari RM125 tak silap akulah...kalau abang aku pergi ni, pada dia meriah giler la...murah sangat² pada dia, siap bley open table 3 hari 3 malam kooooot....apa² pun tak boleh nak compare dengan club² di KL, very the differentlah...hehehe....


Lepas penat enjoy, pekena sat prata & teh o ais limau kat kedai mamak berhampiran. Teh o ais limau tu untuk potong rasa stim yang tak sampai, hehehe....

Itulah antara tempat yang Shai sempat jelajah sewaktu di sana, rasanya ada few tempat yang sepatutnya aku pergi, tapi tak dan...aku terperasan Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, ades... tak sempatlah nak pergi tengok..huhu...maybe next time...insyallah...

Sabtu, 30 Januari 2010: 


Tak kemana-mana pun siang tu sebab Erien ke Perlis atas urusan keluarga, bara pulak bercuti dengan family dan wan pulak ke Danok dari Jumaat, anyway disebabkan aku nak nak gak balik malam tu, wan rush pi beli tiket bas untuk aku, dan teman aku sampai naik bas kol 12am. So aku sampai KL kol 6am.

So for trip to Alor Setar kali ni, aku nak ucap terimakasih banyak² kat:
  1. Abang Mali yang sudi amik aku kat umah dan hantarke Puduraya..(jauh tu beb, umah aku kat Bukit Mahkota, sempadan Nilai!)

  2. Erien yang beri aku penginapan for free dan bawak aku jalan²

  3. Bara yang teman aku on the phone masa aku sampai kat Shahab, fetch aku for dinner

  4. Wan yang belanja dinner malam tu dan sponsor tiket balik KL, walaupun ada kes majuk² dan gado²

  5. Anna yang tolong antar aku balik ke rumah time aku balik dari Alor Setar.

No comments

Powered by Blogger.