Header Ads

mYtEaM |mP|aN pEm|NaT bOLaSePaK tAnAhA|r






Akhirnya, berlangsung juga perlawanan bolasepak antara myteam, pasukan bolasepak yang lahir dari program realiti tv yang dibawah pimpinan Shebby Singh dengan skuad kebangsaan Malaysia bimbingan jurulatih, K Rajagopal.

Antara barisan pertama pemain yang turun ke padang malam semalam:

Amir Shariffudin Yunus (pg), Mohd Soliahuddin Said, Mohd Kamal Wira Abdul Samah, Hasmizan Kamarodin (kp), Mohd Firdaus Mat Nor, Muhammad Azmi Muslim, Lee Khang Yeong, Arun Kumar, Terence Pream Kumar, Lam Tien Guan, S Sathiyaseelan.


Amini Ahmad Tabarani (pg), Khaironnisam Shahabuddin, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Nasriq Bahrum, K Nanthakumar, Mohd Zaquan Adha, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Khyril Muhydeen, Mohd Asraruddin, Mohd Aidil Zafuan (kp), Mohd Noralif Zainal.



Pada separuh perlawanan yang pertama menyaksikan skuad kebangsaan yang menguasai padang dan permainan yang lebih kepada permainan emosi. Disaksikan oleh 50 ribu penonton... pergghhhh not bad huh??? skuad kebangsaan nampak tertekan apabila Arun Kumar menggamatkan Stadium Bukit Jalil dengan jaringan pertama pada malam itu pada minit ke-24. Walaubagaimanapun, skuad kebangsaan bangkit menebus maruah dengan menjaringkan gol pada minit ke-64 oleh Mohd Aidil Zafuan dan Farderin Kadir pada minit ke-75, kedua-duanya menerusi sepakan percuma.

Dari perlawanan yang tidak seharusnya berlaku ini, pujian harus diberi kepada myteam kerana dengan latihan selama 6 minggu sahaja, mereka mampu mengucar-ngacirkan emosi dan pertahanan skuad kebangsaan malah alangkah sedihnya melihat prestasi skuad kebangsaan walaupun mereka menang (tu pun tipis dek.....). Apa tidaknya....... jika korang menonton perlawanan ini malam semalam, korang akan nampak camana pada awal permainan menunjukkan seolah-olah mereka ni confident giler dan memandang rendah pasukan myteam. Asakan demi asakan diberi oleh skuad kebangsaan dan myteam lebih kepada defend sehingga Arun mengejutkan semua dengan jaringan pertamanya. Sejenak selepas jaringan pertama, nampaklah skuad kebangsaan yang dah tertekan dan mula main sepak orang lebih dari sepak bola.... sehingga mencetuskan sedikit perbalahan di padang memaksa ketua pengadil bertindak lebih tegas selepas itu... menyaksikan Hasmizan dan Mohd Zaquan diarah keluar padang..... erm.... secara zahirnya memang ramai tidak menyangka myteam boleh menunjukkan prestasi yang begitu mengagumkan jika dilihat rekod perlawanan persahabatan mereka sebelum ini seperti tewas 3-0 dengan Kedah, tambahan pulak skuad kebangsaan menurunkan 3 orang pemain senior atau amaturnya, Khaironnisam Shahabuddin, K Nanthakumar dan Indra Putra Mahayuddin. Sebaliknya, gandingan 3 amatur ini tidak menjadi malah menyaksikan pintu gol skuad kebangsaan dibolos oleh Arun Kumar. Dan yang amat memalukan bagi skuad kebangsaan untuk menebus maruah FAM yang tercalar dengan jaringan Arun Kumar, menyaksikan pemain simpanan habis diturunkan oleh jurulatih grade A mereka, K Rajagopal... aiyok.... apa dah jadi pada skuad kebangsaan???

Secara peribadi, Shai berpendapat perlawanan persahabatan antara club dan negeri oklah.... but should not against skuad kebangsaan, ada pro dan kontra dan antara risikonya adalah seperti apa yang berlaku dan disaksikan oleh ribuan penonton di stadium dan juga di rumah menerusi siaran langsung, walaupun skuad kebangsaan dapat menewaskan myteam, maruah tetap tercalar. Skuad kebangsaan dimalukan oleh orang kita sendiri. Namun positifnya adalah untuk menunjukkan betapa lemahnya skuad kebangsaan jika dibandingkan dengan jutaan ringgit yang dikeluarkan malah geran Majlis Sukan Negara (MSN) yang bernilai 3.5 juta ringgit itu dipertikaikan dan dianggap terlalu sedikit oleh pegawai kanan FAM. Maka tidak salah jika ada segelintir peminat bolasepak menuduh skuad kebangsaan sekarang ini lebih mementingkan imbuhan dan wang ringgit dari membawa nama negara ke mata dunia.

1 comment:

  1. alahai...2 - 1..hurm..menunjukkan kelemahan skuad kebangsaan bwh 20...takkan le international level lwn ngan team yg muncul dlm ms 6 bln leh menang tipis..tak bersedia bkn alasan yg bley diterima..wahai rajagobal...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.